Showing posts with label film review. Show all posts
Showing posts with label film review. Show all posts

Saturday, August 25, 2018

Cuti Hari Raya Korban

Pada tahun ini, Hari Raya Aidiladha jatuh pada Hari Rabu. Untuk negeri Selangor, Cuti umum sempena Hari Raya Haji hanyalah jatuh pada Hari Rabu, tapi ada juga sesetengah company yang memberi 2 hari cuti dan selebihnya pekerja boleh apply cuti sendiri. Untuk pelajar, cuti persekolahan pula adalah seminggu. Tapi disebabkan Hari Raya jatuh pada tengah-tengah minggu susah sikitlah untuk rancang percutian.

So, untuk cuti sekolah kali ni, kami hanya bawa anak-anak pergi tengok wayang. Cerita apa lagi kalau bukan yang tengah HOT sekarang ni, Hantu Kak Limah (HKL). kami datang nak beli tiket hari tu pun tinggal 3 baris dari depan je.. punyalah ramai yang menonton..itu pun bukannya kami pergi minggu pertama tayangan.. overall cerita HKL kali ni menghiburkan, cuma, saya rasa best lagi yang pertama.. mungkin sebab ramai pelakon asal sudah tiada (meninggal) dan tak lagi berlakon HKL, so hilang lah sikit seri cerita tu. Antara watak yang masih hidup tiada dalam HKL kali ni yang saya suka ialah watak Johan, Que haidar & Usop Wilcha.. 

Hari ni, Sabtu, surau area rumah mak ada buat korban. Zara dengan Adeena excited nak pergi tengok, so diorang tidur rumah nenek sebab nak tengok lembu. dalam pukul 9 pagi tadi, Zara hantar gambar ni..



Monday, October 24, 2011

Film Review : Real Steel

Hi peeps,

Hari ni saya jaga kaunter..tak yah tanya la kaunter apa, I can say, kaunter pertanyaan lah.. sebab most of the people yg masuk sini pun sebab nak tanya soalan.. so bila ramai sgt datang untuk bertanya, kurang sikitlah produktiviti yang terhasil. Tapi masih ada juga waktu2 senggang so sempatlah duk mengarut kat sini jap..

My hubby cuti today, sebab ada masalah penghadaman dan bila gi klinik doktor bagi MC..taknak lah cite lebih2 kat sini, kang dia baca, malu plak dia..hehehe

Anda semua dah menonton filem Real Steel? Actually ni bukan lah filem baru sangat..tapi I n my hubby baru je berkesempatan tgk after work haritu bersama-sama Sham..hehe ok lah, dah lama tak tengok muvie dengan Sham pun.. so, petang tu mommy n daddy balik lambat, sib baik Zara behave and tak merajuk..
Filem ni mengisahkan Charlie bekas peninju suka masuk pertandingan lawan robot, in stead of manusia yang bertinju, dalam cerita ni di gambarkan, robot yang digunakan untuk bertinju. Tapi Charlie ni agak loser la, bila robot dia lawan pun kalah. Satu hari, dia dapat tahu bekas isteri or awek dia, saya tak pasti, meninggal dan tinggalkan seorang anak, which is anak dia, Max.. Dia terpaksa jaga anak tu, tapi kakak kepada bekas isteri/awek dia tu nak amik hak penjagaan anak tu. Disebabkan Charlie ni bukan kisah pun, dia buat perjanjian dgn suami kakak tu untuk bayar dia 100k kalau nak hak penjagaan Max (anak dia).
Syaratnya, Max akan dijaga oleh Charlie sementara kakak kepada ibu Max tu pergi bercuti, dan Charlie dapat bayaran 50k, bila balik dari bercuti, Max akan dipulangkan kepada mereka dan Charlie akan dapat lagi 50k. So, masa Max mula2 dijaga oleh Charlie timbul juga ketegangan antara mereka berdua, sebabnya Max ni degil, sama je perangai macam Charlie..Alamak, malas nak cite panjang2..kalau korang belum menonton, masih sempat lagi sebab ada lagi di pawagam, or download aje cite ni nanti, pasti ada yang akan share..

Actually cerita ini bukan sekadar aksi kerana ianya memaparkan juga elemen emosi, kepada sesiapa yang ada anak lagi la mudah tersentuh kot..tapi saya takde la tahap keluar airmata macam kawan abang saya, siap keluar airmata sebab tersentuh..huhu...dalam hati ada taman rupanya..

Oklah untuk kali ni, kalau ada cerita menarik lagi nnt kite buat review lagi yer..tata!