Bagi sesetengah orang, siap buat calender countdown tarikh masuk gaji, ada juga company yang memang letak jadual gaji siap2 kat portal untuk pemberitahuan kepada para pekerja. So, di sini saya senaraikan beberapa aktiviti utama bagi 2 golongan, iaitu golongan wanita & lelaki pertengahan usia.
Mari kita lihat apakah aktiviti - aktiviti wajib bagi golongan wanita bila dapat gaji:
- Pergi usha kedai2 kain/ tudung. - ini memang faberet la, sebab tiap2 bulan kena ada tudung baru kan, nak matching2 dengan warna baju/ kasut atau handbag.
- Pergi usha butik2 handbag or kasut. - kalau dah 'terbeli' tudung, pastinya nak beli handbag atau kasut untuk matching kan..kadang2 tu saje beli tudung yang takde matching so adalah alasan konkrit untuk tambah koleksi.
- Bayar duit kutu. - ini aktiviti common la bagi makcik2, main kutu, kalau dulu kutu duit je, sekarang dah advance, siap ada kutu periuk, kutu perabot, cuma kutu beras je diorg tak suka sebab kalau ada kutu dalam beras memang susah nak masak nasi, kena kutip buang dulu kutu - kutu tu..
- Setelah dah lama usha barangan kereta di internet/ majalah kereta, maka mereka pun mula la panjangkan langkah melihat secara dekat pula, kalau bernasib baik, dapat kawtim dengan tokey, dapat tukar rim baru atau apa2 eksesori kereta yang baru.
- Pergi ke pusat2 karaoke..ni bagi yang kaki karok la..jgn tak tau, pakcik2 yang rasa suara mereka ala2 Brory Marantika atau Jamal Abdillah ni memang suka gi asah bakat, lagi2 kalau ada family day, atau kenduri kawin, mau bantai nyanyi 4-5 lagu sorang..
- Lepak dengan member2 sampai pagi..lagi2 kalau ada bola.. actually aktiviti ni kalau tak gaji pun mereka buat, tapi kalau dah gaji, lagi best la boleh makan minum 3-4 round sambil berasap shisha..
No comments:
Post a Comment