Saturday, August 25, 2018

Cuti Hari Raya Korban

Pada tahun ini, Hari Raya Aidiladha jatuh pada Hari Rabu. Untuk negeri Selangor, Cuti umum sempena Hari Raya Haji hanyalah jatuh pada Hari Rabu, tapi ada juga sesetengah company yang memberi 2 hari cuti dan selebihnya pekerja boleh apply cuti sendiri. Untuk pelajar, cuti persekolahan pula adalah seminggu. Tapi disebabkan Hari Raya jatuh pada tengah-tengah minggu susah sikitlah untuk rancang percutian.

So, untuk cuti sekolah kali ni, kami hanya bawa anak-anak pergi tengok wayang. Cerita apa lagi kalau bukan yang tengah HOT sekarang ni, Hantu Kak Limah (HKL). kami datang nak beli tiket hari tu pun tinggal 3 baris dari depan je.. punyalah ramai yang menonton..itu pun bukannya kami pergi minggu pertama tayangan.. overall cerita HKL kali ni menghiburkan, cuma, saya rasa best lagi yang pertama.. mungkin sebab ramai pelakon asal sudah tiada (meninggal) dan tak lagi berlakon HKL, so hilang lah sikit seri cerita tu. Antara watak yang masih hidup tiada dalam HKL kali ni yang saya suka ialah watak Johan, Que haidar & Usop Wilcha.. 

Hari ni, Sabtu, surau area rumah mak ada buat korban. Zara dengan Adeena excited nak pergi tengok, so diorang tidur rumah nenek sebab nak tengok lembu. dalam pukul 9 pagi tadi, Zara hantar gambar ni..



Monday, May 8, 2017

Adakah Anda Penggemar Kopi?

Hi rasanya lama sangat tak update blog ni. Macam acara tahunan je dah sekarang, satu post setahun..hehehe

Ok, kali ni kita nak bercerita pasal kopi. Memang tak dinafikan saya memang penggemar kopi. Kalau dalam pantang memang setiap pagi kena pekena kopi. Antara kopi kegemaran saya ialah Kopi Hang Tuah (paket biru), tapi kalau takde paket biru, hijau pun ok. Dan lagi satu saya suka Kopi Tenom (lihat gambar ehsan en google).




Tapi baru- baru ini, ada orang ofis ambil order Kopi cap 434, saya pun saja la try. ok jugak, kena dengan selera. Sebelum ni saya pernah minum Kopi Cap Tv tapi tak kena selera saya kot.. saya lagi prefer kopi 434 ni berbanding cap tv. Apapun, tepuk dada tanya selera..


Dulu kawan-kawan ofis saya takde la penggemar kopi, tapi bila mereka cuba kopi yang saya minum, mereka pun jadi suka. Basically bila minum kopi saya takde la rasa angin atau tak boleh tidur..may be sebab dah terbiasa.

Sebelum saya akhiri cerita pada hari ini, jom kita lihat kelebihan meminum kopi seperti di bawah;



Ok lah, itu je cerita utk kali ni, kalau ada masa nanti kita sambung lagi. Bye!

Monday, January 12, 2015

Sesi Persekolahan Bermula

Hi & Assalamualaikum

Today dah start sesi persekolahan utk 2015. My lil princess dah 5 yo. oh, dah besar anak mommy.. Zara ok je, tak nangis. She's so exited (walau nampak malu2).. Biasalah tu, ikut perangai daddy dia yg shy shy cat.. hehe

Mommy pray all the best to you my dear princess :) Belajar rajin rajin ye..

Tanah Aina Cafe

Assalamualaikum & hi.
I might not update this blog regularly as I used to (once upon a time). Dulu bila tahap kecewa, gembira, bosan or gedik xde tempat nk express. So agak rajin isi masa lapang kat sini.. tp skg masa lapang pun payah nak cari.. so pepaham jelah.

But since tgh browsing,  so let me update this blog as well.
Last week,  me n my colleagues went to Tanah Aina Cafe for lunch. This is our first time here. Itu pun I ter accidently jumpa page farhanasoven.

