Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Friday, February 17, 2012

Hati-hati di jalan raya

Last weekend I kena attend congress, its more like team building la..otw back, kami lalu kat Tol Karak, then, ternampak ada satu kemalangan ni. Actually lori ni tak de langgar mana2 kereta, tapi lori tersebut tersilap masuk ke lorong motorsikal. Akibat dari kejadian tersebut, lori itu telah merempuh pembahagi jalan dan mengalami kerosakan kecil..

Itu je cerita kali ni..tata!

Friday, January 27, 2012

Yang Mana Satu Posisi Tidur Yang Anda Gemari?

Helo,

Ingat nak update pasal meeting haritu..tapi xde mood..so pendam aja la..tengoklah nanti kalau ada mood nak cerita, kita sambung k..

So, lets talk about things that makes you happy..hehe if its wont make you laugh, at least you will smile, believe me..

For those yang ada baby, and co sleep with your baby, surely pernah mengalami salah satu daripada situasi2 berikut;

Posisi ini sangat biasa berlaku, especially bagi bayi yang baru nak lasak..memang sesuai dipanggil H position bukan sahaja sebab ianya sepertimana formasi huruh H, tapi boleh juga diterjemahkan kepada, "Horrible", "Hell" atau "Hey, bila nak pagi ni??"

 Bagi posisi ini pula, pernah tak anda terjaga dari tidur, dan terkejut apabila melihat anak anda sedang terjaga dan merenung ke arah anda..hahaha..mau tak terkejut kan? ingatkan semua org tengah tidur rupa2 nya dia tangah tengok apa anda buat, nak kejutkan mungkin dia takut mengganggu, so, dia dok diam2 sampai anda terjaga sendiri...so posisi ni dipanggil stalker dan sangatlah sesuai kan...

 Pernah tak bila anda terjaga malam untuk ke bilik air, dan bila datang balik, bayi anda dah ambil 'spot' anda..? So, nak tak nak, terpaksalah alihkan (tapi kalau tak sampai hati atau takut bayi terjaga) anda terpaksalah beralah dengan tidur atas sofa..nasiblah..

Akhir sekali, posisi yang dipanggil neck scaft ni..ini juga biasa terjadi kalau bayi anda tidur lasak tahap superhero..mungkin dia nak praktis berenang atas anda atau lebih tepat dia jadi selimut untuk anda..Agak2 dalam cuaca panas kat Malaysia ni anda perlukan neck scaft tak untuk tidur lena? hehe...

Sumber

Sunday, December 4, 2011

Nasi Ayam Mommy Zara

Hi,

Harini berehat kat rumah, sebab tak larat nak ke mana-mana, plan nak ke rumah MIL pun tak jadi. Malam tadi tido sangat awal, sebab kepala berat, husb siap letak tampal koyok kat kepala..hehe

Bila bangun pagi, ok la sikit, dan terasa lapar..Tiba-tiba masa tengah tengok tv pagi tadi dan fikir nak makan apa harini, terfikir pulak, "kalau buat nasi ayam ni best juga.." So, I told my hubby, "awak rajin tak nak gi pasar tani?" dia tanya, "Nak beli apa?" i replied (dengan nada tak berapa confident sebenarnya), "beli barang-barang utk buat nasi ayam.." my hubby tanya balik, "betul ke awak nak masak nasi ayam?" dengan muka berseri, (samada dia gembira wifey nak masak nasi ayam atau dia sebenarnya kurang yakin saya pun tak tahu..) yelah, mana taknya, sejak kawin, ni 1st time saya nak masak nasi ayam sendiri..haha kalau kat umah ma, selalu tolong-tolong aja, bukan tukang masak sepenuhnya..

So, setelah buat list untuk hubby pegi beli kat pasar tani, atau pasaraya, saya bagi baby makan dulu, mandikan dia, bagi susu & tidokan dia..sebab senang nak masak kalau si kecil ni tido kan..Lepas tu, ke dapur siap2kan apa yang ada dulu..

Sementara tu sempat juga google resepi dan call ma..hehe..Bila husb balik, dia terus cuci ayam (bab-bab ni memang serah pada husb hehe), then rebus ayam dulu. Apakata saya bagi resepi sekali, senangkan, lain kali kalau nak buat lagi, boleh refer sini..hehe  
nasi ayam mommy..

Wednesday, November 2, 2011

Menangani Stress

Hi Lovelies,

Tadi kat ofis ada program OSHE, so ada lah berbagai aktiviti. Antaranya ada kaunter jualan, kaunter kesihatan untuk check darah, check mata, telinga, semua lah..dan ada juga talk..tadi saya join dengar talk menangani stress..boleh disimpulkan, kita kena berfikir positif untuk mengelakkan stress.. di sini saya nak kongsikan 1 email kiriman kawan saya yang berkaitan dengan stress...saya copy paste aje ye..
--------------------------------

Anda sedang stress..???

Mahu hilangkan stress.. ??

Baca tulisan orang stress berikut ini, yg menceritakan seorang yang Stress!!!

"Pak Mat pemandu teksi menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tiba2 gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat menghantarnya ke Hospital.

Pak Mat sedikit Stress!

Sampai di Hospital doktor mengatakan bahwa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahwa dia bukan ayah dari bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Matlah ayah bayi itu.
Pak Mat bertambah Stress!!

Pak Mat  meminta test DNA untuk membuktikan bahwa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.

Pak Mat semakin Stress!!!

Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahwa Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah.

Sekarang Pak Mat benar2 STRESS!!!!:D

Tuesday, March 29, 2011

Alasan camni pun ada...?

Tadi, sebelum keluar lunch, I tunggu my hubby kat tangga, then kat situ ada 2 orang lelaki sedang merokok. Basically they are my colleague. Kita namakan lelaki A sebagai Abang Doze & lelaki B sebagai Ironman.

Abg Doze  : Skg ni Abg Doze isap rokok 3 btg je sehari.

Me            : Sebelum ni berapa batang?

Abg Doze  : Hah, sebelum ni setengah kotak sehari.

Me            : Then, nape kurangkan? Sebab harga rokok dah mahal?

Abg Doze ni memang perangai dia taknak kalah, so dengan confident nya dia jawab;

Ang Doze  : Eh, takde lah, sebab dah sakit, bukan sebab mahal. Dulu abg isap rokok Perilis je, murah, baru RM 4.++ lebih sekotak, tapi sejak harga rokok Danhell naik sepuluh ringgit, abg tukar isap rokok sepuluh ringgit tu..

Cerita Abg Doze dengan muka bangga. So, I tanya la balik..

Me            : Kenapa?

Abg Doze  : Sebab senang, kalau gi kedai, bagi sepuluh ringgit dah tak payah ambik baki. 

(Dalam hati, lohh, orang macamni pun ada??) Ironman yang dari tadi diam & dengar je perbualan kami tersengih - sengih cam kerang busuk. Mebi dalam hati dia kata "hah amik ko, tanya sangat soklan2 cepumas".

Monday, March 14, 2011

Tennis Court – the highest in the world?

This is one of those real things that at first seems too amazing to believe until you do a little research to confirm that it is in fact a real Tennis Court – the highest in the world.  The Burj-al-Arab is one of the world’s most luxurious and spectacular hotels.   Rooms are $2000 per night unless you opt for a top suite where you can expect to pay some $28,000 per night.
The helipad at the top of the hotel was turned into a tennis court for Andre Agassi and Roger Federer when they were visiting for the Dubai Open.  
tak gayat ke?

tinggi tu..cm menara pucuk rebung pun ada gak..

eh bola encik terjatuh...