Hari ini sudah seminggu lebih atau lebih tepat,
hari ke 9 kita umat Islam di Malaysia berpuasa. Pastinya bulan puasa adalah
bulan yang ditunggu-tunggu oleh saya ketika kecil dahulu kerana ma dan abah
selalu kata pada bulan puasa semua hantu kena ikat. So tiba-tiba dalam bulan
puasalah saya jadi berani, padahal semua ahli keluarga sedia maklum yang saya
ni penakut yang amat. hehe
Mana taknya, kalau dulu ma atau abah suruh ambil
barang kat tingkat atas (rumah teres 2 tingkat), mesti nak orang teman naik
atau lari sepantas kilat untuk ambil barang, sebab rasa macam ada 'sesuatu'
tengah tengok, rasa seram siap berpeluh la..tapi bila bulan puasa, tiba-tiba
dah tak rasa tu semua..hehe
Selain happy bulan puasa takde hantu, masa kecil
dulu saya sangat suka bulan puasa sebab boleh pergi terawikh dengan anak-anak
jiran. Masa tu kami (dalam lingkungan darjah 3-6) naik basikal untuk ke surau
yang jaraknya lebih kurang150 meter. Masa tu pergi ngan kawan-kawan je, takde
la mak ayah risau cam zaman sekarang dengan kes culik dan macam-macam. Rasanya
cite pasal gi terawikh ni pernah saya bagitahu dalam entry terdahulu kan..
Itu cerita gembiranya tunggu Ramadhan masa kecil,
sekarang bila dah dewasa, dah berkeluarga, masih tertunggu-tunggu Ramadhan,
sebab nak bertarawikh di masjid bersama keluarga. Saya suka ke masjid negeri,
tapi bila ada anak kecil tak dapatlah solat kat bahagian atas, cuma tarawikh
kat bawah aja, sesuai untuk mereka yang bawa anak kecil, untuk tidak menggangu
jemaah yang lain.
Selain tu, bila Ramadhan, kami sekeluarga
biasanya akan berkumpul untuk berbuka bersama dengan adik-beradik bila hujung
minggu. yelah, dah 4 orang yang dah kawin dan dah tinggal sendiri, masa ni lah
kalau nak berkumpul pun..tapi actually kami duduk dekat-dekat, so tak bulan
puasa pun selalu je berkumpul semua ahli keluarga..tapi bila Ramadhan terasa
lebih best lah..
Biasanya bila Ramadhan, ma akan bahagi-bahagikan
zujuk untuk kami adik beradik mengaji, tapi sebab saya dah kawin dan tinggal
sendiri, just baca sikit-sikit bila berkesempatan..huhu..
Sebenarnya yang seronok bila nak beraya pastinya
kanak-kanak. masa saya kanak-kanak dulu sangat excited nak shopping baju raya.
Bila dah ada anak sekarang, excited nak shopping untuk anak pula. Macam tu lah
ibu bapa kita dulu kan, selalu dahulukan anak sebelum shopping untuk diri
mereka..Terima kasih ma & abah...