You can Google their add. The cafe situated at Batu 3, Shah Alam.
The ambience of the cafe is very nice. Also suitable for igers or bloggers yg suka update tempat mkn. Kalau nk jmpa client kat sini pun mcm sesuai sbb tak crowded.

I just ordered kuey teow goreng.  My friends ordered nasi goreng,  burgers n churros. The food was ok. Except my kuey teow is a bit pedas. Other than that,  everything is good.
What I like the most is their cust service is tip top. You feel like you're very important to them with their warm welcome.
Ok la.. lets see the pic..

Friday, September 5, 2014

oh!

Hati riang 
Ketawa girang
Fikiran tenang 
Kerja pun senang

Hati kusut 
Otak serabut
Fikiran ke laut
Kerja melalut

Hati sedih
Mata pedih
Otak letih
Fikir lebih lebih

Friday, August 30, 2013

Mendidik anak..

Assalamualaikum...,

Just nak share apa yg saya lihat dan dengar this morning.. pagi tadi tengok Nasi Lemak Kopi O.. ada tetamu undangan Ustazah Muhaya.. antara pesanan dia pada penonton dan semua..

  • "Dalam mendidik anak, jangan sesekali berkata 'jangan'.. tapi tukarkan dengan perkataan lain yg lebih positif"
  • "Sekiranya belum mendapat jodoh, sibuk nak dapat jodoh, dah kawin, sibuk nak anak, tapi bila anak nakal, nak merungut pula pada kwn2, "anak saya nakallah.." jangan sesekali kata anak kita nakal..tapi sebaliknya kata anak saya bijak, aktif dan baik.." kerana apa yg kita katakan adalah suatu doa.. oleh itu kena sentiasa doakan yg terbaik utk anak2..
  • Kalau org yg tak baik pun kita sentiasa puji dia baik, lama kelamaan dia akan malu dan berubah menjadi baik..betapa besarnya pengaruh kata2 kerana ianya suatu doa..
  • Kalau anak tu nakal atau suka menangis tu tak pe, sebab bererti dia sihat.. itu lebih baik dari dia diam dan sakit..
Macam tu lah lebih kurang dan serba sedikit yg sempat ditangkap oleh telinga dan masuk dalam otakku.. yes, make sense.. bukan setakat make sense..tapi memang sangat2 benar...

Tambah ustazah tu lagi..Berapa org antara kita yg berkata. "saya bersyukur dikurniakan anak seperti ini.. awaklah syurga mommy dan daddy.."

Kadang2 kita memang alpa atau kurang ilmu..sebab tu sentiasa kena mendekatkan diri dengan majlis ilmu..kalau tak dapat nak ke masjid atau menghadiri majlis2 ilmu.. boleh sentiasa cari ilmu melalui tv/internet.. dunia kini tanpa sempadan, bukan gunanya utk hal duniawi sahaja.. Ingatan untuk diri sendiri..
Waulahu' alam..


Wednesday, August 28, 2013

Introducing our new family members..

Hi lovelies..,

Introducing our latest addition into the family which was born on 1st August 2013..
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Saturday, May 25, 2013

congratz rozie n zeyrie..!

Last two weeks, our fren, rozie n zeyrie become a parent.. their baby boy was born on 9/5/13..  zara is the one who super excited to visit the baby... so we went to their house at kota damansara. I asked zara to behave, and she did. Good girl.. hehe before we enter the house,  she insist to wear her hairband, siap cakap, "nanti auntie rozie cakap..comeynya zara.." *oh perasan*

Anyway, congratulations both zeyrie n rozie.. rasanya kat blog ni ada cite psl their engagement and wedding.. now dah dpt baby pun... :)

So, here's the pic of their son..
Baru 2 hari lahir dah kne jadi football fan.. hihi

Tuesday, May 21, 2013

ulangtahun perkahwinan...

Assalamualaikum..
Pejam celik pejam celik dah hampir habis setengah tahun 2013.. masa terus ke depan, begitu juga dengan kehidupan saya, cuma  blog ni saja yang jauh tertinggal ke belakang.. Apapun, saya bersyukur denga segala perkembangan yang berlaku terhadap diri saya dan keluarga baik dari segi kesihatan, kewangan, kerjaya mahupun kasih sayang.. alhamdulillah.

