Showing posts with label borak. Show all posts
Showing posts with label borak. Show all posts

Tuesday, May 21, 2013

ulangtahun perkahwinan...

Assalamualaikum..
Pejam celik pejam celik dah hampir habis setengah tahun 2013.. masa terus ke depan, begitu juga dengan kehidupan saya, cuma  blog ni saja yang jauh tertinggal ke belakang.. Apapun, saya bersyukur denga segala perkembangan yang berlaku terhadap diri saya dan keluarga baik dari segi kesihatan, kewangan, kerjaya mahupun kasih sayang.. alhamdulillah.

18 Mei yang lalu merupakan ulangtahun perkahwinan yang ke 34 bagi kedua ibubapa saya.. Tanpa mereka tiadalah saya di dunia ini. Jadi, sempena meraikan hari ulangtahun tersebut, saya telah mengajak kedua ibubapa saya bercuti. Lokasinya dekat sahaja, di pinggir ibukota.. sebab memahami keadaan ibubapa saya yang tak suka travel jauh..

Berikut di kongsikan gambar pemandangan dari bilik kami...

Zara sangat teruja dapat bercuti bersama nenek dan atuk..selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke 34. Semoga berbahagia kekal abadi dunia dan akhirat. Amin

Monday, January 30, 2012

Slowpoke: clothes that poke the eye

Selamat petang,

Semalam saya ke communication talk..lepas tu Prof tu ada sebut pasal incident ‘clothes that poke the eyes’, dalam hati tertanya2 jugalah apa kes ni..sure jadi viral kat internet n fb tapi saya tak tahu..agak ketingggalan di situ..so, harini, saya google la apa kes..Rupanya betul2..memang menjadi viral kat internet pasal kes ni, untuk yang ambil tahu..yg tak ambil tahu mcm saya ni memang sampai la ni la tak tahu..

Untuk yang nak tahu lebih lanjut boleh klik sini dan  sini. Memang agak memalukan bagi sebuah laman web kementerian apabila mereka menggunakan translation hanya dengan menggunakan google translate. Ianya adalah sesuatu yg tidak wajar dan seharusnya dipandang berat kerana ia mencerminkan imej negara dan imej kementerian itu sendiri khususnya..

Pengalaman sendiri, saya tidak pernah menggunakan google translate untuk tugas2 rasmi, Cuma pernah main2 dengan google translate kerana ingin melihat jawapan yang kelakar. Apa guna kita mempunyai banyak syarikat swasta mahupun badan2 yang boleh melakukan kerja2 terjemahan tapi tidak digunakan. Saya pasti Institut Terjemahan Negara Malaysia tidak keberatan untuk melakukan tugas ini.

Janganlah sampai maruah negara dikotak katikkan oleh rakyatnya sendiri, lebih2 lagi, orang luar, seperti yang dilapurkan dalam The Wall Street Journal..Tapi kementerian tersebut sedang berusaha menangani masalah ini apabila mereka telah remove English version dan tinggallah versi Bahasa Melayu sahaja untuk laman web meraka...



p/s: Boleh klik sini utk cerita yang berkaitan. 

Friday, December 2, 2011

Jalan-jalan @IOI Mall

Hello,

Tadi petang after lunch kami ke Puchong sebab ada hal sikit pasal rumah. Bila dah setttle hal yang kami nak uruskan tu, kami singgah ke IOI Mall Puchong. Masuk-masuk je kat Centre Court tu nampak carousel (mainan marry go round) sempena Christmas. Zara bila dah nampak kuda-kuda tu excited la nak naik, so mommy beli tiket dulu, murah aja RM2. Mommy boleh naik sekali teman Zara tapi orang tu pesan mommy tak boleh duduk sekali, berdiri je kat sebelah..haha belasah la, mommy bukan nak main pun, nak jaga Zara je..


excited nak babai-babai orang lalu lalang
Zara dalam perut Doraemon

Thursday, December 1, 2011

Zara Jalan-jalan @Funfair

Last 2 days, kami lalu kat area stadium Shah Alam, nampak ada funfair, then daddy said,"Zara, malam nanti kite datang funfair ni ye, sekarang hujan.." Zara yang duk diam dalam kereta terus mulut terkumat kamit tanda excited.

