Kalau anda nak rasa ceria di hari Jumaat ni sampai berdarah telinga, boleh cuba dengar lagu Rebecca Black yer.. alah, lagu popular yg byk cover version tu..hehe..
Hari ini saya ada mood menulis & berfikir..ehehh..nape, selama ni tak berfikir ke..? xde lah, bukan tak berfikir, sebelum ni bz, so susah nak buat entry yang kena berfikir secara kritis & kreatif.. hehe
Hari ni saya rasa nak bercerita mengenai....
Perbezaan pandangan/ layanan lelaki terhadap pasangan sebelum & selepas kahwin.
(DISCLAIMER: Ini bukanlah dari pengamalan sendiri, tapi dari pengamatan terhadap orang di sekeliling & cerita kawan2 atau mungkin pengaruh drama swasta).
kalau dulu:
awek make up tebal 2 inci pun, takpe, rasa comel/ ayu jer.. (siap bangga plak kalo org tgk..kononnya awek aku pandai bergaya..)Sekarang:
Isteri baru make up sikit, dah dikatanya"eh, awak ni tebiat ke, cam tepung komak"
pulakkkkkalau dulu:
masa bercinta, tunggu dlm kete 2 jam pun takpe..sabo je, bole siap online main dota lagi..Sekarang:
baru tunggu 2 minit, dah tarik muka..(itu kire ok la sebab tak membebel)kalau dulu:
bila awek pakai baju kurung nak gi dating, siap tanya"hari ni hari jumaat ke?"
(sesetengah lelaki rasa kuar dengan kakak kalau awek dia pakai baju kurung..ada ke patut??)Sekarang:
"awak ni asik pakai seluar je..peha dah la besar, cam nak pecah seluar tu, bawak2 lah pakai baju kurung.."(memang bagus nak suruh isteri pakai baju kurung, tapi kan elok kalau nasihat suruh isteri tutup aurat dengan cara berhemah)
kalau dulu:
Baru masuk kete je dah tanya"Awak dah makan? Awak nak makan apa plak kali ni? Full House? Chili's?"
Sekarang:
Isteri : "bang, laparlah.."Suami : "eh eh, bukan ke tadi dah makan biskut? Lapar lagi? Perut gajah ke apa?"
Hehehe.. contoh2 di atas ni imaginasi semata2, tiada kena mengena dgn diri sendiri atau sesiapa..tapi kalau anda rasa terkena tu, maaf lah yer..kan dah ada disclaimer siap2 kat atas tu.. :P
No comments:
Post a Comment