18 Mei yang lalu merupakan ulangtahun perkahwinan yang ke 34 bagi kedua ibubapa saya.. Tanpa mereka tiadalah saya di dunia ini. Jadi, sempena meraikan hari ulangtahun tersebut, saya telah mengajak kedua ibubapa saya bercuti. Lokasinya dekat sahaja, di pinggir ibukota.. sebab memahami keadaan ibubapa saya yang tak suka travel jauh..

Berikut di kongsikan gambar pemandangan dari bilik kami...

Zara sangat teruja dapat bercuti bersama nenek dan atuk..selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke 34. Semoga berbahagia kekal abadi dunia dan akhirat. Amin

Tuesday, January 1, 2013

Welcome 2013...

Assalamualaikum & halo all...

here we come..2013..i really hope this year ahead will bring lots of happiness, prosperous & good health for me and my family..actually 13 is my family lucky number.. Zara was born on 13th, my 2 bros, my sis faam also on the 13th..

i still remember, during my uni time, i entered one contest by Converse..kalau tak silap "pertandingan menconteng kasut" namanya..i peserta ke 13..tiba2 i menang kategori creative..dpt hamper converse bernilai RM500..haha

then, i ada beli rumah, no rumah i no 13.. hehe.. nak kata percaya no tu xde la..secara kebetulan je semua tu..but personally, no 13 dekat dengan my family..sbb banyak jugalah perkara yg melibatkan no 13.. kalau i ni main bola..surely jersi no 13 jadi pilihan.. --,-- *merepek tiba2*

Kisah Zara

Last week ma cerita, ma bawa Zara keluar dengan kawan ma..tiba-tiba lalu depan KFC..Zara cakap..

Zara : nenek, nak KFC..
Ma : Nantilah, suruh mummy beli, nenek tak bawa duit..
Zara : Nenek gunalah kad..
-,-

---------------

Zara : Mummy nak fon..
Mummy : nak buat apa..
Zara : nak wasap...

Errkk.. Baru 2 tahun dah tau guna wasap..siap share pic dlm grup..adoi

-------------

Lepas makan tiba2 mummy rasa cam nak muntah..mummy terbatuk2..then Zara dengan muka confident ala2 mak bersuara;

"cepat minum air..minum air kosong, bukan ice lemon tea ni.." 

sambil tunjuk ice lemon tea dlm botol kepunyaan mummy.. *__*


Thursday, December 6, 2012

Sambung lagi...

Dah lama tak tulis blog..hingga lupa yang diri ini memiliki blog..bukan taknak update, tapi kesibukan melanda sehingga hilang mood untuk menulis..cuma rajin baca blog orang je..and mostly sekarang ni blog yang saya rajin baca adalah blog masakan..dah tak tengok dah blog2 gedik gedik ajar cara pakai tudung, cara make up atau sebagainya..

Bercakap pasal sibuk, sekarang dah akhir tahun, patutnya takdekerja tak banyak..tapi keadaan saya kat sini sebaliknya.. dengan portfolio yang berubah, lagi kucar kacir rasanya time management di pejabat.. tapi nak buat macamana, kita kerja makan gaji..apa pun arahan harus dipatuhi...

Takpelah, sebenarnya ada banyak cerita tapi masa tak ada.. kite bersambunglah kemudian..




Sunday, September 23, 2012

Bertanding deco cake..cam tak caye je..

Last week, my company ada buat aktiviti sambutan Merdeka Raya.. ada banyak acara yg dipertandingkan.. I & the geng masuk la beberapa acara, antaranya cake decoration..haha jangan main2, walau tak reti buat kek, deco cake pun bole...actually I takde niat utk join deco cake ni, but one of my colleague tak dapat join due to work commitment, and another fren minta I ganti, I ok aja..(walaupun tak pernah pegang piping bag pun b4 this) haha belasah aja la..

So inilah hasilnya...memang memalukan ok..but Im proud of myself..sebab 1st time try deco cake terus masuk pertandingan, konfiden tak agak2..

Ni Kakak Lawa punya, dia pun kena jadi bidan terjun juga ganti orang..ni pun 1st time try deco cake..terrer juga kan..
Ni pemenang pertama..sesuailah dengan tema Merdeka Raya..
salah seorg juri adalah wifey juara Masterchef selebriti, Dr Fazley..

