Harap maaf kerana sehari dua ni blog ini menjadi medan luahan perasaan saya. Maaf agak emosi di situ. ok, kita akan tukar mood kita kepada happy happy joy joy ye kawan2..
Setelah mendapat suntikan semangat dari seseorg yang berwibawa, saya memutuskan untuk bekerja dengan penuh bersemangat, gembira, ikhlas & jujur. Saya memang bersemangat kerana baru minum coffee. hehehe..
Wah kalau dalam ofis ada satu tangki coffee camni kan best ni..
Coffee make my day, sehingga dua hari lepas saya bermimpi seseorg memberi saya 2 paket kopi tenom kamu tahu..Serius? ye, saya tak tipu..
Harini walaupun masih tak berapa sihat tapi gagahkan diri juga ke ofis, untuk tunjuk muka. Kalau ikutkan, bangun pagi tadi kepala sangat berat bagai ada batu. Dah beberapa kali bangun, cuba untuk menggolekkan diri di atas katil, lengah2 kan masa, sehingga ditegur untuk bangun dan bersiap. Haih..
Bila dah siap, hari masih awal, masih sempat lagi ke McD untuk guna kupon percuma.Kali ni percuma sausage mc muffin with egg. Yang penting nak minum kopi. I need coffee..! Bila beratur, max seorg boleh guna 3 kupon, so memang 3 kupon la saya guna. 1 untuk saya, 1 untuk ibu dan 1 untuk bapa.
Bila sampai ofis, semua org sibuk bfast untuk pergi event. Biarlah.. Saya tunjuk MC slip kat my big bos. In case dia tak percaya. Patutnya terus balik. Tapi ada kerja pulak nak siapkan. Kerja dah siap..!
Then Kakak Lawa tunjuk email dari bos dia. Ada perkara tak best berkaitan saya di situ. Saya rasa sungguh bengang tapi bila sakit, bengang itu tak terasa sangat, sebab kurang tenaga barangkali. Mungkin kalau kita tengah sihat dan bertenaga bengang itu lebih terasa.
Dah lama tak update kamu tahu..ye, sila lihat last post pun 5hb. Saya sangat sibuk kebelakangan ini dan hari ini saya tidak sihat. Dapat MC dengan harapan dapat berehat di rumah tapi tel asik berdering. Rasa hari ini deringan yang agak menjengkelkan bikin sakit telinga. Ye, saya sakit telinga sebab doktor kata tonsil saya bengkak dan buat telinga berasa lebih sakit.
Doktor cuma bagi MC 1 hari dulu dengan harapan saya sembuh esok, boleh bekerja semula. Tapi esok saya ada event. Rasa nak cakap kat doktor utk bagi lagi 1 hari cuti sebab saya ada outdoor event, tapi sebab sakit tekak & mulut rasa berat untuk cakap. Nampaknya terpaksalah pergi event esok.
Saya harap saya tak akan menjadi penyebab virus selsema spread bila sama - sama naik kereta dengan team member. Itulah teamwork, sakit, biar sama sakit. Jangan salahkan saya, tapi cuba tanya bos. Sebab dia amat mementingkan teamwork, itulah jawapan dia apabila saya tanya minta pelepasan dari event ini yang telah ditolak permintaan olehnya.