Thursday, May 26, 2011

Mood yang bercampur - campur

Hi there,

its been a while i didnt update here..been busy juggling with all personal & work matters.. i really need a break.. i am ok if i am busy at work but i get full support & affection from the love one.. but, lately my emotion is not stable, easily distracted by small little things.. & i really hope i can overcome this feelings..

p/s: apa yang saya perasan, saya sangat sensitif, dari sebesar2 benda hinggalah sekecil2 benda pun nak fikir, risau & terasa. tapi sendiri2 je, sebab org xlarat dah nak layan kot.. paranoid!

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu...

Cuaca hari ni sangat panas. Tadi masuk kereta tgk meter 42 darjah celcius.. sangat panas.. selalunya panas2 pun 39 degree aja.. Keluar ke Jusco kejap, beli hadiah untuk Hari Ibu.. lepas beli, singgah beli frappucchino choc creme chip jap..yelah, panas2 best sikit minum frappucchino atau makan ice cream...

Pergi kejap aja..pastu balik, bila sampai umah, rasa pening..sebab panas sangat kot..Anyway, di kesempatan ini, saya nak ucapkan buat ma (ibu saya) & mama (MIL);

 Terima kasih di atas segalanya, semoga panjang umur & sihat sentiasa & dilimpahi kasih sayang & rahmat Allah... Amin :)


p/s: Pika, cam penah tgk tak? teehee

Saturday, May 7, 2011

Aktiviti Wajib Bila Gaji Masuk

Sebagai pekerja yang makan gaji, akhir bulan adalah waktu yang ditunggu - tunggu kerana pada saat2 sedemikianlah poket anda berada di tahap paling nipis. (secara general bagi orang yang berpendapatan paras sederhana, janganlah compare dengan level2 GM, VP etc2..)

Bagi sesetengah orang, siap buat calender countdown tarikh masuk gaji, ada juga company yang memang letak jadual gaji siap2 kat portal untuk pemberitahuan kepada para pekerja. So, di sini saya senaraikan beberapa aktiviti utama bagi 2 golongan, iaitu golongan wanita & lelaki pertengahan usia.

Mari kita lihat apakah aktiviti - aktiviti wajib bagi golongan wanita bila dapat gaji:
  1. Pergi usha kedai2 kain/ tudung. - ini memang faberet la, sebab tiap2 bulan kena ada tudung baru kan, nak matching2 dengan warna baju/ kasut atau handbag.
  2. Pergi usha butik2 handbag or kasut. - kalau dah 'terbeli' tudung, pastinya nak beli handbag atau kasut untuk matching kan..kadang2 tu saje beli tudung yang takde matching so adalah alasan konkrit untuk tambah koleksi.
  3. Bayar duit kutu. - ini aktiviti common la bagi makcik2, main kutu, kalau dulu kutu duit je, sekarang dah advance, siap ada kutu periuk, kutu perabot, cuma kutu beras je diorg tak suka sebab kalau ada kutu dalam beras memang susah nak masak nasi, kena kutip buang dulu kutu - kutu tu..
Bagi golongan lelaki pula, mereka lebih gemar:

  1. Setelah dah lama usha barangan kereta di internet/ majalah kereta, maka mereka pun mula la panjangkan langkah melihat secara dekat pula, kalau bernasib baik, dapat kawtim dengan tokey, dapat tukar rim baru atau apa2 eksesori kereta yang baru.
  2. Pergi ke pusat2 karaoke..ni bagi yang kaki karok la..jgn tak tau, pakcik2 yang rasa suara mereka ala2 Brory Marantika atau Jamal Abdillah ni memang suka gi asah bakat, lagi2 kalau ada family day, atau kenduri kawin, mau bantai nyanyi 4-5 lagu sorang..
  3. Lepak dengan member2 sampai pagi..lagi2 kalau ada bola.. actually aktiviti ni kalau tak gaji pun mereka buat, tapi kalau dah gaji, lagi best la boleh makan minum 3-4 round sambil berasap shisha..
Contoh2 di atas ni yang tipikal aja..yang biasa berlaku.. yg luar biasa tak dapat lah nak share kat sini....

    Thursday, May 5, 2011

    Sakit perut..

    Yesterday, me, Kakak Lawa & Ms Sunshine went to Pyramid for lunch.. punya la semangat sampai ke Pyramid kan.. sebab menurut Ms Sunshine, dia dah lama tak gi sana.. I yang teringin nak makan Pizza Hut 50% (terpengaruh dengan iklan ye kawan2..) telah melobi mereka untuk ke Pizza Hut.. 

