Monday, June 6, 2011

Selamat Tinggal..

Sebenarnya banyak perkara yang berlaku lately tapi tiada masa & juga tiada mood untuk update. Saya juga hampir terlupa memiliki blog untuk bermonolog ini. Entry kali ini didedicatekan kepada Miss Gadget. Dia telah meninggalkan co ini dan menyertai syarikat lain yang membeli beliau dengan 3 bulan gaji.. Sungguh dahsyat bukan?! itulah dikatakan, TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MANUSIA SIAPA YANG TAHU..Ye, hanya ALLAH sahaja yang tahu..Saya berharap rumput di sana lebih hijau untuk Miss Gadget.. Selamat berjaya & semoga tak lupa kami di sini..

Di entri ini juga saya ingin menceritakan rasa kecewa kepada  cik gedebab. Cik gedebab ni trade mark dia berlari berdebab debab hingga menggegarkan kawasan sekitar dalam radius 10-20 meter. Minggu lalu, saya pergi cafe, cik gedebab berada di sana sedang minum di satu sudut bersama beberapa teman yg lain. Salah seorg dari teman tadi mengajak saya join sekali, bila saya melabuhkan punggung di sana, cik gedebab dengan pantas bangun meninggalkan meja tersebut, meninggalkan minuman yang masih belum di minum. Saya tak pernah buat salah pada dia, in fact jarang bercakap dengan dia. kenapa dia tiada adab? Mungkin dia tidak sedar perlakuan dia buat kami semua perasan & tertanya, tapi mungkin dia tak kisah & tak perasan pun kalau itu menjadi satu isu... Benarlah, zaman sekarang sungguh payah nak cari org beradab sopan..

Thursday, May 26, 2011

Mood yang bercampur - campur

Hi there,

its been a while i didnt update here..been busy juggling with all personal & work matters.. i really need a break.. i am ok if i am busy at work but i get full support & affection from the love one.. but, lately my emotion is not stable, easily distracted by small little things.. & i really hope i can overcome this feelings..

p/s: apa yang saya perasan, saya sangat sensitif, dari sebesar2 benda hinggalah sekecil2 benda pun nak fikir, risau & terasa. tapi sendiri2 je, sebab org xlarat dah nak layan kot.. paranoid!

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu...

Cuaca hari ni sangat panas. Tadi masuk kereta tgk meter 42 darjah celcius.. sangat panas.. selalunya panas2 pun 39 degree aja.. Keluar ke Jusco kejap, beli hadiah untuk Hari Ibu.. lepas beli, singgah beli frappucchino choc creme chip jap..yelah, panas2 best sikit minum frappucchino atau makan ice cream...

Pergi kejap aja..pastu balik, bila sampai umah, rasa pening..sebab panas sangat kot..Anyway, di kesempatan ini, saya nak ucapkan buat ma (ibu saya) & mama (MIL);

 Terima kasih di atas segalanya, semoga panjang umur & sihat sentiasa & dilimpahi kasih sayang & rahmat Allah... Amin :)


p/s: Pika, cam penah tgk tak? teehee