Wednesday, November 30, 2011

Tuesday, November 29, 2011

Diner @Chili's wif Anom

Hi,

Last week we went for diner wif my dear fren Anom. Actually we suppose to meet up on Monday wif V & Anom, but last minute I can't make it, so we postponed to Wednesday. Bila postpone, V pulak yang tak boleh datang, but plan tetap diteruskan. We will hang out wif V later, as she promised, after her wedding. Oh, btw, V, if you read this (which I know, u're not), Selamat Pengantin Baru *klepak klepak kebung kebung* haha macam Malay wedding pulak, nak berkompang bagai..

Oh, saja nak bgtau, I kenal V and Anom masa induction, kami 1 batch..masuk keje sama-sama tu..tapi, now, V no longer wif us..dia dah keje tempat lain..so sangat lama tak jumpa, I think adalah dalam 5 tahun..

Ok, berbalik cerita diner, we went to Chili's kat Empire..wat? Empire? yes, Empire yang masuk TV haritu (malas nak cerita, boleh google sendiri kalau anda katak bawah tempurung)..but, don't worry, segala kerosakan dah pulih..orang pun ramai seperti sediakala.. We had a good time, as usual especially for Zara, sebab dapat bertemu dengan kawan baru (normally kawan mommy akan end up jadi kawan dia, sebab dia yg over sedih nak berpisah)

daddy have to 'selamatkan' Zara supaya mommy boleh borak dengan rancaknya..hehe

Before balik, kite bergambar dulu k..(tgk Zara sibuk nak rampas Galaxy Tab aunty Anom)

After borak-borak sampai Zara restless, kami pun gerak nak balik, aunty Anom dukung Zara sampai ke kereta (kebetulan kami park sebelah myebelah), Zara tak mau berpisah, nak masuk kereta aunty Anom. Bila mommy ambil bawa masuk kereta, dia nangis tapi sempat babai2 'kwn baru' dia..huhu

Diner @MJ Burger wif CJ

Assalamualaikum..!

Last week I ada buat janji dengan my dear fren untuk pergi rumah dia, kebetulan bday dia dah dekat masa tu, so dia jemput dtg masa bday dia ajalah..Kalau ikutkan hajat hati, dah lama nak bertandang ke rumahnya, since Raya Puasa, postpone ke Raya Haji.. Rumah dia terletak di Kemensah Hights, area belakang Zoo Negara.

Before sampai ke rumah dia, kami singgah ke Secret Recipe, beli kek & juga Domino's. Kami beli just utk kunyah2 sambil tengok bola (masa tu ada bola.. game Harimau Muda lawan negara apatah, lupa lak) lagipun my main intention adalah nak ajak dia diner pada malamnya di MJ Burger, so tak boleh makan kenyang-kenyang dulu.

Sebenarnya sebelum ni baca review aja pasal MJ Burger kat sini. Masa baca tu, terfikir dalam hati, *yeke sedap sangat ni..? Kena try ni...* So, berikut adalah makanan yang kami order;
Tenderloin Steak : CJ punya

Grilled Lamb Shoulder : my hubby punya

Mine : BB Ribs (available on weekends only)
My baby behave aja tunggu disuap

licin *burrpp*
Portion untuk BBQ Ribs tu agak banyak, sesuai dengan harganya RM25. Daging pun diperasa & diperap sempurna, lembut. Masa mula-mula sampai tertanya dalam hati, "takde gravy ke?" Rupa-rupanya, dia dah perap elok-elok je, tanpa perlu minta extra sauce.. Yang Tenderloin (RM12) tu diperap rasa rempah, mine perap BBQ la, my hubby punya lamb (RM14) pun ok juga..

So, recommended jugalah, harga pun berpatutan. Tapi ikut selera masing-masing la..My personal review? I rate 7.5/10 sebab I suka sayur (i mean salad) and still, i suka gravy..but, we enjoy our food, our moment wif fren, and in fact, Zara really happy that day, until she cried masa kami balik, sebab taknak berpisah dengan uncle CJ..
TQ CJ :)

Tanyalah Ustaz #2

Pagi tadi I tengok Tanyalah Ustaz, spt biasa masa siap-siap nak ke ofis. Antara isi kandungan yang sempat di tangkap oleh telinga adalah, Ustaz tu cakap, " Rasulullah S.A.W bersabda, "Puasa yang terbaik selain puasa di bulan Ramadhan adalah puasa di bulan Muharram & solat yang terbaik selain solat fardu adalah Qiamulail.." Insya Allah, nanti nak juga ganti puasa/ puasa sunat dalam bulan Muharam ni..

Sambung Ustaz tu lagi, "Dalam Bulan Muharam, seeloknya lakukanlah 3 perkara berikut;
1. Berbuat baik pada anak yatim (ie. usap kepala mereka)
2. Bersedekah
3. Berpuasa Sunat

ihsan google
Oleh itu, bersempena tahun baru 1433H ini, marilah sama-sama kita membuka lebaran baru dengan mempertingkatkan amal ibadat kita..Insya Allah.