Treler terbalik..

Ahad lepas, semasa kami nak ke Jusco Bukit Raja dan melalui Plaza Tol Sg Rasau, kami lihat banyak kereta tiba2 tukar lane, keadaan agak kelam kabut sikit tapi takde la jem panjang, jenguk2 nak tengok apa yg berlaku, rupanya betul2 depan pintu tol tu, ada treler terbalik..
Dalam paper kata air tin bertaburan, tapi masa kami lalu, tak nampak pulak air tinnya..hehe

Boleh baca berita selanjutnya yg dilaporkan di sini.

Zara 1st hair cut..

Ni bukan gambar baru, tapi baru nak update..masa minggu pertama raya hrtu, kami bosan2 kat umah sebab hari ke 3 raya kami tak kemana-mana, dan datang idea utk bawa Zara ke saloon for her first hair cut experience..Ok la, dia duduk diam-diam je..suka la tu.. :)



Saturday, September 22, 2012

Kesan Pengambilan Kafein



Adakah anda penggemar kopi atau teh? Adalah perkara biasa bagi kita untuk memulakan hari dengan segelas kopi atau teh. Ada di antara kita yg akan rasa 'layu' sekiranya tidak dapat kopi atau teh bagi memulakan rutin harian. Ada juga di antara kita yang meminum kopi untuk berjaga malam bagi mengulangkaji pelajaran ataupun untuk menonton perlawanan bola. 

Rasanya kita semua sedia maklum bahawa kopi atau teh memang mengandungi kafein yang mampu membuat kita ketagih. Kafein ini juga di kenali dengan nama kimianya trimetilksantina dalam keluarga metilksantina. Bahan ini berbentuk serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit.  Kafein boleh ditemui dalam biji kopi (Coffea Arabica) , daun teh (Theasinensis)  dan biji koko (Theobrama cacao). 

Kesan Pengambilan Kafein 

Kesan pengambilan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil dan berbeza bagi setiap individu yang mengambilnya. Secara purata semakin kecil saiz atau pun berat badan seseorang itu, semakin kurang kafein yang diperlukan untuk menghasilkan kesannya. Tetapi, banyak kesan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil. Pengemar kopi selalunya memerlukan pengambilan yang tinggi untuk mencapai tahap kenikmatannya. Ini bermakna lebih banyak kafein yang diambil setiap hari maka lebih banyak yang diperlukan untuk mencapai tahap kenikmatannya.

Kafein akan memasuki sistem tubuh setelah beberapa jam mengambilnya kemudian akan keluar menerusi urin. Kafein memberikan kesan berterusan ke atas tubuh kita selagi masih berada dalam darah. Jangka masa yang diperlukan oleh tubuh untuk menyahkan separuh daripada jumlah kafein yang diambil adalah dari beberapa jam hingga ke beberapa hari. Secara puratanya bagi orang dewasa, kesannya boleh dirasai selama lima hingga tujuh jam. Terdapat beberapa faktor yang melambat jangka hayat kafein dalam tubuh kita, antaranya seseorang yang mengambil ubat-ubatan, menghidap penyakit hati dan wanita mengandung.

Oleh itu, bagi wanita mengandung pengambilan kafein hendaklah dikurangkan atau dihentikan sama sekali  kerana kafein akan meningkatkan risiko keguguran dan ketidaksuburan. Ada juga bukti yang menunjukkan kafein boleh mengakibatkan kecacatan bayi sewaktu dilahirkan.

Kafein boleh menyebabkan pesakit yang mengalami masalah jantung dan kegagalan saraf menjadi lebih teruk, dan kebanyakan pengguna tidak sedar keadaan ini boleh berlaku ke atas mereka.

Kajian telah menunjukkan bahawa kafein memberi kesan seperti penggunaan dadah perangsang yang lain. Kafein cenderung untuk merangsang otak dan sistem saraf pusat kemudiannya bertindak ke atas jantung, pembuluh darah dan buah pinggang. Salah satu simtom yang biasa dihadapi oleh pengguna ialah dehidrasi (pengeluaran air terlalu banyak daripada badan menyebabkan badan kekurangan air). Walaupun anda menganggap dengan meminum air berkafein yang banyak badan dapat mengekalkan kandungan air tersebut tetapi kafein akan bertindak sebaliknya ke atas badan. Di sini kafein bertindak mempercepatkan penghadaman dan merangsang pengeluaran air kencing yang banyak.

