Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Berbuka @SACC dengan menu istimewa kambing kebuli

Salam semua, 

Khamis minggu lepas saya dapat undangan berbuka di SACC. Mulanya tak nak pergi sebab tak sampai hati tinggalkan dua si jantung hati kat rumah, tapi sebab tak dapat nak tolak jemputan tu, yela, member hari2 call tanya nak pegi ke tak, so layankan aja lah jemputan tu. Dan, my hubby pun bagi keizinan, so dia and Zara buka kat umah my mom..

nasi & kambing kebuli..
desert yg nampak menyelerakan
Orang boleh tahan ramai juga kat sini, makanan pun ada macam2 lauk pauk, tapi rasa makanan dia ok la juga. Nak kata sedap sangat tak juga, nak kata tak sedap pun tak, tapi boleh diterima la. Cuma desert dia kurang ummpphh.. Selain meja buffet yang panjang, terdapat juga gerai2 kecil di sekeliling dewan, antara menu yg disediakan ialah lemang, rendang tok, satay, ikan & lidah bakar, lok lok (macam yong tau foo), kuey teow goreng, bakso, mee & bihun sup, gulai kawah, aiskrim coklat, vanilla & durian juga ABC. 

Pilihan air pula ialah orange kordial, mango juice, guava juice, sirap, air kosong dan teh & coffee panas.Kat luar dewan ada gerai roti john, keropok lekor, tahu bakar, murtabak, kerang bakar, rojak buah dan berbagai lagi lah..Untuk mereka yang banyak makan, boleh stay sampai pukul 10 dan tutup dewan sekali..hehehe.. Saya tak de la lama2 sebab kesian kat Zara..So, itu jela nak cite.. :)




Monday, July 30, 2012

Berbuka @Serai Empire

Assalamualaikum,

Today we had our berbuka puasa or iftar at Serai Empire. My friend, Fifa cadangkan kami ke sana. I ok aja kat mana2, yang penting, we can meet up.. When I asked Izma for the location, she just agreed. Nice! Then, I called Serai to make a reservation, almaklumlah, weekend kan selalu ramai orang. The lady who answered the phone told us, upon confirmed booking, cust need to pay half deposit for the pre order. So, yeah, I've bank in the deposit.. gigih la plak cari mesin atm kan..haha

Untuk bulan Ramadhan, this restaurant offer a ramadhan set. There are 4 sets available. Price range from set 1 to 4 is from RM120 to RM195. We took the 2nd set yang berharga RM145..


Tak sangka pulak portion lauk tu agak besar, dan untuk ikan tu, rupanya dapat 2 set. So memang puas makan ikan. kali ni tak sempat nak snap picture lauk pauk yang menarik tu sebab Zara buat perangai skit harini..tak pasti dia restless sebab penat tak tido lansung waktu siang atau dia cranky sebab penat berjalan ke sana- ke mari tak duk diam..so mummy & daddy kena gilir-gilir makan sebab dia ajak jalan-jalan kat luar.. Sabo jela..Overal, makanan, seperti biasa, tidak mengecewakan, cuma part Zara buat perangai jela membuatkan mummy takleh makan dengan aman..huhu


Thursday, May 31, 2012

Anda suka Western food?

Big ass burger by That Little Gerai
Lamb Chop by TLG
Lamb shank by Big Plate
Lamb chop by Big Plate
Sekarang ni banyak restoran di Malaysia menyajikan makanan ala Barat..cewah..cakap je la western food kan..hehe..Walaupun kadang-kadang bila kita try western food tu, rasa dan cara sajiannya takde la 'kebaratan' sangat, maybe dah banyak dipengaruhi oleh selera tempatan..tapi memang senanglah nak cari western food sekarang..Tak perlu ke restoran yang mahal, gerai2 maple pun da jual chicken chop..hehe hebat tak hebat sekarang..Malaysia ni cool..macam2 makanan ada..