    Tapi rupa2nya deal utk Wednesday ialah samada ambil personal pizza atau mushroom soup with garlic bread.. I nak kedua2 nya.. huhu (tamak di situ, gara2 tak breakfast..) kerana deal tu tak berapa nak deal..amik set for 1 yang macam biasa aja..then tambah apa2 yang patut..

    Lepas kenyang, kami singgah ke store mana yang patut (tak boleh nak reveal semua atas sebab2 tertentu).. sebelum balik, I singgah ke Cinnabon sbb nak rasuah my hubby..hehe beli his fav Classic Roll, I amik yang set minibon sebab ada air skali.. so, I bole amik air dia kan sebab dahaga setelah bjalan2.. 
    Minibon Classic Roll fav my hubby

    Selepas beli , tanpa berlengah I minum dengan lajunya..tiba2 baru perasan air dia rasa semacam..seakan orange juice yang dah basi..Sebab tak puashati, minum lagi (just to double confirm), then siap bagi Ms Sunshine rasa tu.. punya lah tak percaya dengan diri sendiri.. hehehe 

    Pastu Ms Sunshine cakap, "Farah, cam basi je ni..gi la pulang balik, or buang aja..kang sakit perut susah pula...." sebab malas nak kecoh2 kat kaunter tu, I pun buang aja dengan separuh redha.. huuu sebab masa nak beli tu, mamat pekerja tu (mebi Bangladeshi) cam kerek2 aja.. 

    I beli pun cepat2 and blah, so malas nak gi komplen..Sebenarnya dengan berbuat demikian I dah menidakkan hak kepenggunaan I, tapi as I said, malas nak kecoh2..so redha jela..

    Bila balik rumah, as expected, I sakit perut.. 2x ke WC.. huhu...Then, my dad suruh beli pil chi kit teck aun.. so, ikutkan aja..I ask my hubby beli & makan la.. ok la, pastu dah lega..takde la berulang alik ke bilik kecil dah.. 

    Korang penah try pil ni? Rupanya seperti di bawah;


    Actually untuk adult, kena makan 1 sachet, tapi sebab I feeling2 budak2..I makan 8 biji aja.. rasa cam jamu2 skit... hehehe

    Pesanan Untuk Daddy

    Hi Pretty Ladies & Hot Mamma out there...,

    Setelah cuti hari buruh beberapa hari yg lalu tahap kemalasan utk update blog sgt membuak2.. eh, apa kes hari buruh? hari pekerja la.. baru rasa civilized skit hahaha

    hmmm dalam masa cuti yg hanya beberapa hari tu, spt yang I bgtau before, we just bercuti berhujung minggu di rumah.. sob sob.. then, bila dah lama kat rumah tu, macam2 perkara berlaku.. antaranya, bila bosan, my hubby layan marathon DVD..tah I donno cite apa sbb I tak tumpang sekaki.. hehe dia tgk pun kat his lappy aja..so malas nak kacau..

    so, bila my hubby penat, dia take a break la..pergi WC ke, gi dapur utk refuel ke.. then, tinggal la lappy dia unattended.. pastu, datang lah si budak kecik yang comel tapi licik ni mengerjakan laptop daddy dia sampai jadi camni.. hahaha


    hah! Daddy dia tau cuak.. tula, len kali jgn nak tinggal sebarang ok..

    Bila kami dah terlalu bosan, we decided to bawa si kecil tu jalan2.. I text Ms Lovebird, ajak jumpa di OU.. rasa dah lama tak makan Pizza Milano.. so we lepaking & gossiping la after few days tak jumpa tu..tambahan pula Ms Lovebird tu baru balik oversea.. haruslah kami nak bercerita lepas rindu semua kan.. hehehe

    Dekat dengan Pizza Milano tu ada la kereta Noddi ni.. si kecil yang tak padan dengan kecil ni excited plak nampak..so daddy dia layankan aja..bila letak atas tu, beria dia pulas pusing stereng cam ni..
    Pastu, bila daddy dia masukkan duit syiling, kereta tu mula bergerak ( bukan bergerak ke depan, tapi cam berombak ke atas ke bawah sambil ada lagu2 tu..) mula la my baby ni cuak.. then dia nak tenangkan diri dia dengan pegang tangan Noddi tu like this..
    Then, bila dah habis lagu, kereta dah stop, daddy dia nak angkat la dia.. pastu my baby ni pegang tangan Noddi tak lepas2 dengan harapan Noddi boleh tolong & daddy tak ajak balik la..huhuuu
    Noddi, hold me tight plis..

    p/s: Dah dekat Hari Ibu, mommy nak hadiah!