Dalam situasi begini adalah penting kepada remaja yang aktif bersukan dan gemar mengambil minuman berkafein agar meminum air yang tidak berkafein secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. Dengan pengambilan kafein juga akan menyebabkan badan kehilangan kalsium serta potassium dan ini akan menyebabkan kesakitan otot dan melambatkan masa untuk rehat selepas menjalani senaman. Bagi wanita dalam peringkat menopaus  yang gemar mangambil minuman berkafein akan mempercepatkan lagi proses osteoporosis disebabkan kehilangan bahan-bahan mineral tersebut.

Walaupun kesan kafein berbeza di antara seorang pengguna dengan pengguna yang lain, pengamal perubatan menasihatkan agar mengambil tidak lebih dari 100 mg  kafein sehari, yakni lebih kurang satu cawan kopi sehari. Namun terdapat pelbagai saranan yang diutarakan oleh pelbagai pihak mengenai pengambilan kafein yang unggul. Walau apa pun saranan yang diutarakan mengenai pengambilan kafein yang unggul dapatkan  nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya kita menghidap penyakit tertentu yang mungkin alah kepada kafein.

Pengambilan pada dos 250 hingga 750mg kafein (dua hingga tujuh cawan kopi) boleh menyebabkan seseorang itu mengalami situasi cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala dan sakit perut. Tetapi pengambilan kafein akan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan penumpuan terhadap tugas. Namun, tidur juga akan terganggu, berasa lebih tenang dan mengurangkan rasa lesu.

Jika kafein diambil lebih dari 750mg (tujuh cawan kopi) sehari akan menyebabkan sakit kepala, lekas marah, timbulnya rasa takut dan tidak dapat tidur (insomnia). Pengambilan dos yang tinggi juga akan menyebabkan kekejangan dan mungkin diikuti dengan maut.

Kesan jangka panjang 

Ulser - Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsangkan penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan perut rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah ulser dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi lebih teruk. Tetapi, bukan kafein sahaja yang mengakibatkan terjadinya ulser. Lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk membuktikan sama ada kopi berkafein dan kopi tanpa kafein boleh menyebabkan ulser. 

Masalah Jantung
– Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Biasanya penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein sama sekali. Walaupun demikian tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.

Ketagih - Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simtom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau ia akan sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala. 

Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukannya mudah. Cara yang berkesan  adalah mengurangkan pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam sajian harian anda.
 
Jenis Makanan & Minuman
Kandungan Kafein (mg)
Dos
Kopi Tapis/Saring
100 – 150
satu  cawan
Kopi Segera
50 – 70
satu  cawan
Teh
30 – 90
satu  cawan
Teh Uncang
65
satu  cawan
Kopi Nyah Kafein
1 – 6
satu  cawan
Minuman Kola
72
360g
Soda Oren Sunkist
42
360g
Minuman Coklat Panas
5
satu  cawan
Kek Coklat
20 – 30
satu  potong
Ubat-ubatan


Ubat Migrain
100 mg/dos

Analgesik
15 - 40 mg/dos

Batuk/Selsema
15 – 125 mg/dos

* maklumat diatas diperolehi dari www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/sun/1996/sun35.html 

Wednesday, September 19, 2012

Undangan ke majlis rumah terbuka..



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِوَبَرَكَاتُهُ..
Ooh God, its been awhile since my last entry when I wrote abt iftar at SACC convec..actually ada byk lagi good n nice places for the iftar after that entry, but I don't hv time to write it all..until la dah abis raya pun..cite pasal raya pun xsempat nk post..bz sgt la kononnya..

Sudah menjadi satu trend pabila musim raya blambak2 undangan rumah terbuka baik jemputan dari saudara mara, sahabat handai mahupun jiran tetangga. Kalau di pejabat pun, ada syarikat2 yg buat majlis jamuan raya..ada yg buat di hotel2, kelab golf mahupun di pejabat mereka..