Ok, bercakap pasal western food, kalau pergi mana2, tak dinafikan, memang saya suka order western food. So, ni saja nak share compilation western food yang pernah saya order. Actually ada banyak lagi western food yang sedap yang saya pernah try, tapi kalo dah lapar tu lupa la kan nak snap pic nya...
spaghetti from Victoria Station
Tenderloin steak by VS juga
Chicken chop by Fifi
also chic chop by in house chef- Fifi
Mix steak by Tupai-tupai
Fish & Chip by D'One Steak
Sizzling steak by D'One Steak
Lasagna by Grand Margarita Hotel Kuching
Blackpepper steak by Grand Margarita Hotel Kuching
Steak by Grand Lexis Hotel PD
Tenderlion steak by MJ Burger
BBQ Rib by MJ Burger
P/s: Dah tengok balik gambar2 ni buat rasa terliur plak..huhu...awak paham tak? eh.

Sunday, May 27, 2012

Burger YB @Sect 7

Haritu kami ke Sect 7 nak beli nasi arab..sekali hubby cakap, eh ada kedai baru bukak..jual burger besar.. extra besar punya..I suh la hubby gi order..tapi dia datang balik dengan hampa sebab katanya kena order dulu..sebab lambat nak tunggu...ada org order siap2 dari pukul 11 pagi..

So, ok lah, kami kata later la..bila balik carila url yg diorg bagi ni..so dapatlah idea camne burger yg ada dan apa yg boleh di order nanti..esoknya gi ofis I bgtau member2...ptg tu ada kakak ofis call, nak order, skali diorg jwb, da tak amik pre order sebab ada kes. Kena gi sana, beratur & order...

Esoknya, kami ke sana, saja singgah kot2 orang tak ramai, boleh order (sangat la bersemangat kan..) pastu tgk takde org beratur pun..cakap kat hubby, ok la ni, takde org pon..I pi la order, lepastu tanya bila siap, dia kata dlm sejam sebab dah ramai orang order..hmmmm boleh la..sementara tu kami makan dlu mknan lain..
besar gedabak, siap guna kotak kek tu..

Setelah sejam tepat, kami pun dapat lah burger kami..I order 1 kg punya, roti oregano & patty blackpepper..cara2 ordernya agak2 cam subway sikit..spt berikut;

1) pemilihan jenis roti ( oregano, garlic, honey oat, dan wholemeals)
2) pemilihan jenis patty ( satay, blackpepper, bbq, mushroom, n tomyam)
3) pemilihan jenis sos ( tomato, cili, mustard, mayonis, thousand island n bbq)
4) pemilhan jenis sayur ( salad, bawang, tomato, timun, kobis, n carrot)
5) pemilihan jenis buahan ( epal, nenas, n zaitun)
6)  pemilihan daging ( ayam atau lembu)
7)  pemilihan sos tambahan ( blackpepper, mushroom, cheezy, n jalepeno)
8)  pemilihan cheese ( 2 keping, 5 keping, dan 10 keping)

So, kalo nak tau sedap ke tak, kena la try sendiri..sebab lain org, lain citarasa kan..as for me, my personal rate is 7/10.. at least da try..baru puas hati..hihi





Saturday, January 14, 2012

Resepi : Butter Rice

Halo,

Actually I masak butter rice ni dah lama..ingat nak share resepi rite after buat tu..tapi biasalah, bila penyakit M melanda, jadilah entry peram..ok, nasi mentega ni sangat simple sebenarnya..dan yang penting, ianya sedap..haha puji sendiri..hehe

Berikut adalah resepi yang I ambil dari sini.

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 4 cawan beras
  • 1 1/2 inci buttercup (ketebalannya)
  • 2 biji bawang merah dimayang halus
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • 1/2 cawan kismis

Cara-cara

  1. Basuh Beras. Toskan. Cairkan mentega dalam periuk nasi. Goreng bawang hingga terbit bau.
  2. Masukkan beras. Kacau rata. Masukkan Air secukupnya.
  3. Akhir sekali masukkan daun pandan, kiub ayam dan kismis. Kacau sehingga sebati.
Siap..senangkan? Sebab nak senangkan lagi keadaan, I masak lauk yang sangat simple..iaitu sekeping ikan tenggiri, sekeping ikan merah, beberapa ketul ayam & dagingyang digoreng berempah yg kita namakan sebagai; fish,beef & chicken platter dan makan bersama salad ala arab..cewah...ala, salad yang selalu dihidang kat restoran nasi arab tu..so inilah hasilnya...hehe

sempoi..
Oklah, makanan yang simple di hari minggu.. :)


Tongkeng Ayam Ayamas

Assalamualaikum...,

Dah lama juga rasanya tak mengarang panjang kat sini..yela, last 2 entry buat WW je..senang, takyah nak tulis apa2..tapi kali ni ada mood nak menulis..sementara rajin ni kite update la ye..

