Assalamualaikum..
Pejam celik pejam celik dah hampir habis setengah tahun 2013.. masa terus ke depan, begitu juga dengan kehidupan saya, cuma blog ni saja yang jauh tertinggal ke belakang.. Apapun, saya bersyukur denga segala perkembangan yang berlaku terhadap diri saya dan keluarga baik dari segi kesihatan, kewangan, kerjaya mahupun kasih sayang.. alhamdulillah.
18 Mei yang lalu merupakan ulangtahun perkahwinan yang ke 34 bagi kedua ibubapa saya.. Tanpa mereka tiadalah saya di dunia ini. Jadi, sempena meraikan hari ulangtahun tersebut, saya telah mengajak kedua ibubapa saya bercuti. Lokasinya dekat sahaja, di pinggir ibukota.. sebab memahami keadaan ibubapa saya yang tak suka travel jauh..
Berikut di kongsikan gambar pemandangan dari bilik kami...
Zara sangat teruja dapat bercuti bersama nenek dan atuk..selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke 34. Semoga berbahagia kekal abadi dunia dan akhirat. Amin
No comments:
Post a Comment