Helo,
Haha tajuk tak boleh blah..Sambil2 tengok AJL ni..meh la update blog skit..so takde la buang masa kan..heh..ok, sentuh sikit pasal AJL, actually saya tak sabar nak tengok 3 suara..Beribu Sesalan..hehe..hopefully jadi penutup yg bagus, sebab diorg perform last...
Ok, sebenarnya saya nak cerita pasal malam semalam kami ke Karnival Karangkraf kat Seksyen 15, Shah Alam..sebab adik-adik ajak..memang selalunya kalau ada Karnival Karangkraf ni kami selalu tak lepas peluang untuk pergi..sebab dapat beli buku2, majalah, novel dan bahan2 bacaan keluaran Karangkraf dan anak syarikat yg sewaktu dengannya dengan harga potongan.
Kalau buku masakan contohnya, ada 30%, kalau majalah yang keluaran terdahulu, harganya separuh harga, kalau novel atau siri buku cerita kanak2, ada yang dipakejkan..beli 6 dengan harga RM40 dari harga sebenar RM60 contohnya..so sempat juga la beli buku masakan, antaranya Air Tangan Fizo..sayang tak jumpa Fizo kat situ, kalau tak, haruslah minta tandatangan kan...hahaha
Zara pun sibuk nak beli buku baby..bila ternampak je buku ni dari jauh terus tunjuk.. "baby... baby... baby..." so mommy yang baik hati ni beli lah..yela, kena galakkan anak membaca sejak dari dalam perut kan..so kecik2 ni pun dah suka buku, walaupun belum pandai membaca..its ok baby, its a good start..
|
buku utk Zara |
Buku2 mommy yang lain masih kat dalam kereta..sebab mommy baca dlm kereta..tu nanti kite tunjuk eh..buku Fizo tu..later k...masa tengah beli buku tu, sambil2 tu ada konsert..diacarakan oleh Nabil dan Dira Abu Zahar..pastu ada majlis Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/12..so ada ramai artis yang buat persembahan dan juga yang dtg untuk Anugerah tersebut..
Yang sempat saya dengar kejap ialah Ct Nurhaliza nyanyi move like jagger..pastu lagu apatah lagi..lupa plak..hehe..sempat gak tgk Aaron Aziz (dia lebih gojes ok bila tgk f2f), Rozita Chik Wan (baju meletop ala2 nak gi red carpet), Stacy, Abby Abadi dan Shahiezy Sam naik pentas untuk ambil anugerah bagi kategori yg mereka menangi..tapi yang lain2 tu saya tak tunggu..sebab dah pukul 10 lebih..Zara pun cam dah ngantok2..
Tapi sebelum balik, sempat jumpa Shahiezy Sam kat belakang stage..Amy, my sister, pergi kat Shahiezy Sam, terus hulur Zara suruh Sam dukung, dia yg terkejut terus tanya, "hah? nak amik ke?" my sis kata, "haah, peganglah, nak amik gambar.." hehe selambe kan..
|
Sam yg sporting |
Tapi saya puji la, Sam tu memang seorang yang humble dan layan aja kerenah peminat, terus dia dukung Zara untuk pose dan bergambar...bukan saya je yg snap gambar, ramai gak peminat kat situ yang amik gambar Sam with my baby..Zara yang suka bergambar siap angkat tangan, sign *no camera plis* kalah artis, diva betul kan...haha
|
Aunty2 dia umpankan Zara sbb diorg yg nak amik gambar dgn Sam tu sebenarnya |
Bila dah sudah bergambar, Sam tanya, "nak bawak balik boleh..?" hehe..janganlah, kalau nak buat adik angkat boleh, nak bawak balik nanti mommy yang nanges..haha *perasan*..Lepas dah selesai amik gambar, sebelum Sam pass balik Zara kat Amy, dia sempat kiss Zara dlu..suka la Zara tu bila org kiss2 dia..Lepas tu, masing2 dah penat, kami pun baliklah..
Update: AJL Awan Nano menang tempat pertama, 3 Suara tempat kedua..ok la, sebab tadi 3 Suara cam ada terkucil skit...