2 hari lepas masa pergi ke Giant Sek 18, untuk beli barang dapur sikit, tiba-tiba my hubby tunjuk "eh, Ayamas pun ada jual ni...?" saya dengan excitednya.."haah lah, kite beli lah ye, nak try sedap ke tak.." 

Tak sangka kan..tongkeng ayam aka bontot ayam pun dah dikomersialkan oleh Ayamas dan masuk dlm senarai produk sejuk beku mereka..


Rasanya? Hmm..boleh tahan..sedap macam beli kat pasar malam..or I can say, even better..sebab, saiznya agak besar tapi tak terlalu besar..my hubby suka makan ni, so dia pandailah menilainya..dia tak suka beli yang saiz besar sebab biasanya akan lebih berminyak, dan kalau tak pandai goreng, rasanya semacam dan mungkin juga berbau..

So, kalau pergi pasar malam my hubby suka beli yang saiz kecil dan digoreng garing..tapi untuk produk Ayamas ni, walaupun saiznya tak kecil, tapi ianya tetap sedap..lagi2 kalau kita goreng garing..makan panas2..hehe

Rasanya bagi orang yang gemar makan tongkeng ayam sahaja yang tahu apa yang saya cuba sampaikan ni..Mula-mula saya tak suka pun makan, tapi sebab tiap kali pergi pasar malam my hubby sure akan beli ni, so saya pun try...dan sekarang, kalau dia beli, kami makan sama-sama..

Mungkin anda yang tak pernah try tu patut mencubanya... :)

Tuesday, January 3, 2012

Jalan2 @KL Bird Park + Bday Dinner @Grand Dorsett Subang

Heloo..

Hari ini jadual kami agak padat. Pagi, breakfast kat Restoran Lontong Klang. Sesudah breakfast, kami singgah ke Taman Tasik Shah Alam, bagi Zara main kat playground. Agak2 dah berpeluh, kami gerak balik..

Rileks2 kejap, tghari kami keluar balik untuk pergi ke Bird Park, KL. Tapi sebelum tu, isi dulu perut dekat area berdekatan. Ingat nak makan ikan bakar Tanglin, tapi tutup pulak..

Setelah kenyang, kami ke Taman Burung..Zara mulanya takut bila tengok burung- burung tu..tapi lama2 dia cool juga..

Kami jalan2, tgk bird show & sempat jugak Zara main kat playground kat situ..Habis tawaf satu Taman Burung, kami gerak balik..sampai rumah dlm pukul 4 lebih..rehat kejap sebelum nak keluar diner mlm nanti..
Zara tgk burung unta makan..
we are lucky to capture this pic..bukan senang nak tunggu peacock ni pusing..

Monday, January 2, 2012

Recipe: Chicken wings stuffed with mince beef

Apa khabar semua..

Beberapa minggu yg lalu saya ada tgk rancangan Masterchef Malaysia, ada tunjuk cara buat chicken wings stuffed with shrimp..rasa cam teringin pulak..but my hubby can't take shrimp, unless teringin sangat, rasa jugak la skit..so, i decided to change it to beef..
Chicken wings stuffed with mince beef
I teach my hubby how to do it, not exactly like yg Masterchef tu tunjuk, but the idea is there la..I ask him to prepare the ingredient while I look after my baby, tapi masa saya sampai kat dapur..dia dah buat almost everything..just tunggu finishing untuk celup tepung & goreng aja..80% done..bagus juga..maybe he is so excited to try new recipe..ok, inilah gambar yg sempat di snap, ingredient & cara2 awal xsempat nak snap sebab my hubby dah buatkan..
ini hasilnya bila dipotong
Cara-cara membuatnya:

1. Keluarkan tulang bahagian kepak, make sure tak terbocor kulit (sebab nanti nak sumbat inti daging)
2. Untuk inti, goreng bawang merah, bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging cincang, goreng seketika, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
3. Masukkan inti ke dalam kepak ayam, then gunakan lidi satay untuk tutup (mcm otak2) supaya isi tak terkeluar masa menggoreng.
5. Celup chic wings ke dlm telor
6. Gaul dlm tepung goreng serbaguna.
7. Then goreng..
ketika di dlm kuali
Simple kan..? Semudah 1,2,3..7 hehe 