P/S: Masih belum terlewat untuk saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 1433H...semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya :)

Monday, November 21, 2011

Tahniah Harimau Muda!!

Baru selesai aksi cemas perlawanan akhir bola sepak dalam temasya sukan sea di Palembang, Indonesia. Tahniah diucapkan buat pasukan Harimau Muda yang bermain dengan sehabis tenaga. Perlawanan seri 1-1 sehinggalah meyeret ke 2 set masa tambahan yang berlanjutan hingga memaksa pemain bermain sehingga 120 minit. Namun, keputusan masih seri, jadi penentuan melalui tendangan penalti dibuat. Ternyata pemain kita juga kehabisan tenaga, tetapi keazaman mengatasi segalanya. Akhirnya, pasukan Harimau Muda berjaya membenam Garuda dengan 4-3.

Menyaksikan perlawanan kali ini amat mencemaskan, terjerit-jerit saya di depan kaca TV. Baby Zara siap menadah tangan berdoa (tanda sokongan untuk mommynya barangkali)..Apapun, puashati, Malaysia dah menang untuk menyumbangkan pingat emas ke 59 bagi kejohanan sukan sea ke 26 kali ini. Nampaknya kita juga berjaya mempertahankan kejuaraan yang kita sandang pada tahun 2009 yang lalu. Hoorey! Agak-agak nanti dapat cuti peristiwa tak?? hehe..Aauummm!

Friday, November 18, 2011

Tips di kedai makan

Tadi saya dan 3 orang kawan pergi lunch kat 1 restoran ni. Restoran ni baru beroperasi semula minggu ini, bukan tutup sebab kena tindakan undang-undang sebab dapur kotor atau apa, tapi tutup untuk renovation. Dulu, kedai dia 1 pintu aja, bila maju dia ambil kedai sebelah, so extend jadi 2 pintu. Now, dah jadi 3 pintu..betul-betul masyuk kan.. Ramai pelanggan tetap.. Lauk-pauk makan tengahari kat kedai ni memang banyak, lebih la dari 20 jenis lauk. Rasa masakan dia pun ok, sedaplah juga, sebab tu ramai pelanggan. Tapi sejak kedai dia 'upgrade' ni, rasanya harga pun agak 'upgrade' juga..hehe

Tapi sebenarnya ada tips macamana nak makan dengan harga yang berbaloi.Untuk makan di kedai makan, ada beberapa tips yang perlu kita ketahui. Ini bukanlah cara menipu, tak baik menipu sebab makan makanan yang dicuri itu tak berkat, haram hukumnya bila menjadi darah daging. So, kita boleh cuba cara seperti beikut; iaitu dengan mengenalpasti cara tuan kedai mengira harga makanan. (boleh dipraktikkan kalau dah biasa makan kat kedai tu, kalau 1st time, kire nasiblah)

1) dengan mengira portion yang korang ambil -sikit atau banyak
kalau tuan kedai kire ikut portion yg korang ambil sbg cth sambal udang 2 ekor- 30 sen, ulam kacang panjang 2 batang- 20 sen, lala sweet sour 4 biji- 40 sen, so boleh lah korang ambil banyak lauk sehingga 10 jenis sekalipun. Takde hal, masih murah.

2) dengan mengira berapa jenis lauk yang anda ambil
Kalau tuan kedai guna cara perkiraan yg no 2 ni, better korang pikir betul-betul lauk apa yg korang nak sangat2 makan, dan ambil sesuatu jenis lauk tu dalam amaun yang besar/banyak terus. Sbg contoh, ambil sambal udang sesenduk dia charge 3.00, so kalau ambil seciput pun, dia charge sama, better ambik banyak terus kan.. Kalau nak lagi jimat, kalau pergi makan berdua (couple yg nak jimat bajet) sorang ambil 2 jenis lauk je, pastu lepas bayar, si boyfren bagi la sikit sambal udang kat si gilpren..hehe tukar2 lauk..mesra gitu..haha

3) membuat bayaran pada waktu sesuai
Ada kedai yang lepas kite ambil lauk, kena pergi bayar kat kaunter dulu, then baru boleh makan. Siap ada tampal signage "SILA BAYAR SEBELUM MAKAN". So, kalau kedai macamni, korang ikut lah tips no 1 & 2 kat atas. Tapi kalau kedai yang bila kite nak gi bayar tuan kedai siap cakap, "takpe2, makan dulu, nanti saya datang kire" kalau stail yg macamni, mostly cara perkiraan dia jatuh kepada situasi no 2. Sebab, dia suruh kite makan dulu, dah makan separuh, or kadang2 dah habis, baru tuan kedai terhegeh2 nak kire, so normally dia akan pukul rata harga ikut berapa jenis lauk yg anda ambil. Oleh itu, ikutlah nasihat no 2. Tapi kalau nak tuan kedai tu ikut stail no 1, panggil tukang kire tu sebelum makan, so, kalo korang ambil portion yg sikit, dia nampak sebelum anda makan.. hehe

Harap anda semua faham lah apa yang saya cuba sampaikan ni yer..hehe.. saje dok merepek..ok, tata!

