Thursday, May 31, 2012

Anda suka Western food?

Big ass burger by That Little Gerai
Lamb Chop by TLG
Lamb shank by Big Plate
Lamb chop by Big Plate
Sekarang ni banyak restoran di Malaysia menyajikan makanan ala Barat..cewah..cakap je la western food kan..hehe..Walaupun kadang-kadang bila kita try western food tu, rasa dan cara sajiannya takde la 'kebaratan' sangat, maybe dah banyak dipengaruhi oleh selera tempatan..tapi memang senanglah nak cari western food sekarang..Tak perlu ke restoran yang mahal, gerai2 maple pun da jual chicken chop..hehe hebat tak hebat sekarang..Malaysia ni cool..macam2 makanan ada..

Ok, bercakap pasal western food, kalau pergi mana2, tak dinafikan, memang saya suka order western food. So, ni saja nak share compilation western food yang pernah saya order. Actually ada banyak lagi western food yang sedap yang saya pernah try, tapi kalo dah lapar tu lupa la kan nak snap pic nya...
spaghetti from Victoria Station
Tenderloin steak by VS juga
Chicken chop by Fifi
also chic chop by in house chef- Fifi
Mix steak by Tupai-tupai
Fish & Chip by D'One Steak
Sizzling steak by D'One Steak
Lasagna by Grand Margarita Hotel Kuching
Blackpepper steak by Grand Margarita Hotel Kuching
Steak by Grand Lexis Hotel PD
Tenderlion steak by MJ Burger
BBQ Rib by MJ Burger
P/s: Dah tengok balik gambar2 ni buat rasa terliur plak..huhu...awak paham tak? eh.

Sunday, May 27, 2012

Burger YB @Sect 7

Haritu kami ke Sect 7 nak beli nasi arab..sekali hubby cakap, eh ada kedai baru bukak..jual burger besar.. extra besar punya..I suh la hubby gi order..tapi dia datang balik dengan hampa sebab katanya kena order dulu..sebab lambat nak tunggu...ada org order siap2 dari pukul 11 pagi..

So, ok lah, kami kata later la..bila balik carila url yg diorg bagi ni..so dapatlah idea camne burger yg ada dan apa yg boleh di order nanti..esoknya gi ofis I bgtau member2...ptg tu ada kakak ofis call, nak order, skali diorg jwb, da tak amik pre order sebab ada kes. Kena gi sana, beratur & order...

Esoknya, kami ke sana, saja singgah kot2 orang tak ramai, boleh order (sangat la bersemangat kan..) pastu tgk takde org beratur pun..cakap kat hubby, ok la ni, takde org pon..I pi la order, lepastu tanya bila siap, dia kata dlm sejam sebab dah ramai orang order..hmmmm boleh la..sementara tu kami makan dlu mknan lain..
besar gedabak, siap guna kotak kek tu..

Setelah sejam tepat, kami pun dapat lah burger kami..I order 1 kg punya, roti oregano & patty blackpepper..cara2 ordernya agak2 cam subway sikit..spt berikut;

1) pemilihan jenis roti ( oregano, garlic, honey oat, dan wholemeals)
2) pemilihan jenis patty ( satay, blackpepper, bbq, mushroom, n tomyam)
3) pemilihan jenis sos ( tomato, cili, mustard, mayonis, thousand island n bbq)
4) pemilhan jenis sayur ( salad, bawang, tomato, timun, kobis, n carrot)
5) pemilihan jenis buahan ( epal, nenas, n zaitun)
6)  pemilihan daging ( ayam atau lembu)
7)  pemilihan sos tambahan ( blackpepper, mushroom, cheezy, n jalepeno)
8)  pemilihan cheese ( 2 keping, 5 keping, dan 10 keping)

So, kalo nak tau sedap ke tak, kena la try sendiri..sebab lain org, lain citarasa kan..as for me, my personal rate is 7/10.. at least da try..baru puas hati..hihi





Friday, May 25, 2012

Sahabat, Kawan & Teman

Sahabat
Apa di cari pada sahabat
Adakah hanya untuk mendengar cerita yang hebat
Atau sekadar untuk berdebat

Kawan
Apa di cari padamu kawan
Adakah ketika ingin bertukar pandangan
Atau enak untuk berlawan
Atau sekadar ketika hendak makan

Teman
Apa di cari padamu teman
Adakah sekadar melayan kebosanan
Atau diperlukan ketika kesempitan
Atau tidak memberi sebarang kesan

Apapun erti kau di sisiku
Terima kasih wahai kawan, teman dan sahabat
Budi kalian akan ku semat
Di lubuk hati paling dalam
Lipatan hidup yang takkan padam..