Zara cuak bila kuda tu bukak mulut..
Then, bila malam, daddy teringin nak makan bawal, but donno where. Then, I suggest to go to KJ, @Shoru. Kat situ ada bawal goreng. So, we went there. Bila dah kenyang, otw balik Zara diam aja macam nak tdo, then mommy said, "Oh, Zara dah nak tido ke? Mommy baru ingat nak bawa pergi.." belum habis ayat lagi Zara dah berdiri and buat bising (macam dia buat masa lalu sebelah funfair tadi). Budak-budak kite tak boleh bagi janji palsu (atau tipu), nanti dia ingat tipu tu tak pe, so nanti dia pun akanbuat perkara yang sama.


mommy pun terjebak sekali

Zara taknak turun, nasib baik hanya kami je penumpang tren tu

Friday, April 22, 2011

Perbezaan pandangan/ layanan lelaki terhadap pasangan sebelum & selepas kahwin

Hi...Selamat Hari Jumaat..!

Kalau anda nak rasa ceria di hari Jumaat ni sampai berdarah telinga, boleh cuba dengar lagu Rebecca Black yer.. alah, lagu popular yg byk cover version tu..hehe..

Hari ini saya ada mood menulis & berfikir..ehehh..nape, selama ni tak berfikir ke..? xde lah, bukan tak berfikir, sebelum ni bz, so susah nak buat entry yang kena berfikir secara kritis & kreatif.. hehe

Hari ni saya rasa nak bercerita mengenai....  
Perbezaan pandangan/ layanan lelaki terhadap pasangan sebelum & selepas kahwin. 

(DISCLAIMER: Ini bukanlah dari pengamalan sendiri, tapi dari pengamatan terhadap orang di sekeliling & cerita kawan2 atau mungkin pengaruh drama swasta).

kalau dulu:
awek make up tebal 2 inci pun, takpe, rasa comel/ ayu jer.. (siap bangga plak kalo org tgk..kononnya awek aku pandai bergaya..)

Sekarang:
Isteri baru make up sikit, dah dikatanya
"eh, awak ni tebiat ke, cam tepung komak" 
pulakkkk

kalau dulu:
masa bercinta, tunggu dlm kete 2 jam pun takpe..sabo je, bole siap online main dota lagi..

Sekarang:
baru tunggu 2 minit, dah tarik muka..(itu kire ok la sebab tak membebel)

kalau dulu:
bila awek pakai baju kurung nak gi dating, siap tanya
"hari ni hari jumaat ke?" 
(sesetengah lelaki rasa kuar dengan kakak kalau awek dia pakai baju kurung..ada ke patut??)

Sekarang:
"awak ni asik pakai seluar je..peha dah la besar, cam nak pecah seluar tu, bawak2 lah pakai baju kurung.."
 (memang bagus nak suruh isteri pakai baju kurung, tapi kan elok kalau nasihat suruh isteri tutup aurat dengan cara berhemah)

kalau dulu:
Baru masuk kete je dah tanya
"Awak dah makan? Awak nak makan apa plak kali ni? Full House? Chili's?"

Sekarang:
Isteri    : "bang, laparlah.."
Suami  : "eh eh, bukan ke tadi dah makan biskut? Lapar lagi? Perut gajah ke apa?"


Hehehe.. contoh2 di atas ni imaginasi semata2, tiada kena mengena dgn diri sendiri atau sesiapa..tapi kalau anda rasa terkena tu, maaf lah yer..kan dah ada disclaimer siap2 kat atas tu.. :P