Thursday, December 15, 2011

Sarapan @Nasi Lemak Lido

Helo,
inilah restoran nasi lemak lido - gambar ihsan google

Last Friday, saya, Kak Su & Gee sempat breakfast kat Nasi Lemak Lido, Klang. Lokasinya terletak di Lebuh Gopeng, dekat- dekat dengan area Pasar Jawa atau pasaraya Ocean zaman2 90-an dulu. Actually saya pernah makan kat sini dah lama, lebih kurang 5 tahun lepas, tiba-tiba last week ada terjumpa risalah perlancongan Negeri Selangor and this place tersenarai antara tempat makan yang menarik di Selangor.

Tertanya-tanya juga, tempat ni masih wujud atau tidak, tambahan pula masa kami nak sarapan tu dah nak pukul 10 pagi..ada lagi ke nasi lemak dah lewat camtu kan..? Tapi, tak try pergi tengok, tak tahu, so gamble aja lah lajak ke sana.. Sampai-sampai di sana, Alhamdulillah, kedai masih beroperasi.. signboard dan suasana sama macam 5 tahun dulu..

Bila masuk, orang masih ramai, nasib baik lauk nasi lemak pun ada lagi..ada ramai pelanggan, melayu, cina & india..sangat majmuk..yelah, lokasi kedai ni memang dikelilingi kedai-kedai peniaga cina kebanyakkannya..kat sini ada banyak kedai bunga untuk gubahan hantaran juga..

Ok, berbalik pada cerita asal kita, nasi lemak lido ini seperti juga nasi lemak yang lain, ada lauk kerang, sotong dan sebagainya..tapi, yang uniknya, di atas nasi ini ditabur udang geragau..yummeh..
itu bukan bawang goreng ye adik-adik, tapi udang geragau..
dari kanan; lauk kerang, sotong & hati/pedal ayam
Oklah, cerita lebih kurang pun sudah, gambar pun dah tunjuk, kalau nak rasa, boleh lah cuba ke sana.. nak kata sedap sangat tu takde la, macam nasi lemak yang dekat dengan rumah anda juga (maybe) tapi sesuatu yang unik untuk dicuba..Selamat mencuba!

p/s: Baca Bismillah sebelum makan :)

Tuesday, November 29, 2011

Diner @MJ Burger wif CJ

Assalamualaikum..!

Last week I ada buat janji dengan my dear fren untuk pergi rumah dia, kebetulan bday dia dah dekat masa tu, so dia jemput dtg masa bday dia ajalah..Kalau ikutkan hajat hati, dah lama nak bertandang ke rumahnya, since Raya Puasa, postpone ke Raya Haji.. Rumah dia terletak di Kemensah Hights, area belakang Zoo Negara.

Before sampai ke rumah dia, kami singgah ke Secret Recipe, beli kek & juga Domino's. Kami beli just utk kunyah2 sambil tengok bola (masa tu ada bola.. game Harimau Muda lawan negara apatah, lupa lak) lagipun my main intention adalah nak ajak dia diner pada malamnya di MJ Burger, so tak boleh makan kenyang-kenyang dulu.

Sebenarnya sebelum ni baca review aja pasal MJ Burger kat sini. Masa baca tu, terfikir dalam hati, *yeke sedap sangat ni..? Kena try ni...* So, berikut adalah makanan yang kami order;
Tenderloin Steak : CJ punya

Grilled Lamb Shoulder : my hubby punya

Mine : BB Ribs (available on weekends only)
My baby behave aja tunggu disuap

licin *burrpp*
Portion untuk BBQ Ribs tu agak banyak, sesuai dengan harganya RM25. Daging pun diperasa & diperap sempurna, lembut. Masa mula-mula sampai tertanya dalam hati, "takde gravy ke?" Rupa-rupanya, dia dah perap elok-elok je, tanpa perlu minta extra sauce.. Yang Tenderloin (RM12) tu diperap rasa rempah, mine perap BBQ la, my hubby punya lamb (RM14) pun ok juga..

