Wednesday, April 13, 2011

Saya mahu pulang..!

Harini walaupun masih tak berapa sihat tapi gagahkan diri juga ke ofis, untuk tunjuk muka. Kalau ikutkan, bangun pagi tadi kepala sangat berat bagai ada batu. Dah beberapa kali bangun, cuba untuk menggolekkan diri di atas katil, lengah2 kan masa, sehingga ditegur untuk bangun dan bersiap. Haih..

Bila dah siap, hari masih awal, masih sempat lagi ke McD untuk guna kupon percuma.Kali ni percuma sausage mc muffin with egg. Yang penting nak minum kopi. I need coffee..! Bila beratur, max seorg boleh guna 3 kupon, so memang 3 kupon la saya guna. 1 untuk saya, 1 untuk ibu dan 1 untuk bapa.

Bila sampai ofis, semua org sibuk bfast untuk pergi event. Biarlah.. Saya tunjuk MC slip kat my big bos. In case dia tak percaya. Patutnya terus balik. Tapi ada kerja pulak nak siapkan. Kerja dah siap..!

Then Kakak Lawa tunjuk email dari bos dia. Ada perkara tak best berkaitan saya di situ. Saya rasa sungguh bengang tapi bila sakit, bengang itu tak terasa sangat, sebab kurang tenaga barangkali. Mungkin kalau kita tengah sihat dan bertenaga bengang itu lebih terasa.

Saya mahu pulang sekarang! tata




No comments:

Post a Comment