Sunday, September 23, 2012

Bertanding deco cake..cam tak caye je..

Last week, my company ada buat aktiviti sambutan Merdeka Raya.. ada banyak acara yg dipertandingkan.. I & the geng masuk la beberapa acara, antaranya cake decoration..haha jangan main2, walau tak reti buat kek, deco cake pun bole...actually I takde niat utk join deco cake ni, but one of my colleague tak dapat join due to work commitment, and another fren minta I ganti, I ok aja..(walaupun tak pernah pegang piping bag pun b4 this) haha belasah aja la..

So inilah hasilnya...memang memalukan ok..but Im proud of myself..sebab 1st time try deco cake terus masuk pertandingan, konfiden tak agak2..

Ni Kakak Lawa punya, dia pun kena jadi bidan terjun juga ganti orang..ni pun 1st time try deco cake..terrer juga kan..
Ni pemenang pertama..sesuailah dengan tema Merdeka Raya..
salah seorg juri adalah wifey juara Masterchef selebriti, Dr Fazley..

Treler terbalik..

Ahad lepas, semasa kami nak ke Jusco Bukit Raja dan melalui Plaza Tol Sg Rasau, kami lihat banyak kereta tiba2 tukar lane, keadaan agak kelam kabut sikit tapi takde la jem panjang, jenguk2 nak tengok apa yg berlaku, rupanya betul2 depan pintu tol tu, ada treler terbalik..
Dalam paper kata air tin bertaburan, tapi masa kami lalu, tak nampak pulak air tinnya..hehe

Boleh baca berita selanjutnya yg dilaporkan di sini.

Zara 1st hair cut..

Ni bukan gambar baru, tapi baru nak update..masa minggu pertama raya hrtu, kami bosan2 kat umah sebab hari ke 3 raya kami tak kemana-mana, dan datang idea utk bawa Zara ke saloon for her first hair cut experience..Ok la, dia duduk diam-diam je..suka la tu.. :)



Saturday, September 22, 2012

Kesan Pengambilan Kafein



Adakah anda penggemar kopi atau teh? Adalah perkara biasa bagi kita untuk memulakan hari dengan segelas kopi atau teh. Ada di antara kita yg akan rasa 'layu' sekiranya tidak dapat kopi atau teh bagi memulakan rutin harian. Ada juga di antara kita yang meminum kopi untuk berjaga malam bagi mengulangkaji pelajaran ataupun untuk menonton perlawanan bola. 

Rasanya kita semua sedia maklum bahawa kopi atau teh memang mengandungi kafein yang mampu membuat kita ketagih. Kafein ini juga di kenali dengan nama kimianya trimetilksantina dalam keluarga metilksantina. Bahan ini berbentuk serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit.  Kafein boleh ditemui dalam biji kopi (Coffea Arabica) , daun teh (Theasinensis)  dan biji koko (Theobrama cacao). 

Kesan Pengambilan Kafein 

Kesan pengambilan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil dan berbeza bagi setiap individu yang mengambilnya. Secara purata semakin kecil saiz atau pun berat badan seseorang itu, semakin kurang kafein yang diperlukan untuk menghasilkan kesannya. Tetapi, banyak kesan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil. Pengemar kopi selalunya memerlukan pengambilan yang tinggi untuk mencapai tahap kenikmatannya. Ini bermakna lebih banyak kafein yang diambil setiap hari maka lebih banyak yang diperlukan untuk mencapai tahap kenikmatannya.

Kafein akan memasuki sistem tubuh setelah beberapa jam mengambilnya kemudian akan keluar menerusi urin. Kafein memberikan kesan berterusan ke atas tubuh kita selagi masih berada dalam darah. Jangka masa yang diperlukan oleh tubuh untuk menyahkan separuh daripada jumlah kafein yang diambil adalah dari beberapa jam hingga ke beberapa hari. Secara puratanya bagi orang dewasa, kesannya boleh dirasai selama lima hingga tujuh jam. Terdapat beberapa faktor yang melambat jangka hayat kafein dalam tubuh kita, antaranya seseorang yang mengambil ubat-ubatan, menghidap penyakit hati dan wanita mengandung.

Oleh itu, bagi wanita mengandung pengambilan kafein hendaklah dikurangkan atau dihentikan sama sekali  kerana kafein akan meningkatkan risiko keguguran dan ketidaksuburan. Ada juga bukti yang menunjukkan kafein boleh mengakibatkan kecacatan bayi sewaktu dilahirkan.

Kafein boleh menyebabkan pesakit yang mengalami masalah jantung dan kegagalan saraf menjadi lebih teruk, dan kebanyakan pengguna tidak sedar keadaan ini boleh berlaku ke atas mereka.

Kajian telah menunjukkan bahawa kafein memberi kesan seperti penggunaan dadah perangsang yang lain. Kafein cenderung untuk merangsang otak dan sistem saraf pusat kemudiannya bertindak ke atas jantung, pembuluh darah dan buah pinggang. Salah satu simtom yang biasa dihadapi oleh pengguna ialah dehidrasi (pengeluaran air terlalu banyak daripada badan menyebabkan badan kekurangan air). Walaupun anda menganggap dengan meminum air berkafein yang banyak badan dapat mengekalkan kandungan air tersebut tetapi kafein akan bertindak sebaliknya ke atas badan. Di sini kafein bertindak mempercepatkan penghadaman dan merangsang pengeluaran air kencing yang banyak.

