Tuesday, August 23, 2011

Nostalgia Terawikh..

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung Ramadhan, ini bermakna kita bakal menyambut Idul fitri tak lama lagi.. Rasa sedih juga sebab tahun ni saya tak dapat pergi Terawikh hari-hari sama-sama dengan adik-adik macam tahun yang sebelum-sebelumnya.

Ingat lagi dulu-dulu, sejak dari sekolah rendah lagi, lepas berbuka, kami adik-beradik akan cepat-cepat gi mandi, solat magrib, then siap-siap nak gi Terawikh. Masa darjah 3, kitorang gi masjid naik basikal, gi dengan Kak Linda, jiran kami, anak ustazah ngaji Qur'an. Masa tu basikal saya warna biru, ada raga kat depan, siap ada lampu..kadang tu, kalau basikal rosak, kami pergi jalan kaki..semangat betullah..dah la hampir 2 km juga la, siap rentas padang permaianan, deretan kedai & rumah-rumah..nostalgia betul..

Tapi kami seronok, perasaan dia lain, kalau tak Terawikh macam bukan Ramadhan lah..sebab tu kami adik beradik rasa pelik kalau orang tak gi Terawikh pada bulan Ramadhan, sebab kami dah di ajar untuk berterawikh tiap tahun. Kami tak rasa penat pun hari-hari Terawikh walaupun esok nak bangun awal pagi gi sekolah..Itu dulu, pastu bila dah besar, dah kerja, kami adik beradik gi Terawikh kat masjid negeri naik kereta pulak. Habis terawikh, kami akan turun minum air teh yang dihidang kat masjid. Rasa teh tu sungguh sedap, tak sama macam teh kat rumah, tapi dua tahun kebelakangan ni, teh dah tak dihidang lagi untuk orang terawikh 8 rakaat, kalau buat habis 20 kami tak tahulah, sebab selalu buat 8 jer skg ni..

Sekarang, bila dah berkeluarga, ada baby, agak terbataslah nak bertarawikh di masjid. Kalau kebetulan ada adik yang 'cuti', saya akan bagi diorg jaga baby, saya nak gi Tarawikh kat masjid negeri dengan hubby. Kalau tak, hubby aje yang pergi, saya Terawikh kat umah aja la, lepas tidurkan baby..Bila solat kat rumah, memang rasa lain..rasa rindu sangat zaman dulu-dulu...

curi-curi snap pic hubby dr belakang..


Monday, August 22, 2011

Hari Ini Saya Training

Assalamualaikum...,

Harini saya tiada di ofis, ada kursus selama 3 hari. huhuu sangat tak best sebab sangat mengantuk. Sambil training pun rasa cam nak terlelap. Dah la Kami ber 5 je, kalau terlelap pasti obvious..

Ni sekarang tgh break time, sebab tak boleh lunch, yela, kan puasa, so kite update blog la ye, untuk mengisi masa lapang. hehehe

Actually saya sangat mengantuk, sebab sedap je sejuk-sejuk rasa cam nak tido..hehe.. Oleh kerana mengantuk, jom kita lihat bagaimana cara nak atasi masalah ini, kita praktikkan sedikit senaman yer.. tapi tengok kiri kanan, kalau dlm kelas training, jangan la pulak tibe-tibe bangun buat gerakan-gerakan ni, kang trainer ingat tebiat plak...




Sunday, August 21, 2011

Minggu Yang Agak Busy..

Minggu ni terasa sangat cepat berlalu sebab saya agak sibuk..tahu-tahu je dah menjengah weekend..Oklah, tak nak cerita bab kerja, kita cerita bab makan syok sikit..hehe


Isnin- berbuka di HOMST, rasanya korang pun pernah makan or at least pernah dengar restorant ni kan? For those yang stay in Shah Alam pasti akan pernah ke mari. Kami ke sini sebab my mom balik kampung, saya bukan tak nak masak, tapi adik-adik ajak makan kat luar..


Selasa- berbuka di Serai Thai bersama pelanggan. Menu berbuka yang mudah dijangka sebab itulah signature dish mereka iaitu; Tomyam, Asparagus Goreng, Green Curry Chicken, Kerabu Mangga, Butter Prawn & lastly Ikan Siakap Stim. Tapi yang epiknya, lepas semua orang dah sudah makan & masing-masing nak ke surau untuk solat, barulah Siakap Stim ni sampai..hahaha..

kekecewaan berganda : main dish sampai lambat

Saturday, August 20, 2011

Mengatasi Amarah

Assalamualaikum...,

Kali ini saya ingin bercerita mengenai mengatasi perasaan marah..bukan apa, actually petang tadi saya baru je kena marah dengan seorang pelanggan...biasalah, bila kita berurusan dengan orang ramai, dalam 100 orang tu, pasti akan ada 1 atau 2 orang yang tak puashati..bukan apa, ni jenis orang yang tak cukup sabar, sebab tu dia cepat marah..

