Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

Ramadhan datang lagi...




Hari ini sudah seminggu lebih atau lebih tepat, hari ke 9 kita umat Islam di Malaysia berpuasa. Pastinya bulan puasa adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh saya ketika kecil dahulu kerana ma dan abah selalu kata pada bulan puasa semua hantu kena ikat. So tiba-tiba dalam bulan puasalah saya jadi berani, padahal semua ahli keluarga sedia maklum yang saya ni penakut yang amat. hehe

Mana taknya, kalau dulu ma atau abah suruh ambil barang kat tingkat atas (rumah teres 2 tingkat), mesti nak orang teman naik atau lari sepantas kilat untuk ambil barang, sebab rasa macam ada 'sesuatu' tengah tengok, rasa seram siap berpeluh la..tapi bila bulan puasa, tiba-tiba dah tak rasa tu semua..hehe

Selain happy bulan puasa takde hantu, masa kecil dulu saya sangat suka bulan puasa sebab boleh pergi terawikh dengan anak-anak jiran. Masa tu kami (dalam lingkungan darjah 3-6) naik basikal untuk ke surau yang jaraknya lebih kurang150 meter. Masa tu pergi ngan kawan-kawan je, takde la mak ayah risau cam zaman sekarang dengan kes culik dan macam-macam. Rasanya cite pasal gi terawikh ni pernah saya bagitahu dalam entry terdahulu kan..

Itu cerita gembiranya tunggu Ramadhan masa kecil, sekarang bila dah dewasa, dah berkeluarga, masih tertunggu-tunggu Ramadhan, sebab nak bertarawikh di masjid bersama keluarga. Saya suka ke masjid negeri, tapi bila ada anak kecil tak dapatlah solat kat bahagian atas, cuma tarawikh kat bawah aja, sesuai untuk mereka yang bawa anak kecil, untuk tidak menggangu jemaah yang lain.

Selain tu, bila Ramadhan, kami sekeluarga biasanya akan berkumpul untuk berbuka bersama dengan adik-beradik bila hujung minggu. yelah, dah 4 orang yang dah kawin dan dah tinggal sendiri, masa ni lah kalau nak berkumpul pun..tapi actually kami duduk dekat-dekat, so tak bulan puasa pun selalu je berkumpul semua ahli keluarga..tapi bila Ramadhan terasa lebih best lah..

Biasanya bila Ramadhan, ma akan bahagi-bahagikan zujuk untuk kami adik beradik mengaji, tapi sebab saya dah kawin dan tinggal sendiri, just baca sikit-sikit bila berkesempatan..huhu..

Sebenarnya yang seronok bila nak beraya pastinya kanak-kanak. masa saya kanak-kanak dulu sangat excited nak shopping baju raya. Bila dah ada anak sekarang, excited nak shopping untuk anak pula. Macam tu lah ibu bapa kita dulu kan, selalu dahulukan anak sebelum shopping untuk diri mereka..Terima kasih ma & abah...

Wednesday, September 14, 2011

Jamuan Raya

Hi ladies,

Sekarang sedang hujan, perut pula sudah kenyang, itu menandakan saat-saat untuk berehat..zzzzz hehehe..hamboi2..ini bukan kat rumah ye, nak tido2 bagai, saya sedang bekerja. Tapi hari ini tak rasa macam bekerja sangat sebab perut saya yang lebih2 bekerja.

Pagi tadi, breakfast roti telor kat tempat biasa bsama kakak lawa n geng, pastu tengahari gi Holiday Villa Subang untuk majlis hari raya. Saya tak makan banyak, amik soto sikit, ketupat nasi separuh, serunding sejemput, ketupat palas sebiji, rendang ayam seketul & sedikit kuah kacang. Minum 2 gelas air, dah, balik.

Sampai ofis, kakak ofis ajak teman pergi jamuan raya kat tingkat atas ni pulak. Tak makan pun, amik 1 kuih tepung pelita dan fruit tart. kire courtesy untuk tunjuk muka aja, wakil pada bos la..sebab bos2 ada jemputan lain kat Hilton..ceh, bos nak pegi kat hotel aja..hehehee

Di saat kita seronok menjamu selera dengan ketupat rendang dan pelbagai juadah raya, ingatlah, di penjuru dunia yang lain masih ramai mangsa kebuluran & yang ditimpa bencana, contohnya seperti di Somalia ini. 

Friday, September 9, 2011

Raya 2011

Assalamualaikum & Hi there,

I hope its not too late to wish everybody SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI, maaf zahir batin. Nothing much to update since I am truly busy rite now, so, i leave you guys with these raya pics.. enjoy!