So, recommended jugalah, harga pun berpatutan. Tapi ikut selera masing-masing la..My personal review? I rate 7.5/10 sebab I suka sayur (i mean salad) and still, i suka gravy..but, we enjoy our food, our moment wif fren, and in fact, Zara really happy that day, until she cried masa kami balik, sebab taknak berpisah dengan uncle CJ..
TQ CJ :)

Friday, November 18, 2011

Tips di kedai makan

Tadi saya dan 3 orang kawan pergi lunch kat 1 restoran ni. Restoran ni baru beroperasi semula minggu ini, bukan tutup sebab kena tindakan undang-undang sebab dapur kotor atau apa, tapi tutup untuk renovation. Dulu, kedai dia 1 pintu aja, bila maju dia ambil kedai sebelah, so extend jadi 2 pintu. Now, dah jadi 3 pintu..betul-betul masyuk kan.. Ramai pelanggan tetap.. Lauk-pauk makan tengahari kat kedai ni memang banyak, lebih la dari 20 jenis lauk. Rasa masakan dia pun ok, sedaplah juga, sebab tu ramai pelanggan. Tapi sejak kedai dia 'upgrade' ni, rasanya harga pun agak 'upgrade' juga..hehe

Tapi sebenarnya ada tips macamana nak makan dengan harga yang berbaloi.Untuk makan di kedai makan, ada beberapa tips yang perlu kita ketahui. Ini bukanlah cara menipu, tak baik menipu sebab makan makanan yang dicuri itu tak berkat, haram hukumnya bila menjadi darah daging. So, kita boleh cuba cara seperti beikut; iaitu dengan mengenalpasti cara tuan kedai mengira harga makanan. (boleh dipraktikkan kalau dah biasa makan kat kedai tu, kalau 1st time, kire nasiblah)

1) dengan mengira portion yang korang ambil -sikit atau banyak
kalau tuan kedai kire ikut portion yg korang ambil sbg cth sambal udang 2 ekor- 30 sen, ulam kacang panjang 2 batang- 20 sen, lala sweet sour 4 biji- 40 sen, so boleh lah korang ambil banyak lauk sehingga 10 jenis sekalipun. Takde hal, masih murah.

2) dengan mengira berapa jenis lauk yang anda ambil
Kalau tuan kedai guna cara perkiraan yg no 2 ni, better korang pikir betul-betul lauk apa yg korang nak sangat2 makan, dan ambil sesuatu jenis lauk tu dalam amaun yang besar/banyak terus. Sbg contoh, ambil sambal udang sesenduk dia charge 3.00, so kalau ambil seciput pun, dia charge sama, better ambik banyak terus kan.. Kalau nak lagi jimat, kalau pergi makan berdua (couple yg nak jimat bajet) sorang ambil 2 jenis lauk je, pastu lepas bayar, si boyfren bagi la sikit sambal udang kat si gilpren..hehe tukar2 lauk..mesra gitu..haha

3) membuat bayaran pada waktu sesuai
Ada kedai yang lepas kite ambil lauk, kena pergi bayar kat kaunter dulu, then baru boleh makan. Siap ada tampal signage "SILA BAYAR SEBELUM MAKAN". So, kalau kedai macamni, korang ikut lah tips no 1 & 2 kat atas. Tapi kalau kedai yang bila kite nak gi bayar tuan kedai siap cakap, "takpe2, makan dulu, nanti saya datang kire" kalau stail yg macamni, mostly cara perkiraan dia jatuh kepada situasi no 2. Sebab, dia suruh kite makan dulu, dah makan separuh, or kadang2 dah habis, baru tuan kedai terhegeh2 nak kire, so normally dia akan pukul rata harga ikut berapa jenis lauk yg anda ambil. Oleh itu, ikutlah nasihat no 2. Tapi kalau nak tuan kedai tu ikut stail no 1, panggil tukang kire tu sebelum makan, so, kalo korang ambil portion yg sikit, dia nampak sebelum anda makan.. hehe

Harap anda semua faham lah apa yang saya cuba sampaikan ni yer..hehe.. saje dok merepek..ok, tata!

Tuesday, October 25, 2011

Berapa Lamakah Jangka Hayat Biskut Raya?

Hi people,

Kat sini saya nak tanya, berapa lamakah jangka hayat sesuatu biskut raya tu ye..? Sebab selalu kalau beli biskut raya yang tempah home made, sure kat balang tu takde expiry date.. So, tak boleh nak agak sampai bila masih boleh makan..Lainlah kalau beli kat supermarket, yang siap ada label tu, memang pengilang akan taruk expiry date kan..Kalau biskut yang buat sendiri pulak macamana?

