Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Friday, August 30, 2013

Mendidik anak..

Assalamualaikum...,

Just nak share apa yg saya lihat dan dengar this morning.. pagi tadi tengok Nasi Lemak Kopi O.. ada tetamu undangan Ustazah Muhaya.. antara pesanan dia pada penonton dan semua..

  • "Dalam mendidik anak, jangan sesekali berkata 'jangan'.. tapi tukarkan dengan perkataan lain yg lebih positif"
  • "Sekiranya belum mendapat jodoh, sibuk nak dapat jodoh, dah kawin, sibuk nak anak, tapi bila anak nakal, nak merungut pula pada kwn2, "anak saya nakallah.." jangan sesekali kata anak kita nakal..tapi sebaliknya kata anak saya bijak, aktif dan baik.." kerana apa yg kita katakan adalah suatu doa.. oleh itu kena sentiasa doakan yg terbaik utk anak2..
  • Kalau org yg tak baik pun kita sentiasa puji dia baik, lama kelamaan dia akan malu dan berubah menjadi baik..betapa besarnya pengaruh kata2 kerana ianya suatu doa..
  • Kalau anak tu nakal atau suka menangis tu tak pe, sebab bererti dia sihat.. itu lebih baik dari dia diam dan sakit..
Macam tu lah lebih kurang dan serba sedikit yg sempat ditangkap oleh telinga dan masuk dalam otakku.. yes, make sense.. bukan setakat make sense..tapi memang sangat2 benar...

Tambah ustazah tu lagi..Berapa org antara kita yg berkata. "saya bersyukur dikurniakan anak seperti ini.. awaklah syurga mommy dan daddy.."

Kadang2 kita memang alpa atau kurang ilmu..sebab tu sentiasa kena mendekatkan diri dengan majlis ilmu..kalau tak dapat nak ke masjid atau menghadiri majlis2 ilmu.. boleh sentiasa cari ilmu melalui tv/internet.. dunia kini tanpa sempadan, bukan gunanya utk hal duniawi sahaja.. Ingatan untuk diri sendiri..
Waulahu' alam..


Tuesday, November 29, 2011

Tanyalah Ustaz #2

Pagi tadi I tengok Tanyalah Ustaz, spt biasa masa siap-siap nak ke ofis. Antara isi kandungan yang sempat di tangkap oleh telinga adalah, Ustaz tu cakap, " Rasulullah S.A.W bersabda, "Puasa yang terbaik selain puasa di bulan Ramadhan adalah puasa di bulan Muharram & solat yang terbaik selain solat fardu adalah Qiamulail.." Insya Allah, nanti nak juga ganti puasa/ puasa sunat dalam bulan Muharam ni..

Sambung Ustaz tu lagi, "Dalam Bulan Muharam, seeloknya lakukanlah 3 perkara berikut;
1. Berbuat baik pada anak yatim (ie. usap kepala mereka)
2. Bersedekah
3. Berpuasa Sunat

ihsan google
Oleh itu, bersempena tahun baru 1433H ini, marilah sama-sama kita membuka lebaran baru dengan mempertingkatkan amal ibadat kita..Insya Allah.


P/S: Masih belum terlewat untuk saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 1433H...semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya :)

Tuesday, November 15, 2011

Pesan Teman..

Sekadar berkongsi, sekarang saya amat sibuk, dalam kesibukan ni hati terasa ralat juga, bukan ralat sebab apa, tapi ralat sebab terasa komunikasi saya dengan orang sekeliling semakin hambar. Tak tahulah dek penangan teknologi yg makin canggih, komunikasi hanya di hujung jari atau nilai-nilai kemanusiaan semakin hilang dalam paradaban manusia hari ini.

Saya juga seorang yang sensitif, tapi kadang-kadang terpaksa buat dek dengan perasaan terasa tu sebab dah besar panjang ni siapa lah yang nak ambil kisah sangat. Masing-masing buat hal sendiri aja, masing-masing pun sibuk, sampaikan kadang-kadang memang tak sempat nak bertanya khabar pun..

Saya ada berborak dengan seorang teman, teman yang amat baik saya kira, sebab dia juga sesuai untuk saya jadikan motivator bila diri merasakan kurangnya motivasi. Saya berkongsi rasa dengannya mengenai perasaan ini, yang kadang-kadang buat saya sedih sebab seolah kehilangan kawan walaupun mereka berada di depan mata.