Tuesday, November 15, 2011

Pesan Teman..

Sekadar berkongsi, sekarang saya amat sibuk, dalam kesibukan ni hati terasa ralat juga, bukan ralat sebab apa, tapi ralat sebab terasa komunikasi saya dengan orang sekeliling semakin hambar. Tak tahulah dek penangan teknologi yg makin canggih, komunikasi hanya di hujung jari atau nilai-nilai kemanusiaan semakin hilang dalam paradaban manusia hari ini.

Saya juga seorang yang sensitif, tapi kadang-kadang terpaksa buat dek dengan perasaan terasa tu sebab dah besar panjang ni siapa lah yang nak ambil kisah sangat. Masing-masing buat hal sendiri aja, masing-masing pun sibuk, sampaikan kadang-kadang memang tak sempat nak bertanya khabar pun..

Saya ada berborak dengan seorang teman, teman yang amat baik saya kira, sebab dia juga sesuai untuk saya jadikan motivator bila diri merasakan kurangnya motivasi. Saya berkongsi rasa dengannya mengenai perasaan ini, yang kadang-kadang buat saya sedih sebab seolah kehilangan kawan walaupun mereka berada di depan mata.

Dia menjawab, "para sahabat zaman Rasulullah s.a.w jika mahu bertemu/berkawan dgn seseorg...mereka akan consider - adakah aku akan bisa mendapatkan 'apa2 bekalan akhirat' dr si fulan itu?"

Setelah mendengar jawapan dari teman ini, membuat saya terfikir seketika.. dan dia menambah, " Kadangkala Allah menguji kita di dalam satu perhubungan (samada suami isteri/keluarga atau kawan2) kerana Allah merindui kita. Dengan itu, kita akan mendekatkan diri kita kepada Allah, banyakkan lah berzikir & mendekatkan diri dengan Nya kerana Dia merindui kau Farah.."

Saya memang terkelu dengan nasihat ini, dan memang betul, manusia akan mengingati Tuhannya pabila mereka dalam masalah/ kesedihan. Terima kasih sahabatku kerana kau mengingatkan aku yang kealpaan ini..

Wednesday, November 9, 2011

Masya Allah..

Tgk dalam mstar harini gambar bas accident teruk macam ni..rasa sangat gerun. Nauzubillah,semoga mereka yg cedera cepat sembuh...

Enam kakitangan hospital cedera apabila bas yang dinaiki oleh mereka hilang kawalan dan terbalik selepas beberapa minit mengambil mereka di hospital di Johor Bharu pada Selasa.

Friday, November 4, 2011

It's Fridaaay!

Assalamualaikum & salam hari Jumaat..,

wat?? dah Jumaat..? Selalunya saya akan hepi and excited bila tiba hari Jumaat, sebab esok & lusa adalah cuti..hari Jumaat hari yg ada waktu rehat lama bukan heran sgt pun, sebab hari lain pun boleh rehat lama..

Tapi sebab minggu ni saya sudah cuti 2 hari, dan hari sebelum tu ada event, so productivity tu memang kuranglah untuk minggu ni..huhu pastu next week plak saya kena jadi speaker..dah lah event tu rite after cuti Raya Haji..masuk2 ofis selasa depan kena attend event plak, bukan setakat attend ok, kena present..huhu malasnya nak prepare slide bagai.. hhuhu kenapa lah korang tak cari tarikh lain..? huhu

ok, sebenarnya bebelan di ats ni pun boleh dikategori sebagai permulaan stress jika kita tak tangani ia dengan bijak..so, anggap aja lah You are the chosen one, that's why they need you!

haha bajet la tu..lantaklah orang nak kata saya perasan bagus ke tak, tapi tu lah caranya nak elakkan stress..iaitu STAY POSITIVE bebeh..! ok, takleh ngarut lama-lama sebab kerja bertimbun tu..nak prepare slide plak.. tata!

Wednesday, November 2, 2011

Menangani Stress

Hi Lovelies,

Tadi kat ofis ada program OSHE, so ada lah berbagai aktiviti. Antaranya ada kaunter jualan, kaunter kesihatan untuk check darah, check mata, telinga, semua lah..dan ada juga talk..tadi saya join dengar talk menangani stress..boleh disimpulkan, kita kena berfikir positif untuk mengelakkan stress.. di sini saya nak kongsikan 1 email kiriman kawan saya yang berkaitan dengan stress...saya copy paste aje ye..
--------------------------------

Anda sedang stress..???

Mahu hilangkan stress.. ??

Baca tulisan orang stress berikut ini, yg menceritakan seorang yang Stress!!!

"Pak Mat pemandu teksi menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tiba2 gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat menghantarnya ke Hospital.

Pak Mat sedikit Stress!

Sampai di Hospital doktor mengatakan bahwa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahwa dia bukan ayah dari bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Matlah ayah bayi itu.
Pak Mat bertambah Stress!!

Pak Mat  meminta test DNA untuk membuktikan bahwa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.

Pak Mat semakin Stress!!!

Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahwa Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah.

Sekarang Pak Mat benar2 STRESS!!!!:D