Sepotong Maaf

Kadang kala sebagai manusia kita sering terlupa
Sering saja alpa
Selalu saja menyalahkan orang lain
Sentiasa rasakan diri dianiaya
Walau hakikat kita yang menganiaya, menindas dan tidak mempeduli lantas menzalimi

Bila kita susah sentiasa ingin mencari orang untuk mendengar keluh kesah
Tapi apa dibuat di saat gembira?
Mengapa ingin diluah tika berduka?
Bila tiada siapa mendengar kenapa kau bermuram durja
Kalau sekadar bermuram tidak mengapa
Tapi kau simbahi pula api kemarahan
Hingga rasa tidak tertahan

Manusia tiada yang sempurna
Tapi itu bukan bermaksud kau boleh terus leka
Aku sedar kekadang tersasar
Ada tindakan di luar sedar
Maafkan aku pintaku benar
Semoga kita mendapat hidayahNya
Dan agar masih belum terlambat...
Untuk mengungkapkan sepotong maaf..

Thursday, May 17, 2012

Makan Ketam @ Restoran Kayu Manis

Helo...,

Last 2 weeks my hubby tengok jalan2 cari makan ada pasal restoran ni. Sebab dia tau i suke makan ketam..so dia ajak la pi sana try...

Kami pergi bertiga ngan si kecik tu..tapi kat sana ada ramai kanak2, nak2 pulak diorg main pondok2 dalam rumah mainan yang ada kat kedai tu..memang tak jadi makan la dia..nak main aje..

Kami order ketam 2 ekor (sebab tu minimum order) & nasi goreng seafood....I order air apple ada asam boi and my hubby nescafe tarik.. Ketam dia fresh sebab masih hidup dan display dalam aquarium...I tak amik pic la sebab sibuk layan si kecik..

Order lambat juga nak dapat walaupun masa kami datang tu belum ramai orang..sebab kami sampai around 8pm.. tapi, orang yang dtg lepas 8.30pm lagi la lambat dapat their food..kalau lapar boleh kembung dulu la..

Tapi penantian tu berbaloi sebab ketam yang ditunggu2 tiba dengan menyelerakan...
besar..dan segar
nyummeh....

Sebab lil Zara tu tak sempat makan dan sibuk main, I pun takleh nak concentrate makan, asik nak gi tengok dia je..sebab dia paling kecik, yg lain2 sume orang2 besar, siap ada budak tarik2 tangan Zara n she terjatuh la apa la..sangat tak tenteram okeh.. so we decided to tapau la akhirnya..

Yelah, ketam tu besar, 2 ekor je dah lebih 1kg.. kami berdua nak makan kena makan betul2..sebab I kalau makan ketam memang kucing tengok pun stress..hehe sebab I makan sampai licin, tak tinggal kesan...hehe..mau berejam2 baru settle..

Balik umah barulah Zara join makan sekali..
tengok..sepit aja pun dah besar tu..

My Mr Chef at Home

Hi there..

I love eating at home, especially when my hubby take charge..yes, sometimes..erkk or i can say most of the time, he will be the chef and I will only act as practicum student yang baru masuk dapur...haha

Balik keje tadi I nak masak, but my lil Zara tu sibuk nak itu ini n all, so, I have to layan her..I cuma sempat siapkan barang utk masak, bila time nak masak tu la dia buat peel..my hubby yg dah lapar, tanpa buang masa, bertukar topi la..hehe..so I cuma sempat bagi resepi, yg lain2 terpaksa chef settlekan sendiri..dalam kelaparan dan masa yg singkat, sempat sediakan simple dish like this...
ikan merah kukus halia
sotong goreng..byk minyak, so kena tos dulu...hihi
kailan goreng
Tapi simple2 pun, kami  makan nasi siap bertambah..hehe.. 
TQ dear..we are a good team..yeah, I know :) 

Monday, May 14, 2012

halooo...



Assalamualaikum & salam sejahtera...,

Dah lama kan saya tak update blog? sampai terlupa yang saya ada blog sendiri..hehe..actually lately sangat sibuk dengan tugasan harian sehinggakan waktu bersosial di atas talian pun berkurang. dah lama kot tak baca blog org lain, tak baca forum dan membuang masa yg sewaktu dengannya..tambahan pulak, takde internet akses, lagi la lemau kan...

Sepanjang ketiadaan entry baru di sini, sebenarnya kehidupan saya berjalan seperti biasa, sungguh seronok dan ceria *haha ayat takleh blah*.. ala, biasa la..sure ada up&down..ye tak? tapi itulah yang mewarnai kehidupan kita dan membuatkan kita sentiasa mempelajari sesuatu yang baru...dan, sesungguhnya saya bersyukur dengan apa yang ada, dan bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan..subhanaullah...

Malas nak cerita panjang, apa kata kite layan dulu gambar2 yang dah lama tak diupload ni...

@Bukit Tinggi awal Feb yg lalu..
konon sejuk la sgt kan..

like father like daughter...
fish feeding @Tasik Shah Alam