Friday, April 29, 2011

Selamat Hari Pekerja


1 May setiap tahun adalah Hari Pekerja.. tahun ini, Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad, maka secara automatiknya Hari Isnin adalah cuti umum..yeah..!!!!


Lunch @ Laman Grill

This afternoon, me & my colleague, 7 of us, went to Laman Grill for lunch.. hmmm not bad.. the ambiance is good, the food are good too..but, the drinks are not so..

kalau perasan, kat sebelah food tu ada tutti frutti nyer bekas kan? yes, we went there 1st, then selambe kodok bawa outside food to this restaurant.. hahaha

here are the pics..

Ms Sunshine punya.. - nama yg panjang siap ada olio chilli, olive tahapa nama tah..

Kakak Lawa punya - Carbonara de Mare

my hubby & cute T punya sama - Lasagna al Forno

Ms Gadget punya - Nama dia apa tah..classy sgt, tapi macam seafood marinara spaghetti

yang paling sedap ni is mine.. - Grilled spring Chicken

After makan2, we boraking n gossipping..then miss waitress tu dtg tanya nak order desserts tak..we said no..then borak lagi bla bla bla..then dia dtg lagi tanya soalan yang sama...nampak no dia nak suh blah kan..hahahaha then, we pun make a move la..

My personal rating : 8/10




Expired suda..

Yesterday kemas my drawer kat ofis ni..sebab dah byk sgt barang..then terjumpa ni..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
mak ai..dah lama tu..bole siap masuk muzium hahaha.. 2006 seh.. biar benar..!



Tuesday, April 26, 2011

Bank buat hal lagi..!

Semalam, bengan dengan BSN, harini dengan Eon Bank pula.. mula2 pegi Eon Bank Sek 9 utk buat payment hire purchase & minta dia print statement skali..pastu dia jawab.." Tak boleh cik, kena pergi cawangan yang you buka account ni.."

Ok, fine, we went to the said cawangan la, kat Bangsar. Sejam lebih kat sana masih tak dapat2..alasan dia, kena gi HQ pulak.. wth la kan... hangin2... dah lah buang masa, buang tenaga..!!!

Welcome to the new world..

Usia 1 hari..
Tak sangka..dah lebih sebulan my bro become a father..! yeay..! Here, are the pics of his daughter.. Nur Imani...
A proud father


Tahniah...Semoga dapat mendidik & menjaga baby dengan baik.. :)

Semangat bermalas-malasan..

Hari ni betul2 Tuesday Blues..eh, pepandai jer..manader Tuesday Blues..Monday adala....dtg ofis dengan kepala yg berat..mebi sbb tak cukup tido & ditambah pula dengan tiada mood utk membuat kerja.. huhu nak kerja pun kena ada mood ke? Haruslah, kalau tak, macamana nak bersemangat kan...haih..

Sebenarnya ada banyak benda dalam kepala otak ni..rasa nk pergi bercuti jer..tapi masih ada perkara yang pending tak settle2, so, hasrat bercuti tu kita peram dulu.. For time being, bercuti berhujung minggu di rumah jelah..

gambar hiasan : ihsan google
Ingat this wiken nak chill lepak2 and makan2..hmmm wat say you ppl..? heee rumah sapa kita nak serang yer..? ermmm...

Monday, April 25, 2011

Mana produktiviti ni?

Saya berada di BSN kejap sbb nak uruskan sedikt hal. Orang tak ramai tapi servis amatlah perlahan..aduh..
Kaunter yang buka pun ada 3 je dari 11 kaunter..