Bukan apa, saya tanya ni, sebab kakak ofis ni cakap, biskut raya dia lepas sebulan semua dia masuk tong sampah..tapi sebab kami ni teringin nak mengunyah lagi biskut raya walaupun dah habis raya, kakak tu gigih siap gi buat biskut raya baru..Actually jangan lah nak terharu sangat..dia buat bukan untuk saya pun, dia nak buat untuk Raya Haji pulak..tapi alang-alang dia dah buat, dia bawa lah 2 balang ke ofis..btw, thanks kak cubie..hehehe
gigih tau akak ni siap gi belajar buat biskut ni kat umah kwn dia..
Saya kat rumah berdua je (tak kira Zara la), so memang biskut kami takkan habis kalau tak bawa gi ofis..tapi bila kakak tu cakap dia tak makan yang lebih dari sebulan, segan plak.. aah, bantai aje lah makan, so far tak de pun sakit perut..Saya abaikan aja kata-kata akak tu, teruskan makan tapi siap cakap awal-awal, "akak, saya tak pelawa akak ye, sebab akak takut sakit perutkan.." dia pun ok aja..tapi tu yang tup tup dia bawa biskut baru tu..gigih..hehe

P/s: Actually sekarang ni, bila petang je, rasa nak mengunyah..tapi berat tak naik2 jugak, lagi turun ada lah..huhu

Sunday, August 21, 2011

Minggu Yang Agak Busy..

Minggu ni terasa sangat cepat berlalu sebab saya agak sibuk..tahu-tahu je dah menjengah weekend..Oklah, tak nak cerita bab kerja, kita cerita bab makan syok sikit..hehe


Isnin- berbuka di HOMST, rasanya korang pun pernah makan or at least pernah dengar restorant ni kan? For those yang stay in Shah Alam pasti akan pernah ke mari. Kami ke sini sebab my mom balik kampung, saya bukan tak nak masak, tapi adik-adik ajak makan kat luar..


Selasa- berbuka di Serai Thai bersama pelanggan. Menu berbuka yang mudah dijangka sebab itulah signature dish mereka iaitu; Tomyam, Asparagus Goreng, Green Curry Chicken, Kerabu Mangga, Butter Prawn & lastly Ikan Siakap Stim. Tapi yang epiknya, lepas semua orang dah sudah makan & masing-masing nak ke surau untuk solat, barulah Siakap Stim ni sampai..hahaha..

kekecewaan berganda : main dish sampai lambat

Friday, August 12, 2011

Makanan Yang Halal..

Assalamualaikum....,

Bila datang bulan puasa je, pasti ramai yang mencari-cari tempat-tempat best untuk makan. Dalam keghairahan kita menjamu selera di bulan puasa ini, kita seharusnya peka dan lebih berhati-hati dengan tempat makan yang kita kunjungi. Ini kerana terdapat juga sesetengah premis yang sangat glamour ataupun sering kita kunjungi, tapi, rupanya2 tidak mempunyai status HALAL dari JAKIM.


Mengapa kita harus memakan makanan yang halal?

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:  

"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah barang-barang yang bersih daripada apa yang telah kami kurniakan kepada kamu." (Hadis riwayat Muslim)

Makanan yang suci dan bersih akan menjamin kesihatan yang baik. Justeru, di samping memilih makanan berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya perlu ditekankan aspek kebersihan dan kesuciannya dari segi syariat agama.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:  

"Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Saya ada menerima kiriman email dari ofismate yang menyenaraikan tempat-tempat yang tidak diperakui halal oleh JAKIM. Anda lihatlah sendiri samada familiar atau tidak outlet-outlet yang disenaraikan. Mari kita lihat senarai berikut;

Tuesday, June 7, 2011

Mee Ketam Kuala Lumpur

Hi lovely ladies,

Yesterday, Me & my hubby went to Mee Ketam Kuala Lumpur. This restaurant located at Shah Alam Seksyen 7, eventho namanya Mee Ketam Kuala Lumpur tapi lokasinya di Shah Alam. I know about this place pun when my hubby told me, he said keluar kat newspaper kelmarin (Ahad).