Dalam situasi begini adalah penting kepada remaja yang aktif bersukan dan gemar mengambil minuman berkafein agar meminum air yang tidak berkafein secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. Dengan pengambilan kafein juga akan menyebabkan badan kehilangan kalsium serta potassium dan ini akan menyebabkan kesakitan otot dan melambatkan masa untuk rehat selepas menjalani senaman. Bagi wanita dalam peringkat menopaus  yang gemar mangambil minuman berkafein akan mempercepatkan lagi proses osteoporosis disebabkan kehilangan bahan-bahan mineral tersebut.

Walaupun kesan kafein berbeza di antara seorang pengguna dengan pengguna yang lain, pengamal perubatan menasihatkan agar mengambil tidak lebih dari 100 mg  kafein sehari, yakni lebih kurang satu cawan kopi sehari. Namun terdapat pelbagai saranan yang diutarakan oleh pelbagai pihak mengenai pengambilan kafein yang unggul. Walau apa pun saranan yang diutarakan mengenai pengambilan kafein yang unggul dapatkan  nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya kita menghidap penyakit tertentu yang mungkin alah kepada kafein.

Pengambilan pada dos 250 hingga 750mg kafein (dua hingga tujuh cawan kopi) boleh menyebabkan seseorang itu mengalami situasi cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala dan sakit perut. Tetapi pengambilan kafein akan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan penumpuan terhadap tugas. Namun, tidur juga akan terganggu, berasa lebih tenang dan mengurangkan rasa lesu.

Jika kafein diambil lebih dari 750mg (tujuh cawan kopi) sehari akan menyebabkan sakit kepala, lekas marah, timbulnya rasa takut dan tidak dapat tidur (insomnia). Pengambilan dos yang tinggi juga akan menyebabkan kekejangan dan mungkin diikuti dengan maut.

Kesan jangka panjang 

Ulser - Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsangkan penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan perut rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah ulser dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi lebih teruk. Tetapi, bukan kafein sahaja yang mengakibatkan terjadinya ulser. Lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk membuktikan sama ada kopi berkafein dan kopi tanpa kafein boleh menyebabkan ulser. 

Masalah Jantung
– Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Biasanya penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein sama sekali. Walaupun demikian tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.

Ketagih - Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simtom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau ia akan sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala. 

Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukannya mudah. Cara yang berkesan  adalah mengurangkan pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam sajian harian anda.
 
Jenis Makanan & Minuman
Kandungan Kafein (mg)
Dos
Kopi Tapis/Saring
100 – 150
satu  cawan
Kopi Segera
50 – 70
satu  cawan
Teh
30 – 90
satu  cawan
Teh Uncang
65
satu  cawan
Kopi Nyah Kafein
1 – 6
satu  cawan
Minuman Kola
72
360g
Soda Oren Sunkist
42
360g
Minuman Coklat Panas
5
satu  cawan
Kek Coklat
20 – 30
satu  potong
Ubat-ubatan


Ubat Migrain
100 mg/dos

Analgesik
15 - 40 mg/dos

Batuk/Selsema
15 – 125 mg/dos

* maklumat diatas diperolehi dari www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/sun/1996/sun35.html 

Wednesday, September 19, 2012

Undangan ke majlis rumah terbuka..



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِوَبَرَكَاتُهُ..
Ooh God, its been awhile since my last entry when I wrote abt iftar at SACC convec..actually ada byk lagi good n nice places for the iftar after that entry, but I don't hv time to write it all..until la dah abis raya pun..cite pasal raya pun xsempat nk post..bz sgt la kononnya..

Sudah menjadi satu trend pabila musim raya blambak2 undangan rumah terbuka baik jemputan dari saudara mara, sahabat handai mahupun jiran tetangga. Kalau di pejabat pun, ada syarikat2 yg buat majlis jamuan raya..ada yg buat di hotel2, kelab golf mahupun di pejabat mereka..

Boleh dikatakan hampir setiap hari la ada jemputan..kalau bukan dr syarikat lain pun, at least internal function tu pasti ada.. Bagi orang yg suka acara mkn free, inilah masa yg ditunggu2..hehe maklumlah dah abis raya, bajet pun tiada, kalau ada jamuan raya, at least selamatlah duit poket.. Tapi bukan semua org begitu, ada juga yg malu dan segan walau dpt jemputan..

Sebenarnya, sekiranya dpt jemputan, jika tiada keuzuran, maka kite kena lah pergi..at least tunjuk muka.. Sekiranya kita berpuasa ganti pada ketika itu, tidak perlu berbuka demi memenuhi jemputan kerana kita sedang mengganti puasa wajib yg difardukan. Namun, jika kita sedang bpuasa sunat, dibolehkan utk berbuka demi meraikan tuan rumah/tetamu.. Waullahu'alam...