Saudara tu (actually pangkat pakcik dah) sangat lah marah, dia cakap over the phone tu sampai nak terjerit-jerit, tapi, bila dia dengar saya punya respon 'cool' aja, dia bertambah geram dan menjadi-jadi pula dia..Biarlah dia, dah petang-petang masih banyak tenaga nak menjerit, jeritlah sorang-sorang...Saya puasa, tak larat nak layan sama jerit-jerit...(tapi seriusly bila dia tgh marah2 tu, saya teringat kat seseorg yg lebih kurang camtulah perangai dia bila marah..)

So, macamana kita nak control perasaan marah ni ye kawan-kawan?? Kepada pakcik tadi tu, in case you come across this blog (alahai perasan ada orang baca blog dia..hehehhee) sila lah lihat langkah-langkah pencegahan berikut yang dianjurkan oleh Islam ;

Friday, August 12, 2011

Makanan Yang Halal..

Assalamualaikum....,

Bila datang bulan puasa je, pasti ramai yang mencari-cari tempat-tempat best untuk makan. Dalam keghairahan kita menjamu selera di bulan puasa ini, kita seharusnya peka dan lebih berhati-hati dengan tempat makan yang kita kunjungi. Ini kerana terdapat juga sesetengah premis yang sangat glamour ataupun sering kita kunjungi, tapi, rupanya2 tidak mempunyai status HALAL dari JAKIM.


Mengapa kita harus memakan makanan yang halal?

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:  

"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah barang-barang yang bersih daripada apa yang telah kami kurniakan kepada kamu." (Hadis riwayat Muslim)

Makanan yang suci dan bersih akan menjamin kesihatan yang baik. Justeru, di samping memilih makanan berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya perlu ditekankan aspek kebersihan dan kesuciannya dari segi syariat agama.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:  

"Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Saya ada menerima kiriman email dari ofismate yang menyenaraikan tempat-tempat yang tidak diperakui halal oleh JAKIM. Anda lihatlah sendiri samada familiar atau tidak outlet-outlet yang disenaraikan. Mari kita lihat senarai berikut;

Thursday, August 11, 2011

I Miss You Guys..

Assalamualaikum..,

Lama I tak update kat sini kerana agak sibuk kebelakangan ini, gara gara sibuk ini juga, lama dah tak contact kawan-kawan. Pada kebiasaannya, pabila tiba bulan puasa, I akan keluar buka puasa dengan kawan-kawan. Kawan yang I maksudkan ialah my schoolmates. Geng bas sekolah lah ni. Kami ada 4 orang, yang rapat. Senna, Awin & Saz. Antara kami berempat ni, semua dah kawin kecuali Awin.

So, kami yang dah berfamily ni kalau nak buka kat luar kena pilih lokasi yang convenient untuk budak-budak especially baby. Nantilah, insya allah nak juga call diorang sikit masa lagi. Biasanya, kami walaupun lama tak jumpa, tapi bila time raya, sure gi beraya bersama. Kalau zaman single dulu, memang kami beraya dari pagi sampai lah nak magrib baru balik..hehe

I enjoy our friendship, eventho kadang kala kami ada terasa hati, tapi kami tanganinya dengan cara yang matang. Kami akan berbincang, luahkan & akan saling meminta maaf sekiranya ada salah silap. Sebab tu, kami boleh kawan dari darjah 3 sampai la sekarang...

Sunday, August 7, 2011

Salam Ramadhan..


Masih belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Sudah seminggu umat Islam berpuasa, menandakan kita masih ada lebih kurang 3 minggu dalam bulan yang mulia ini.

Seharusnya Ramadhan adalah saat-saat yang dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana bulan Ramadan adalah bukti Allah memuliakan hambanya dengan rahmat dan keampunan. Tanda keimanan jelas terpancar pada wajah mereka yang beriman menandakan kegirangan menyambut bulan mulia ini.

Sabda Nabi SAW bermaksud: “Sesiapa bergembira apabila datangnya Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka.” (Al-Hadis).