Friday, April 22, 2011

10 Fun Fact of The Day

  1. WAS IT A CAR OR A CAT I SAW.. 'WASITACARORACATISAW'.. This is the only English sentence which even if we read in reverse, it'll give the same sentence.
  2.  If you fart consistently for 6 years and 9 months, enough gas is produced to create the energy of an atomic bomb.
  3. The average office worker spends 50 minutes a day looking for lost files and other items.
  4. Right-handed people live, on average, nine years longer than left-handed people.
  5. It would take more than 150 years to drive a car to the sun.
  6. Donald Duck comics were banned from Finland because he doesn't wear trousers.
  7. Women who are romance novel readers are reported to make love 74% more often with their partners than women who do not read romance novels.   
  8. Women have a slightly higher average IQ than men.
  9. Up to the age of six or seven months a child can breathe and swallow at the same time. An adult cannot do this.
  10. Smelling bananas and/or green apples (smelling, not eating) can help you lose weight!    



source: fun fact

Perbezaan pandangan/ layanan lelaki terhadap pasangan sebelum & selepas kahwin

Hi...Selamat Hari Jumaat..!

Kalau anda nak rasa ceria di hari Jumaat ni sampai berdarah telinga, boleh cuba dengar lagu Rebecca Black yer.. alah, lagu popular yg byk cover version tu..hehe..

Hari ini saya ada mood menulis & berfikir..ehehh..nape, selama ni tak berfikir ke..? xde lah, bukan tak berfikir, sebelum ni bz, so susah nak buat entry yang kena berfikir secara kritis & kreatif.. hehe

Hari ni saya rasa nak bercerita mengenai....  
Perbezaan pandangan/ layanan lelaki terhadap pasangan sebelum & selepas kahwin. 

(DISCLAIMER: Ini bukanlah dari pengamalan sendiri, tapi dari pengamatan terhadap orang di sekeliling & cerita kawan2 atau mungkin pengaruh drama swasta).

kalau dulu:
awek make up tebal 2 inci pun, takpe, rasa comel/ ayu jer.. (siap bangga plak kalo org tgk..kononnya awek aku pandai bergaya..)

Sekarang:
Isteri baru make up sikit, dah dikatanya
"eh, awak ni tebiat ke, cam tepung komak" 
pulakkkk

kalau dulu:
masa bercinta, tunggu dlm kete 2 jam pun takpe..sabo je, bole siap online main dota lagi..

Sekarang:
baru tunggu 2 minit, dah tarik muka..(itu kire ok la sebab tak membebel)

kalau dulu:
bila awek pakai baju kurung nak gi dating, siap tanya
"hari ni hari jumaat ke?" 
(sesetengah lelaki rasa kuar dengan kakak kalau awek dia pakai baju kurung..ada ke patut??)

Sekarang:
"awak ni asik pakai seluar je..peha dah la besar, cam nak pecah seluar tu, bawak2 lah pakai baju kurung.."
 (memang bagus nak suruh isteri pakai baju kurung, tapi kan elok kalau nasihat suruh isteri tutup aurat dengan cara berhemah)

kalau dulu:
Baru masuk kete je dah tanya
"Awak dah makan? Awak nak makan apa plak kali ni? Full House? Chili's?"

Sekarang:
Isteri    : "bang, laparlah.."
Suami  : "eh eh, bukan ke tadi dah makan biskut? Lapar lagi? Perut gajah ke apa?"


Hehehe.. contoh2 di atas ni imaginasi semata2, tiada kena mengena dgn diri sendiri atau sesiapa..tapi kalau anda rasa terkena tu, maaf lah yer..kan dah ada disclaimer siap2 kat atas tu.. :P

Thursday, April 21, 2011

Marilah Kita Saling Memaafi..

Kan beberapa hari lalu saya ada cerita seseorang terasa kerana ditegur. Yelah, dia lebih berumur, hati pun agak sensitif. Sebab itu saya rasa amat bersalah, walaupun niat saya hanya untuk menegur..

Sebab saya rasa bersalah.. Semalam, berkesempatan duduk semeja, saya dengan rendah hati minta maaf. Dia pun akui ada misscommunication di situ.Bukan salah kami berdua, rupanya seseorang yang bertanggungjawab..tapi orang tersebut buat selambe dekk jer.. Boleh??

