Thursday, May 5, 2011

Sakit perut..

Yesterday, me, Kakak Lawa & Ms Sunshine went to Pyramid for lunch.. punya la semangat sampai ke Pyramid kan.. sebab menurut Ms Sunshine, dia dah lama tak gi sana.. I yang teringin nak makan Pizza Hut 50% (terpengaruh dengan iklan ye kawan2..) telah melobi mereka untuk ke Pizza Hut.. 

Tapi rupa2nya deal utk Wednesday ialah samada ambil personal pizza atau mushroom soup with garlic bread.. I nak kedua2 nya.. huhu (tamak di situ, gara2 tak breakfast..) kerana deal tu tak berapa nak deal..amik set for 1 yang macam biasa aja..then tambah apa2 yang patut..

Lepas kenyang, kami singgah ke store mana yang patut (tak boleh nak reveal semua atas sebab2 tertentu).. sebelum balik, I singgah ke Cinnabon sbb nak rasuah my hubby..hehe beli his fav Classic Roll, I amik yang set minibon sebab ada air skali.. so, I bole amik air dia kan sebab dahaga setelah bjalan2.. 
Minibon Classic Roll fav my hubby

Selepas beli , tanpa berlengah I minum dengan lajunya..tiba2 baru perasan air dia rasa semacam..seakan orange juice yang dah basi..Sebab tak puashati, minum lagi (just to double confirm), then siap bagi Ms Sunshine rasa tu.. punya lah tak percaya dengan diri sendiri.. hehehe 

Pastu Ms Sunshine cakap, "Farah, cam basi je ni..gi la pulang balik, or buang aja..kang sakit perut susah pula...." sebab malas nak kecoh2 kat kaunter tu, I pun buang aja dengan separuh redha.. huuu sebab masa nak beli tu, mamat pekerja tu (mebi Bangladeshi) cam kerek2 aja.. 

I beli pun cepat2 and blah, so malas nak gi komplen..Sebenarnya dengan berbuat demikian I dah menidakkan hak kepenggunaan I, tapi as I said, malas nak kecoh2..so redha jela..

Bila balik rumah, as expected, I sakit perut.. 2x ke WC.. huhu...Then, my dad suruh beli pil chi kit teck aun.. so, ikutkan aja..I ask my hubby beli & makan la.. ok la, pastu dah lega..takde la berulang alik ke bilik kecil dah.. 

Korang penah try pil ni? Rupanya seperti di bawah;


Actually untuk adult, kena makan 1 sachet, tapi sebab I feeling2 budak2..I makan 8 biji aja.. rasa cam jamu2 skit... hehehe

No comments:

Post a Comment