Thursday, September 22, 2011

Tanyalah Ustaz..

Pagi tadi, sambil siap2 nak ke ofis, bukak TV9, memang tiap-tiap pagi gitu, bukak tv9 untuk dengar Tanyalah Ustaz. Dalam pada dok siap-siap tu, dapat tangkap Ustaz tu cakap, "Dahulu, bangsa Korea sebenarnya perangai mereka kasar-kasar, tapi mereka menggunakan filem & media massa untuk mengubah cara hidup mereka. Maka wujudlah cerita-cerita romantik seperti Winter Sonata dan drama-drama romantik yang lain. Mulanya, masyarakat mereka tak dapat terima, tapi setelah 10 ke 15 tahun selepas itu, perkara tersebut menjadi sebahagian dari cara hidup mereka. Tapi, di Malaysia ni, sekarang kalau diperhatikan, semua pakat nak buat cerita gangster, cerita ganas-ganas, secara tak lansung ianya juga mendidik masyarakat kita ke arah itu.." lebih kurang camtu la ayat Ustaz tu tadi.

Sebenarnya, bukan senang untuk membentuk akhlak yang mulia. Ianya haruslah bermula dari rumah, dan memerlukan pendekatan menyeluruh. Maksudnya, walaupun ibu bapa itu sudah mendidik anak-anak mereka dengan baik, tapi di luar rumah, banyak anasir-anasir lain yang boleh mempengaruhi mereka, samada kawan-kawan, masyarakat, atau melalui kecanggihan teknologi internet masa kini. Tidak lagi termasuk hiburan yang berlebihan. Masya Allah, banyak sungguh cabaran dalam membentuk & mendidik anak-anak sekarang.. Semoga Allah melindungi kita..Amin.

Monday, September 19, 2011

Aksi keletah si kecilku #2

Hi,

Just nak bagitahu sekarang berat I makin berkurang, iaitu 43kg, to be exact, 42.9kg jer.. walaupun banyak makan hidangan kat open house dengan rendang, ketupat lemang segala, tapi I masih kurus..haha perasan! Yela, ini berat yang paling ringan dalam sejarah..sebab berat I dulu around 46, takde la beza sangat eh.. hahaha

Mungkin rutin sebagai ibu membuatkan I tak naik berat badan, walaupon baru ada seorang baby, tapi sebab dia dalam stage lasak sekarang, tak duduk diam juga I dibuatnya. Antara kerenah yang my baby suka buat sekarang;

1. Melaram

Sekarang, dia dah suka melaram, tak tahulah tiru sapa..kalau beraya pakai baju kurung siap bertudung pun dia ok aja, yang penting, kena puji2 sikit "eeii, comeinyee..." Kalau tak caye tengok ni, my sister ni memang la suka membuli, habis segala jenis tudung dia sarungkan kat my baby..



2. Mengemas

Dia memang suka "mengemas", dalam erti kata lain, memunggah. Dia suka kemas baju, kemas buku, barang mainan dan apa2 je la yang senang dicapai. Sama je kes macam dalam entri ni.
3. Berjalan sekeliling rumah

Dia baru dapat berjalan masa 10 bulan haritu (sekarang 11 bulan). So, bila beraya umah orang pun, satu rumah dia tawaf. Tak reti dok diam, asik nak berjalan je, sampaikan I rasa dia da kurus sikit sebab aktif sangat..

4.  Naik mainan kat shopping complex

Kan kat mana2 shopping mall or even Tesco or Giant ada benda alah ni, dia suka betul naik, duduk diam2 je naik ni..Sebab dah ajar masa 1st time kat OU dulu, terus dia suka kot..boleh refer kat entry ni.

5. Suka bergambar

Pantang orang amik gambar dia sure senyum or posing...
oh, btw, tu kasut raya dia..Ms Lovebird yang bagi..

Wednesday, September 14, 2011

Selamat Menjalani Peperiksaan UPSR

Kepada adik-adik yang sedang menduduki peperiksaan UPSR bermula semalam, selamat menjalani peperiksaan ye, jawab soalan elok-elok, baca bismillah dulu..ok, nak pesan tu je, disertakan doa untuk membantu adik2..

Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا


Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Boleh juga di baca SURAH ASY-SYARH :


-di baca untuk melapang & menenangkan hati..

Ok, selamat berjaya!

Jamuan Raya

Hi ladies,

Sekarang sedang hujan, perut pula sudah kenyang, itu menandakan saat-saat untuk berehat..zzzzz hehehe..hamboi2..ini bukan kat rumah ye, nak tido2 bagai, saya sedang bekerja. Tapi hari ini tak rasa macam bekerja sangat sebab perut saya yang lebih2 bekerja.

Pagi tadi, breakfast roti telor kat tempat biasa bsama kakak lawa n geng, pastu tengahari gi Holiday Villa Subang untuk majlis hari raya. Saya tak makan banyak, amik soto sikit, ketupat nasi separuh, serunding sejemput, ketupat palas sebiji, rendang ayam seketul & sedikit kuah kacang. Minum 2 gelas air, dah, balik.

Sampai ofis, kakak ofis ajak teman pergi jamuan raya kat tingkat atas ni pulak. Tak makan pun, amik 1 kuih tepung pelita dan fruit tart. kire courtesy untuk tunjuk muka aja, wakil pada bos la..sebab bos2 ada jemputan lain kat Hilton..ceh, bos nak pegi kat hotel aja..hehehee

Di saat kita seronok menjamu selera dengan ketupat rendang dan pelbagai juadah raya, ingatlah, di penjuru dunia yang lain masih ramai mangsa kebuluran & yang ditimpa bencana, contohnya seperti di Somalia ini. 

Friday, September 9, 2011

Raya 2011

Assalamualaikum & Hi there,

I hope its not too late to wish everybody SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI, maaf zahir batin. Nothing much to update since I am truly busy rite now, so, i leave you guys with these raya pics.. enjoy!