Saya tak suka hal berlarutan, after all, akan tengok muka hari2 juga..cukup2lah dengan apa yang berlaku...

So saya rasa lega kamu tahu..kan senang, settle depan2..decision yang sungguh matang.. i'm proud of u F..!


Islam juga menganjurkan kita untuk saling memaafi seperti terdapat dalam ayat 22 daripada Surah al-Nur yang bermaksud:

“Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabat, orang yang miskin dan orang yang berhijrah di jalan Allah, hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Kita perlulah mencontohi sifat Rasulullah yang bersabar, tahan marah serta memaafkan musuh. Untuk mendapat gambaran dan contoh dengan lebih lanjut, sila klik sini.

Ini adalah peringatan untuk diri sendiri supaya saya tidak leka. Sama- samalah kita saling ingat mengingatkan. Selamat Beramal..! :)

Esok Adalah Harinya..

Hi Guys,

Esok adalah Earth Day..so, jangan lupa ye.. kalau setakat pakai baju hijau, tapi buang sampah merata-rata, meludah sana sini, tak recycle, so takde maknanya..

Monday, April 18, 2011

Maafkan saya tak sengaja..

Lately kerja sangat banyak dengan event/ meeting yang berderet..Wah, exaggerate lebih kamu. Manader event banyak sangat, 1 seminggu saja, tapi meeting memang kerap dengan pelbagai kes. Kerana kerja yang banyak menuntut segalanya dilakukan dengan pantas.

Biasalah, kalau dah nak cepat tu, mood pun kadang2 tak berapa nak bagus. Sebab kadang2 kita tak boleh deliver bukan kerana kita, tetapi kerana pihak lain yang tak respon. Hhmm bukanlah nak nak jadi macam cerita bangau oh bangau, tapi memang hakikat. Mana ada orang yang boleh buat semua kerja sendiri. Sebab tu setiap company ada divisionnya sendiri kan...

Saya amat tidak suka bila orang buat kerja sekadar melepas batuk ditangga. So, bila ada yang kena tegur, ada pula yang terasa. Saya nak minta maaf. Saya tak sengaja.. Bukan nak marah, tapi, be responsible ok.

Datang kerja kenalah buat kerja betul-betul supaya rezeki yang kita bawa pulang adalah rezeki yang halal lagi diberkati. Ini juga adalah reminder untuk diri sendiri. Sama-samalah kita bekerja sambil beramal.
Selamat Beramal.. :)


EARTH DAY

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Tahukah anda bilakah tarikh yang diistiharkan sebagai Hari Bumi ataupun Earth Day? Ianya adalah pada 22 April dan disambut pada setiap tahun sejak 1970. Wah, dah lama tu..

Ianya diasaskan oleh Senator A.S. Gaylord Nelson. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.

Apakah yang dapat anda lakukan untuk membantu? Sebenarnya, tanggungjawab menjaga bumi adalah tanggungjawab setiap individu. Bukanlah kerana saranan kerajaan atau tempat kerja anda.


Untuk maklumat lanjut boleh klik sini. atau sini.

Thursday, April 14, 2011

Happy Working :)

Harap maaf kerana sehari dua ni blog ini menjadi medan luahan perasaan saya. Maaf agak emosi di situ. ok, kita akan tukar mood kita kepada happy happy joy joy ye kawan2..

Setelah mendapat suntikan semangat dari seseorg yang berwibawa, saya memutuskan untuk bekerja dengan penuh bersemangat, gembira, ikhlas & jujur. Saya memang bersemangat kerana baru minum coffee. hehehe..

Wah kalau dalam ofis ada satu tangki coffee camni kan best ni..

Coffee make my day, sehingga dua hari lepas saya bermimpi seseorg memberi saya 2 paket kopi tenom kamu tahu..Serius? ye, saya tak tipu..



Wednesday, April 13, 2011

Saya mahu pulang..!

