Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

gambar- ihsan google
Tahun 2011 sudah menghampiri ke penghujungnya, dan malam ini kita bakal menyambut tahun 2012.. Selamat Tahun Baru..

Thursday, December 29, 2011

3 MINUTES BROWNIES

Helo,

Ni I nak share satu resepi mudah..buat brownies dlm masa 3 minit..Biar betul? Betul..I dah pernah try, and amazingly, jadik hokey..so sesiapa nak try bole tgk kat bawah..Actually I dapat resepi ni bila I masuk blog kak wan ni, menurut kak wan, dia dapat resepi ni tru email..
klik utk tumbesaran
Ok, selamat mencuba!

My baby can shuffle la..

Hi there,

It's been a while i didn't drop here for any updates. Just the WW yesterday..Yeah, been busy these days even though I have to work from home.. I kinda like it but at the same time the situation quite haywire as I have to go here and there..well, enough talking bout work..

Just wanna share my baby improvement lately..hehe (a big smile at my face when try to recall everything bout her, yeah, I am a proud mother..Syukur Ya Allah) Since I have to work from home, my baby always tied up with me & she did a lot of new things (I guess bcoz she want to impress me, like i do to my hubby lalala). 

Example, she call me as mommy very frequent, call daddy (previously she prefer to call atok n nenek more huhu), she can eat by herself, she can shuffling (enjoying shuffling when I played "everyday im shuffling", I think I shud record it and post in youtube haha), she likes to open my shoe box and try my shoes, especially this particular pink color..hahaha
try kasut sekolah maksu
opps..kantoi la, mommy jgn marah eh..
Other than these activities, she enjoy riding pooh too..

suka la tu..
Okla, I'll cont later..till then, Happy New Year!

Wednesday, December 28, 2011

Thursday, December 15, 2011

Sarapan @Nasi Lemak Lido

Helo,
inilah restoran nasi lemak lido - gambar ihsan google

Last Friday, saya, Kak Su & Gee sempat breakfast kat Nasi Lemak Lido, Klang. Lokasinya terletak di Lebuh Gopeng, dekat- dekat dengan area Pasar Jawa atau pasaraya Ocean zaman2 90-an dulu. Actually saya pernah makan kat sini dah lama, lebih kurang 5 tahun lepas, tiba-tiba last week ada terjumpa risalah perlancongan Negeri Selangor and this place tersenarai antara tempat makan yang menarik di Selangor.

Tertanya-tanya juga, tempat ni masih wujud atau tidak, tambahan pula masa kami nak sarapan tu dah nak pukul 10 pagi..ada lagi ke nasi lemak dah lewat camtu kan..? Tapi, tak try pergi tengok, tak tahu, so gamble aja lah lajak ke sana.. Sampai-sampai di sana, Alhamdulillah, kedai masih beroperasi.. signboard dan suasana sama macam 5 tahun dulu..

Bila masuk, orang masih ramai, nasib baik lauk nasi lemak pun ada lagi..ada ramai pelanggan, melayu, cina & india..sangat majmuk..yelah, lokasi kedai ni memang dikelilingi kedai-kedai peniaga cina kebanyakkannya..kat sini ada banyak kedai bunga untuk gubahan hantaran juga..

Ok, berbalik pada cerita asal kita, nasi lemak lido ini seperti juga nasi lemak yang lain, ada lauk kerang, sotong dan sebagainya..tapi, yang uniknya, di atas nasi ini ditabur udang geragau..yummeh..
itu bukan bawang goreng ye adik-adik, tapi udang geragau..
dari kanan; lauk kerang, sotong & hati/pedal ayam
Oklah, cerita lebih kurang pun sudah, gambar pun dah tunjuk, kalau nak rasa, boleh lah cuba ke sana.. nak kata sedap sangat tu takde la, macam nasi lemak yang dekat dengan rumah anda juga (maybe) tapi sesuatu yang unik untuk dicuba..Selamat mencuba!

p/s: Baca Bismillah sebelum makan :)

Wednesday, December 14, 2011

Monday, December 12, 2011

Happy blated bday Kaka Laila n Kaka Rozie..!


Last Friday, after work kami plan untuk celeb bday Rozie & Laila..Bday Rozie jatuh ada 28 Nov & Laila 5 Dec. So, sekali harung jela..bukan senang nak jumpa selalu.. Seperti biasa, Nazrul sebagai host. Haritu semua orang bz, so Nash aja yang available untuk datang set up kat rumah Nazrul. Dia datang senyap2 tanpa pengetahuan sesiapa kecuali tuan rumah and I..haha..rajin kan dia.. So semua belon dan bday banner dia yang buat. Tak tau la dia pam atau tiup belon satu2 kan..
bday gugurl.

