Just nak share apa yg saya lihat dan dengar this morning.. pagi tadi tengok Nasi Lemak Kopi O.. ada tetamu undangan Ustazah Muhaya.. antara pesanan dia pada penonton dan semua..
- "Dalam mendidik anak, jangan sesekali berkata 'jangan'.. tapi tukarkan dengan perkataan lain yg lebih positif"
- "Sekiranya belum mendapat jodoh, sibuk nak dapat jodoh, dah kawin, sibuk nak anak, tapi bila anak nakal, nak merungut pula pada kwn2, "anak saya nakallah.." jangan sesekali kata anak kita nakal..tapi sebaliknya kata anak saya bijak, aktif dan baik.." kerana apa yg kita katakan adalah suatu doa.. oleh itu kena sentiasa doakan yg terbaik utk anak2..
- Kalau org yg tak baik pun kita sentiasa puji dia baik, lama kelamaan dia akan malu dan berubah menjadi baik..betapa besarnya pengaruh kata2 kerana ianya suatu doa..
- Kalau anak tu nakal atau suka menangis tu tak pe, sebab bererti dia sihat.. itu lebih baik dari dia diam dan sakit..
Tambah ustazah tu lagi..Berapa org antara kita yg berkata. "saya bersyukur dikurniakan anak seperti ini.. awaklah syurga mommy dan daddy.."
Kadang2 kita memang alpa atau kurang ilmu..sebab tu sentiasa kena mendekatkan diri dengan majlis ilmu..kalau tak dapat nak ke masjid atau menghadiri majlis2 ilmu.. boleh sentiasa cari ilmu melalui tv/internet.. dunia kini tanpa sempadan, bukan gunanya utk hal duniawi sahaja.. Ingatan untuk diri sendiri..
Waulahu' alam..
No comments:
Post a Comment