Dia menjawab, "para sahabat zaman Rasulullah s.a.w jika mahu bertemu/berkawan dgn seseorg...mereka akan consider - adakah aku akan bisa mendapatkan 'apa2 bekalan akhirat' dr si fulan itu?"

Setelah mendengar jawapan dari teman ini, membuat saya terfikir seketika.. dan dia menambah, " Kadangkala Allah menguji kita di dalam satu perhubungan (samada suami isteri/keluarga atau kawan2) kerana Allah merindui kita. Dengan itu, kita akan mendekatkan diri kita kepada Allah, banyakkan lah berzikir & mendekatkan diri dengan Nya kerana Dia merindui kau Farah.."

Saya memang terkelu dengan nasihat ini, dan memang betul, manusia akan mengingati Tuhannya pabila mereka dalam masalah/ kesedihan. Terima kasih sahabatku kerana kau mengingatkan aku yang kealpaan ini..

Thursday, September 22, 2011

Tanyalah Ustaz..

Pagi tadi, sambil siap2 nak ke ofis, bukak TV9, memang tiap-tiap pagi gitu, bukak tv9 untuk dengar Tanyalah Ustaz. Dalam pada dok siap-siap tu, dapat tangkap Ustaz tu cakap, "Dahulu, bangsa Korea sebenarnya perangai mereka kasar-kasar, tapi mereka menggunakan filem & media massa untuk mengubah cara hidup mereka. Maka wujudlah cerita-cerita romantik seperti Winter Sonata dan drama-drama romantik yang lain. Mulanya, masyarakat mereka tak dapat terima, tapi setelah 10 ke 15 tahun selepas itu, perkara tersebut menjadi sebahagian dari cara hidup mereka. Tapi, di Malaysia ni, sekarang kalau diperhatikan, semua pakat nak buat cerita gangster, cerita ganas-ganas, secara tak lansung ianya juga mendidik masyarakat kita ke arah itu.." lebih kurang camtu la ayat Ustaz tu tadi.

Sebenarnya, bukan senang untuk membentuk akhlak yang mulia. Ianya haruslah bermula dari rumah, dan memerlukan pendekatan menyeluruh. Maksudnya, walaupun ibu bapa itu sudah mendidik anak-anak mereka dengan baik, tapi di luar rumah, banyak anasir-anasir lain yang boleh mempengaruhi mereka, samada kawan-kawan, masyarakat, atau melalui kecanggihan teknologi internet masa kini. Tidak lagi termasuk hiburan yang berlebihan. Masya Allah, banyak sungguh cabaran dalam membentuk & mendidik anak-anak sekarang.. Semoga Allah melindungi kita..Amin.

Wednesday, September 14, 2011

Jamuan Raya

Hi ladies,

Sekarang sedang hujan, perut pula sudah kenyang, itu menandakan saat-saat untuk berehat..zzzzz hehehe..hamboi2..ini bukan kat rumah ye, nak tido2 bagai, saya sedang bekerja. Tapi hari ini tak rasa macam bekerja sangat sebab perut saya yang lebih2 bekerja.

Pagi tadi, breakfast roti telor kat tempat biasa bsama kakak lawa n geng, pastu tengahari gi Holiday Villa Subang untuk majlis hari raya. Saya tak makan banyak, amik soto sikit, ketupat nasi separuh, serunding sejemput, ketupat palas sebiji, rendang ayam seketul & sedikit kuah kacang. Minum 2 gelas air, dah, balik.

Sampai ofis, kakak ofis ajak teman pergi jamuan raya kat tingkat atas ni pulak. Tak makan pun, amik 1 kuih tepung pelita dan fruit tart. kire courtesy untuk tunjuk muka aja, wakil pada bos la..sebab bos2 ada jemputan lain kat Hilton..ceh, bos nak pegi kat hotel aja..hehehee

Di saat kita seronok menjamu selera dengan ketupat rendang dan pelbagai juadah raya, ingatlah, di penjuru dunia yang lain masih ramai mangsa kebuluran & yang ditimpa bencana, contohnya seperti di Somalia ini. 

Tuesday, April 5, 2011

Pernahkah anda...?

Pernahkah anda bangun pagi, dan terfikir;
"Syukur aku masih hidup..masih ada peluang untuk perbaiki diri.."

Ye, anda patut bersyukur. Bersyukur dengan apa yang ada. Sekiranya anda rasa anda sudah hidup susah, pasti ada org lain yang lebih susah dari anda, jadi bersyukurlah..