Friday, February 17, 2012

Hati-hati di jalan raya

Last weekend I kena attend congress, its more like team building la..otw back, kami lalu kat Tol Karak, then, ternampak ada satu kemalangan ni. Actually lori ni tak de langgar mana2 kereta, tapi lori tersebut tersilap masuk ke lorong motorsikal. Akibat dari kejadian tersebut, lori itu telah merempuh pembahagi jalan dan mengalami kerosakan kecil..

Itu je cerita kali ni..tata!

Wednesday, February 8, 2012

Edisi Peram: It's My Bday... :)

Heloooo…,

Ok, setelah memeram penulisan ini dengan agak lama, saya ambil kesempatan utk habiskan jugak apa yang nak dicerita mengenai sambutan Hari Lahirku..yeay!!

Actually my bday dah lepas pun last month..memandangkan I dah request to pergi somewhere yg agak dekat, so this time around we decided to go to Morib Gold Coast aja..senang, sebab nak pergi overnight 1 hari aja, kalau pergi jauh2 penat masa traveling je..Pernah ke sana? ini adalah tempatnya..

Zara sibuk tengok org mandi kat swimming pool
So, browse la pasal morib gold coast ni..utk bday, they have bday promo rate.. but, u hv to book online and kena book guna nama org yg sambut bday tu..sbb dia akan validate the ic/passport..ok juga amik promo rate ni sbb agak menjimatkan, sebab harganya Cuma RM200 instead of publish price of RM400.   

Besides, dpt free bday cake (kek biasa je, sekadar syarat..), drinks, bday gift & bday cert..oops, cert? biar benar..? yupp..coz they want to thank us to participate in their activities to be a part of Malaysia Book of Records. 


So, inilah yg I dapat pada mlm tu..okla kan..better than nothing..utk bday, if dapat hadiah sebesar siput pun kite akan rasa terharu..sbb itu adalah our special day..tak gitu..? utk hadiah teddy bear tu agak special juga la, (they claimed the gift worth RM99) sebab ada kipas yg ada LED..bila picit tangan teddy kipas pusing2 dan LED tu nyala "HAPPY BIRTHDAY TO YOU" and "I WISH U A HAPPY DAY"..so sweet...



Esoknya, adalah aktiviti mandi manda..Since tempat ni ada theme park, so wajib la bawa Zara mandi kan..biasala..budak2..walaupun theme parknya takde la segah mana, tapi, ok la untuk kanak2, lagi pun tak ramai org pun mandi..dan tempat ni masih baru, so permainan dan keadaan theme parknya masih baru dan bersih...


Monday, January 30, 2012

Slowpoke: clothes that poke the eye

Selamat petang,

Semalam saya ke communication talk..lepas tu Prof tu ada sebut pasal incident ‘clothes that poke the eyes’, dalam hati tertanya2 jugalah apa kes ni..sure jadi viral kat internet n fb tapi saya tak tahu..agak ketingggalan di situ..so, harini, saya google la apa kes..Rupanya betul2..memang menjadi viral kat internet pasal kes ni, untuk yang ambil tahu..yg tak ambil tahu mcm saya ni memang sampai la ni la tak tahu..

Untuk yang nak tahu lebih lanjut boleh klik sini dan  sini. Memang agak memalukan bagi sebuah laman web kementerian apabila mereka menggunakan translation hanya dengan menggunakan google translate. Ianya adalah sesuatu yg tidak wajar dan seharusnya dipandang berat kerana ia mencerminkan imej negara dan imej kementerian itu sendiri khususnya..

Pengalaman sendiri, saya tidak pernah menggunakan google translate untuk tugas2 rasmi, Cuma pernah main2 dengan google translate kerana ingin melihat jawapan yang kelakar. Apa guna kita mempunyai banyak syarikat swasta mahupun badan2 yang boleh melakukan kerja2 terjemahan tapi tidak digunakan. Saya pasti Institut Terjemahan Negara Malaysia tidak keberatan untuk melakukan tugas ini.

Janganlah sampai maruah negara dikotak katikkan oleh rakyatnya sendiri, lebih2 lagi, orang luar, seperti yang dilapurkan dalam The Wall Street Journal..Tapi kementerian tersebut sedang berusaha menangani masalah ini apabila mereka telah remove English version dan tinggallah versi Bahasa Melayu sahaja untuk laman web meraka...



p/s: Boleh klik sini utk cerita yang berkaitan.