Saturday, August 25, 2018

Cuti Hari Raya Korban

Pada tahun ini, Hari Raya Aidiladha jatuh pada Hari Rabu. Untuk negeri Selangor, Cuti umum sempena Hari Raya Haji hanyalah jatuh pada Hari Rabu, tapi ada juga sesetengah company yang memberi 2 hari cuti dan selebihnya pekerja boleh apply cuti sendiri. Untuk pelajar, cuti persekolahan pula adalah seminggu. Tapi disebabkan Hari Raya jatuh pada tengah-tengah minggu susah sikitlah untuk rancang percutian.

So, untuk cuti sekolah kali ni, kami hanya bawa anak-anak pergi tengok wayang. Cerita apa lagi kalau bukan yang tengah HOT sekarang ni, Hantu Kak Limah (HKL). kami datang nak beli tiket hari tu pun tinggal 3 baris dari depan je.. punyalah ramai yang menonton..itu pun bukannya kami pergi minggu pertama tayangan.. overall cerita HKL kali ni menghiburkan, cuma, saya rasa best lagi yang pertama.. mungkin sebab ramai pelakon asal sudah tiada (meninggal) dan tak lagi berlakon HKL, so hilang lah sikit seri cerita tu. Antara watak yang masih hidup tiada dalam HKL kali ni yang saya suka ialah watak Johan, Que haidar & Usop Wilcha.. 

Hari ni, Sabtu, surau area rumah mak ada buat korban. Zara dengan Adeena excited nak pergi tengok, so diorang tidur rumah nenek sebab nak tengok lembu. dalam pukul 9 pagi tadi, Zara hantar gambar ni..



No comments:

Post a Comment