Boleh dikatakan hampir setiap hari la ada jemputan..kalau bukan dr syarikat lain pun, at least internal function tu pasti ada.. Bagi orang yg suka acara mkn free, inilah masa yg ditunggu2..hehe maklumlah dah abis raya, bajet pun tiada, kalau ada jamuan raya, at least selamatlah duit poket.. Tapi bukan semua org begitu, ada juga yg malu dan segan walau dpt jemputan..

Sebenarnya, sekiranya dpt jemputan, jika tiada keuzuran, maka kite kena lah pergi..at least tunjuk muka.. Sekiranya kita berpuasa ganti pada ketika itu, tidak perlu berbuka demi memenuhi jemputan kerana kita sedang mengganti puasa wajib yg difardukan. Namun, jika kita sedang bpuasa sunat, dibolehkan utk berbuka demi meraikan tuan rumah/tetamu.. Waullahu'alam...

Monday, August 6, 2012

Berbuka @SACC dengan menu istimewa kambing kebuli

Salam semua, 

Khamis minggu lepas saya dapat undangan berbuka di SACC. Mulanya tak nak pergi sebab tak sampai hati tinggalkan dua si jantung hati kat rumah, tapi sebab tak dapat nak tolak jemputan tu, yela, member hari2 call tanya nak pegi ke tak, so layankan aja lah jemputan tu. Dan, my hubby pun bagi keizinan, so dia and Zara buka kat umah my mom..

nasi & kambing kebuli..
desert yg nampak menyelerakan
Orang boleh tahan ramai juga kat sini, makanan pun ada macam2 lauk pauk, tapi rasa makanan dia ok la juga. Nak kata sedap sangat tak juga, nak kata tak sedap pun tak, tapi boleh diterima la. Cuma desert dia kurang ummpphh.. Selain meja buffet yang panjang, terdapat juga gerai2 kecil di sekeliling dewan, antara menu yg disediakan ialah lemang, rendang tok, satay, ikan & lidah bakar, lok lok (macam yong tau foo), kuey teow goreng, bakso, mee & bihun sup, gulai kawah, aiskrim coklat, vanilla & durian juga ABC. 

Pilihan air pula ialah orange kordial, mango juice, guava juice, sirap, air kosong dan teh & coffee panas.Kat luar dewan ada gerai roti john, keropok lekor, tahu bakar, murtabak, kerang bakar, rojak buah dan berbagai lagi lah..Untuk mereka yang banyak makan, boleh stay sampai pukul 10 dan tutup dewan sekali..hehehe.. Saya tak de la lama2 sebab kesian kat Zara..So, itu jela nak cite.. :)




Wednesday, August 1, 2012

Monday, July 30, 2012

Berbuka @Serai Empire

Assalamualaikum,

Today we had our berbuka puasa or iftar at Serai Empire. My friend, Fifa cadangkan kami ke sana. I ok aja kat mana2, yang penting, we can meet up.. When I asked Izma for the location, she just agreed. Nice! Then, I called Serai to make a reservation, almaklumlah, weekend kan selalu ramai orang. The lady who answered the phone told us, upon confirmed booking, cust need to pay half deposit for the pre order. So, yeah, I've bank in the deposit.. gigih la plak cari mesin atm kan..haha

Untuk bulan Ramadhan, this restaurant offer a ramadhan set. There are 4 sets available. Price range from set 1 to 4 is from RM120 to RM195. We took the 2nd set yang berharga RM145..


Tak sangka pulak portion lauk tu agak besar, dan untuk ikan tu, rupanya dapat 2 set. So memang puas makan ikan. kali ni tak sempat nak snap picture lauk pauk yang menarik tu sebab Zara buat perangai skit harini..tak pasti dia restless sebab penat tak tido lansung waktu siang atau dia cranky sebab penat berjalan ke sana- ke mari tak duk diam..so mummy & daddy kena gilir-gilir makan sebab dia ajak jalan-jalan kat luar.. Sabo jela..Overal, makanan, seperti biasa, tidak mengecewakan, cuma part Zara buat perangai jela membuatkan mummy takleh makan dengan aman..huhu