Sahabat
Apa di cari pada sahabat
Adakah hanya untuk mendengar cerita yang hebat
Atau sekadar untuk berdebat
Kawan
Apa di cari padamu kawan
Adakah ketika ingin bertukar pandangan
Atau enak untuk berlawan
Atau sekadar ketika hendak makan
Teman
Apa di cari padamu teman
Adakah sekadar melayan kebosanan
Atau diperlukan ketika kesempitan
Atau tidak memberi sebarang kesan
Apapun erti kau di sisiku
Terima kasih wahai kawan, teman dan sahabat
Budi kalian akan ku semat
Di lubuk hati paling dalam
Lipatan hidup yang takkan padam..
Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts
Friday, May 25, 2012
Sepotong Maaf
Kadang kala sebagai manusia kita sering terlupa
Sering saja alpa
Selalu saja menyalahkan orang lain
Sentiasa rasakan diri dianiaya
Walau hakikat kita yang menganiaya, menindas dan tidak mempeduli lantas menzalimi
Bila kita susah sentiasa ingin mencari orang untuk mendengar keluh kesah
Tapi apa dibuat di saat gembira?
Mengapa ingin diluah tika berduka?
Bila tiada siapa mendengar kenapa kau bermuram durja
Kalau sekadar bermuram tidak mengapa
Tapi kau simbahi pula api kemarahan
Hingga rasa tidak tertahan
Manusia tiada yang sempurna
Tapi itu bukan bermaksud kau boleh terus leka
Aku sedar kekadang tersasar
Ada tindakan di luar sedar
Maafkan aku pintaku benar
Semoga kita mendapat hidayahNya
Dan agar masih belum terlambat...
Untuk mengungkapkan sepotong maaf..
Sering saja alpa
Selalu saja menyalahkan orang lain
Sentiasa rasakan diri dianiaya
Walau hakikat kita yang menganiaya, menindas dan tidak mempeduli lantas menzalimi
Bila kita susah sentiasa ingin mencari orang untuk mendengar keluh kesah
Tapi apa dibuat di saat gembira?
Mengapa ingin diluah tika berduka?
Bila tiada siapa mendengar kenapa kau bermuram durja
Kalau sekadar bermuram tidak mengapa
Tapi kau simbahi pula api kemarahan
Hingga rasa tidak tertahan
Manusia tiada yang sempurna
Tapi itu bukan bermaksud kau boleh terus leka
Aku sedar kekadang tersasar
Ada tindakan di luar sedar
Maafkan aku pintaku benar
Semoga kita mendapat hidayahNya
Dan agar masih belum terlambat...
Untuk mengungkapkan sepotong maaf..
Wednesday, October 26, 2011
Pantun : Kasih Ibu
Sudah lama duduk bertapa
Sudah penuh ilmu di dada
Kasih ibu jangan dilupa
Kasih bapa membawa bahagia
Pinggan berbunga retak seribu
Jangan diguna untuk tetamu
Bila dikau bergelar ibu
Baru kau tahu nilai kasih ibumu
Kapal berlabuh tepi dermaga
Membawa dagangan rempah dan halia
Harapan ibu agar dikau berjaya
Manjadi anak berpekerti mulia
Indah nian sinar suria
Hilang sudah cahaya pelangi
Setelah engkau kecapi bahagia
Janganlah lupa ibumu ini
Sudah penuh ilmu di dada
Kasih ibu jangan dilupa
Kasih bapa membawa bahagia
Pinggan berbunga retak seribu
Jangan diguna untuk tetamu
Bila dikau bergelar ibu
Baru kau tahu nilai kasih ibumu
Kapal berlabuh tepi dermaga
Membawa dagangan rempah dan halia
Harapan ibu agar dikau berjaya
Manjadi anak berpekerti mulia
Indah nian sinar suria
Hilang sudah cahaya pelangi
Setelah engkau kecapi bahagia
Janganlah lupa ibumu ini
Monday, July 18, 2011
Dedikasi dari sini..
Sungguh kesian rasanya
Bila hanya kamu yang bercakap
Tapi orang lain diam membisu
Bukan tidak mendengar, bukan tidak memahami
Tapi tak ambil peduli..
Sungguh kesian rasanya
Pabila kau kecewa dengan keadaan sekelilingmu
Tapi tiada siapa dapat membantu
Bukan kerana mereka tidak mahu
Tapi kamu bantulah dirimu dahulu..
Bila hanya kamu yang bercakap
Tapi orang lain diam membisu
Bukan tidak mendengar, bukan tidak memahami
Tapi tak ambil peduli..
Sungguh kesian rasanya
Pabila kau kecewa dengan keadaan sekelilingmu
Tapi tiada siapa dapat membantu
Bukan kerana mereka tidak mahu
Tapi kamu bantulah dirimu dahulu..
Subscribe to:
Posts (Atom)