Harini walaupun masih tak berapa sihat tapi gagahkan diri juga ke ofis, untuk tunjuk muka. Kalau ikutkan, bangun pagi tadi kepala sangat berat bagai ada batu. Dah beberapa kali bangun, cuba untuk menggolekkan diri di atas katil, lengah2 kan masa, sehingga ditegur untuk bangun dan bersiap. Haih..

Bila dah siap, hari masih awal, masih sempat lagi ke McD untuk guna kupon percuma.Kali ni percuma sausage mc muffin with egg. Yang penting nak minum kopi. I need coffee..! Bila beratur, max seorg boleh guna 3 kupon, so memang 3 kupon la saya guna. 1 untuk saya, 1 untuk ibu dan 1 untuk bapa.

Bila sampai ofis, semua org sibuk bfast untuk pergi event. Biarlah.. Saya tunjuk MC slip kat my big bos. In case dia tak percaya. Patutnya terus balik. Tapi ada kerja pulak nak siapkan. Kerja dah siap..!

Then Kakak Lawa tunjuk email dari bos dia. Ada perkara tak best berkaitan saya di situ. Saya rasa sungguh bengang tapi bila sakit, bengang itu tak terasa sangat, sebab kurang tenaga barangkali. Mungkin kalau kita tengah sihat dan bertenaga bengang itu lebih terasa.

Saya mahu pulang sekarang! tata




Tuesday, April 12, 2011

Dah Lama Tak Update Blog

Dah lama tak update kamu tahu..ye, sila lihat last post pun 5hb. Saya sangat sibuk kebelakangan ini dan hari ini saya tidak sihat. Dapat MC dengan harapan dapat berehat di rumah tapi tel asik berdering. Rasa hari ini deringan yang agak menjengkelkan bikin sakit telinga. Ye, saya sakit telinga sebab doktor kata tonsil saya bengkak dan buat telinga berasa lebih sakit.
Doktor cuma bagi MC 1 hari dulu dengan harapan saya sembuh esok, boleh bekerja semula. Tapi esok saya ada event. Rasa nak cakap kat doktor utk bagi lagi 1 hari cuti sebab saya ada outdoor event, tapi sebab sakit tekak & mulut rasa berat untuk cakap. Nampaknya terpaksalah pergi event esok.

Saya harap saya tak akan menjadi penyebab virus selsema spread bila sama - sama naik kereta dengan team member. Itulah teamwork, sakit, biar sama sakit. Jangan salahkan saya, tapi cuba tanya bos. Sebab dia amat mementingkan teamwork, itulah jawapan dia apabila saya tanya minta pelepasan dari event ini yang telah ditolak permintaan olehnya.





Tuesday, April 5, 2011

Pernahkah anda...?

Pernahkah anda.......... terasa sangat malas untuk buat kerja kerana kerja terlalu banyak?




Pernahkah anda........ terasa malas nak buat kerja kerana melihat rakan sekerja anda sedang bersenang lenang?




Pernahkah anda.......... terasa ingin tahu sangat - sangat apa yang bos anda sedang buat?

Pernahkah anda...?

Pernahkah anda bangun pagi, dan terfikir;
"Syukur aku masih hidup..masih ada peluang untuk perbaiki diri.."

Ye, anda patut bersyukur. Bersyukur dengan apa yang ada. Sekiranya anda rasa anda sudah hidup susah, pasti ada org lain yang lebih susah dari anda, jadi bersyukurlah..

Tazkirah Sebagai Renungan Kita Bersama..

اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه

Mari kita mulakan hari ini dengan sedikit tazkirah agar dapat dijadikan renungan, peringatan & panduan bersama..

Anda pasti tahu RUKUN IMAN kan? Sedari kecil kita diajar dengan rukun iman, kalau di Tadika tu, siap ada lagu nasyid lagi bagi memudahkan kita menghafal Rukun Iman ini.

Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Hari ini saya ingin menyentuh sedikit mengenai Hari Kiamat.

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.