Menurut owner, dulu lokasi kat Kampung Baru, sekarang baru pindah ke Shah Alam, sebab tu lah namanya Mee ketam KL..muda lagi ownernya..

I ordered Bihun Sup Ketam, so, this is mine. My hubby order Mee Kuah Ketam but i tak sempat nak snap pic, dia dah makan..so, maaflah ye..hehe

Personally, ok lah rasanya, tak perlu nak ke Penang to get the mee ketam, but i pun tak reti sangat nak menilai. Sebab makan bihun sup ketam, what do u expect, bihun perisa ketam la.. hehe overall, i rate 3/5..

Thursday, May 5, 2011

Sakit perut..

Yesterday, me, Kakak Lawa & Ms Sunshine went to Pyramid for lunch.. punya la semangat sampai ke Pyramid kan.. sebab menurut Ms Sunshine, dia dah lama tak gi sana.. I yang teringin nak makan Pizza Hut 50% (terpengaruh dengan iklan ye kawan2..) telah melobi mereka untuk ke Pizza Hut.. 

Tapi rupa2nya deal utk Wednesday ialah samada ambil personal pizza atau mushroom soup with garlic bread.. I nak kedua2 nya.. huhu (tamak di situ, gara2 tak breakfast..) kerana deal tu tak berapa nak deal..amik set for 1 yang macam biasa aja..then tambah apa2 yang patut..

Lepas kenyang, kami singgah ke store mana yang patut (tak boleh nak reveal semua atas sebab2 tertentu).. sebelum balik, I singgah ke Cinnabon sbb nak rasuah my hubby..hehe beli his fav Classic Roll, I amik yang set minibon sebab ada air skali.. so, I bole amik air dia kan sebab dahaga setelah bjalan2.. 
Minibon Classic Roll fav my hubby

Selepas beli , tanpa berlengah I minum dengan lajunya..tiba2 baru perasan air dia rasa semacam..seakan orange juice yang dah basi..Sebab tak puashati, minum lagi (just to double confirm), then siap bagi Ms Sunshine rasa tu.. punya lah tak percaya dengan diri sendiri.. hehehe 

Pastu Ms Sunshine cakap, "Farah, cam basi je ni..gi la pulang balik, or buang aja..kang sakit perut susah pula...." sebab malas nak kecoh2 kat kaunter tu, I pun buang aja dengan separuh redha.. huuu sebab masa nak beli tu, mamat pekerja tu (mebi Bangladeshi) cam kerek2 aja.. 

I beli pun cepat2 and blah, so malas nak gi komplen..Sebenarnya dengan berbuat demikian I dah menidakkan hak kepenggunaan I, tapi as I said, malas nak kecoh2..so redha jela..

Bila balik rumah, as expected, I sakit perut.. 2x ke WC.. huhu...Then, my dad suruh beli pil chi kit teck aun.. so, ikutkan aja..I ask my hubby beli & makan la.. ok la, pastu dah lega..takde la berulang alik ke bilik kecil dah.. 

Korang penah try pil ni? Rupanya seperti di bawah;


Actually untuk adult, kena makan 1 sachet, tapi sebab I feeling2 budak2..I makan 8 biji aja.. rasa cam jamu2 skit... hehehe

Friday, April 29, 2011

Lunch @ Laman Grill

This afternoon, me & my colleague, 7 of us, went to Laman Grill for lunch.. hmmm not bad.. the ambiance is good, the food are good too..but, the drinks are not so..

kalau perasan, kat sebelah food tu ada tutti frutti nyer bekas kan? yes, we went there 1st, then selambe kodok bawa outside food to this restaurant.. hahaha

here are the pics..

Ms Sunshine punya.. - nama yg panjang siap ada olio chilli, olive tahapa nama tah..

Kakak Lawa punya - Carbonara de Mare

my hubby & cute T punya sama - Lasagna al Forno

Ms Gadget punya - Nama dia apa tah..classy sgt, tapi macam seafood marinara spaghetti

yang paling sedap ni is mine.. - Grilled spring Chicken

After makan2, we boraking n gossipping..then miss waitress tu dtg tanya nak order desserts tak..we said no..then borak lagi bla bla bla..then dia dtg lagi tanya soalan yang sama...nampak no dia nak suh blah kan..hahahaha then, we pun make a move la..

My personal rating : 8/10