Bila datang bulan puasa je, pasti ramai yang mencari-cari tempat-tempat best untuk makan. Dalam keghairahan kita menjamu selera di bulan puasa ini, kita seharusnya peka dan lebih berhati-hati dengan tempat makan yang kita kunjungi. Ini kerana terdapat juga sesetengah premis yang sangat glamour ataupun sering kita kunjungi, tapi, rupanya2 tidak mempunyai status HALAL dari JAKIM.
Mengapa kita harus memakan makanan yang halal?
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah barang-barang yang bersih daripada apa yang telah kami kurniakan kepada kamu." (Hadis riwayat Muslim)
Makanan yang suci dan bersih akan menjamin kesihatan yang baik. Justeru, di samping memilih makanan berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya perlu ditekankan aspek kebersihan dan kesuciannya dari segi syariat agama.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Saya ada menerima kiriman email dari ofismate yang menyenaraikan tempat-tempat yang tidak diperakui halal oleh JAKIM. Anda lihatlah sendiri samada familiar atau tidak outlet-outlet yang disenaraikan. Mari kita lihat senarai berikut;