Zara Jalan-jalan @Funfair #2

Hi,

Masih ingat entry dengan tajuk serupa? Last  2 weeks Zara 1st time pergi funfair..so now 2nd time la..last nite kami pergi lagi, kali ni bawa adik-adik I skali.

Actually petang tu my parents came to my house, bawa adik2 I, sebab diorg nak teman Zara mandi kolam. Bila dah maghrib, my parents balik dulu, so tinggallah diorg kat sini. Lepas maghrib, kitorg siap2 untuk pergi funfair. Bila sampai sana of coz lah Zara yg paling excited..

Bila sampai, terus beli token & bawa Zara naik mainan. Ada kuda dan kereta yg berpusing tah berapa pusingan, tak sure adalah dalam 5 round gitu. At 1st, I letak Zara dalam kereta, bila bergerak muka dia masam je..rupanya dia nak naik kuda..So, naik lah 2nd round..naik kuda pula..barulah ceria, siap bye bye n bg flying kiss all the way..
1st round yang tak ceria
2nd round naik kuda pulak

Sunday, December 4, 2011

Nasi Ayam Mommy Zara

Hi,

Harini berehat kat rumah, sebab tak larat nak ke mana-mana, plan nak ke rumah MIL pun tak jadi. Malam tadi tido sangat awal, sebab kepala berat, husb siap letak tampal koyok kat kepala..hehe

Bila bangun pagi, ok la sikit, dan terasa lapar..Tiba-tiba masa tengah tengok tv pagi tadi dan fikir nak makan apa harini, terfikir pulak, "kalau buat nasi ayam ni best juga.." So, I told my hubby, "awak rajin tak nak gi pasar tani?" dia tanya, "Nak beli apa?" i replied (dengan nada tak berapa confident sebenarnya), "beli barang-barang utk buat nasi ayam.." my hubby tanya balik, "betul ke awak nak masak nasi ayam?" dengan muka berseri, (samada dia gembira wifey nak masak nasi ayam atau dia sebenarnya kurang yakin saya pun tak tahu..) yelah, mana taknya, sejak kawin, ni 1st time saya nak masak nasi ayam sendiri..haha kalau kat umah ma, selalu tolong-tolong aja, bukan tukang masak sepenuhnya..

So, setelah buat list untuk hubby pegi beli kat pasar tani, atau pasaraya, saya bagi baby makan dulu, mandikan dia, bagi susu & tidokan dia..sebab senang nak masak kalau si kecil ni tido kan..Lepas tu, ke dapur siap2kan apa yang ada dulu..

Sementara tu sempat juga google resepi dan call ma..hehe..Bila husb balik, dia terus cuci ayam (bab-bab ni memang serah pada husb hehe), then rebus ayam dulu. Apakata saya bagi resepi sekali, senangkan, lain kali kalau nak buat lagi, boleh refer sini..hehe  
nasi ayam mommy..

Friday, December 2, 2011

Jalan-jalan @IOI Mall

Hello,

Tadi petang after lunch kami ke Puchong sebab ada hal sikit pasal rumah. Bila dah setttle hal yang kami nak uruskan tu, kami singgah ke IOI Mall Puchong. Masuk-masuk je kat Centre Court tu nampak carousel (mainan marry go round) sempena Christmas. Zara bila dah nampak kuda-kuda tu excited la nak naik, so mommy beli tiket dulu, murah aja RM2. Mommy boleh naik sekali teman Zara tapi orang tu pesan mommy tak boleh duduk sekali, berdiri je kat sebelah..haha belasah la, mommy bukan nak main pun, nak jaga Zara je..


excited nak babai-babai orang lalu lalang
Zara dalam perut Doraemon

Thursday, December 1, 2011

Zara Jalan-jalan @Funfair

Last 2 days, kami lalu kat area stadium Shah Alam, nampak ada funfair, then daddy said,"Zara, malam nanti kite datang funfair ni ye, sekarang hujan.." Zara yang duk diam dalam kereta terus mulut terkumat kamit tanda excited.

Zara cuak bila kuda tu bukak mulut..
Then, bila malam, daddy teringin nak makan bawal, but donno where. Then, I suggest to go to KJ, @Shoru. Kat situ ada bawal goreng. So, we went there. Bila dah kenyang, otw balik Zara diam aja macam nak tdo, then mommy said, "Oh, Zara dah nak tido ke? Mommy baru ingat nak bawa pergi.." belum habis ayat lagi Zara dah berdiri and buat bising (macam dia buat masa lalu sebelah funfair tadi). Budak-budak kite tak boleh bagi janji palsu (atau tipu), nanti dia ingat tipu tu tak pe, so nanti dia pun akanbuat perkara yang sama.


mommy pun terjebak sekali

Zara taknak turun, nasib baik hanya kami je penumpang tren tu