Monday, July 30, 2012

Berbuka @Serai Empire

Assalamualaikum,

Today we had our berbuka puasa or iftar at Serai Empire. My friend, Fifa cadangkan kami ke sana. I ok aja kat mana2, yang penting, we can meet up.. When I asked Izma for the location, she just agreed. Nice! Then, I called Serai to make a reservation, almaklumlah, weekend kan selalu ramai orang. The lady who answered the phone told us, upon confirmed booking, cust need to pay half deposit for the pre order. So, yeah, I've bank in the deposit.. gigih la plak cari mesin atm kan..haha

Untuk bulan Ramadhan, this restaurant offer a ramadhan set. There are 4 sets available. Price range from set 1 to 4 is from RM120 to RM195. We took the 2nd set yang berharga RM145..


Tak sangka pulak portion lauk tu agak besar, dan untuk ikan tu, rupanya dapat 2 set. So memang puas makan ikan. kali ni tak sempat nak snap picture lauk pauk yang menarik tu sebab Zara buat perangai skit harini..tak pasti dia restless sebab penat tak tido lansung waktu siang atau dia cranky sebab penat berjalan ke sana- ke mari tak duk diam..so mummy & daddy kena gilir-gilir makan sebab dia ajak jalan-jalan kat luar.. Sabo jela..Overal, makanan, seperti biasa, tidak mengecewakan, cuma part Zara buat perangai jela membuatkan mummy takleh makan dengan aman..huhu


Sunday, July 29, 2012

Ramadhan datang lagi...




Hari ini sudah seminggu lebih atau lebih tepat, hari ke 9 kita umat Islam di Malaysia berpuasa. Pastinya bulan puasa adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh saya ketika kecil dahulu kerana ma dan abah selalu kata pada bulan puasa semua hantu kena ikat. So tiba-tiba dalam bulan puasalah saya jadi berani, padahal semua ahli keluarga sedia maklum yang saya ni penakut yang amat. hehe

Mana taknya, kalau dulu ma atau abah suruh ambil barang kat tingkat atas (rumah teres 2 tingkat), mesti nak orang teman naik atau lari sepantas kilat untuk ambil barang, sebab rasa macam ada 'sesuatu' tengah tengok, rasa seram siap berpeluh la..tapi bila bulan puasa, tiba-tiba dah tak rasa tu semua..hehe

Selain happy bulan puasa takde hantu, masa kecil dulu saya sangat suka bulan puasa sebab boleh pergi terawikh dengan anak-anak jiran. Masa tu kami (dalam lingkungan darjah 3-6) naik basikal untuk ke surau yang jaraknya lebih kurang150 meter. Masa tu pergi ngan kawan-kawan je, takde la mak ayah risau cam zaman sekarang dengan kes culik dan macam-macam. Rasanya cite pasal gi terawikh ni pernah saya bagitahu dalam entry terdahulu kan..

Itu cerita gembiranya tunggu Ramadhan masa kecil, sekarang bila dah dewasa, dah berkeluarga, masih tertunggu-tunggu Ramadhan, sebab nak bertarawikh di masjid bersama keluarga. Saya suka ke masjid negeri, tapi bila ada anak kecil tak dapatlah solat kat bahagian atas, cuma tarawikh kat bawah aja, sesuai untuk mereka yang bawa anak kecil, untuk tidak menggangu jemaah yang lain.

Selain tu, bila Ramadhan, kami sekeluarga biasanya akan berkumpul untuk berbuka bersama dengan adik-beradik bila hujung minggu. yelah, dah 4 orang yang dah kawin dan dah tinggal sendiri, masa ni lah kalau nak berkumpul pun..tapi actually kami duduk dekat-dekat, so tak bulan puasa pun selalu je berkumpul semua ahli keluarga..tapi bila Ramadhan terasa lebih best lah..

Biasanya bila Ramadhan, ma akan bahagi-bahagikan zujuk untuk kami adik beradik mengaji, tapi sebab saya dah kawin dan tinggal sendiri, just baca sikit-sikit bila berkesempatan..huhu..

Sebenarnya yang seronok bila nak beraya pastinya kanak-kanak. masa saya kanak-kanak dulu sangat excited nak shopping baju raya. Bila dah ada anak sekarang, excited nak shopping untuk anak pula. Macam tu lah ibu bapa kita dulu kan, selalu dahulukan anak sebelum shopping untuk diri mereka..Terima kasih ma & abah...

Thursday, July 19, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak

Ramadhan datang lagi..Selamat berpuasa diucapkan kepada Muslimin & Muslimat sekalian.

"Ya Allah, berikan lah kesihatan yang baik buat diriku dan keluargaku agar kami dapat menunaikan ibadat & beramal di bulan Ramadhan yang mulia ini.."

Monday, July 16, 2012

Selamat Pengantin Baru Rozie & Zeyrie

Rozie & Laila
Ini pic wedding Rozie & Zeyrie seperti yg dijanjikan..pic yg 1st ni masa malam akad nikah..i tak dpt hadir, so hantar wakil aja..siang esoknya barulah dapat datang...pic yg kedua tu pada hari persandingan belah perempuan..Ramai juga kwn yg datang..geng 6J+1 semua ada walau tak datang serentak..I la datang paling last..sebab tunggu puteri beradu dulu..kang meragam kat majlis org susah plak..

Anyway, semoga berbahagia hingga akhir hayat..nampaknya dapatlah puasa & raya bersama tahun nie eh.. :)

Apa aja la Zara tu..

Tuesday, July 10, 2012

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum & Salam bahagia...

cewah, salam bahagia gitu..yela..kita kena sentiasa bahagia barulah hidup rasa ceria setiap masa..hehe...

tiap kali masuk sini, sure nak start dengan ayat.."dah lama tak update blog kan.." alalala.. nak bagi alasan la tu..tapi betul tak tipu..memang dah lama tak masuk & alasan terkini, "lupa dah ada blog.."
wahai blog kesayangan ku, jgn bsedih ye, bukan sengaja nak lupakan, tapi komitmen mencanak2 sejak kebelakangan ni..kalah PM la katakan..nak kata bz berbisnes, xde bisnes pun, keje makan gaji jer.. :)

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada sahabat saya iaitu Zeyrie & Rozie sempena perkahwinan mereka. Nanti kalau sempat saya letak pic skali k..

itu je buat kali ni..babai..