Monday, August 6, 2012

Berbuka @SACC dengan menu istimewa kambing kebuli

Salam semua, 

Khamis minggu lepas saya dapat undangan berbuka di SACC. Mulanya tak nak pergi sebab tak sampai hati tinggalkan dua si jantung hati kat rumah, tapi sebab tak dapat nak tolak jemputan tu, yela, member hari2 call tanya nak pegi ke tak, so layankan aja lah jemputan tu. Dan, my hubby pun bagi keizinan, so dia and Zara buka kat umah my mom..

nasi & kambing kebuli..
desert yg nampak menyelerakan
Orang boleh tahan ramai juga kat sini, makanan pun ada macam2 lauk pauk, tapi rasa makanan dia ok la juga. Nak kata sedap sangat tak juga, nak kata tak sedap pun tak, tapi boleh diterima la. Cuma desert dia kurang ummpphh.. Selain meja buffet yang panjang, terdapat juga gerai2 kecil di sekeliling dewan, antara menu yg disediakan ialah lemang, rendang tok, satay, ikan & lidah bakar, lok lok (macam yong tau foo), kuey teow goreng, bakso, mee & bihun sup, gulai kawah, aiskrim coklat, vanilla & durian juga ABC. 

Pilihan air pula ialah orange kordial, mango juice, guava juice, sirap, air kosong dan teh & coffee panas.Kat luar dewan ada gerai roti john, keropok lekor, tahu bakar, murtabak, kerang bakar, rojak buah dan berbagai lagi lah..Untuk mereka yang banyak makan, boleh stay sampai pukul 10 dan tutup dewan sekali..hehehe.. Saya tak de la lama2 sebab kesian kat Zara..So, itu jela nak cite.. :)




Wednesday, August 1, 2012