Pagi tadi, sambil siap2 nak ke ofis, bukak TV9, memang tiap-tiap pagi gitu, bukak tv9 untuk dengar Tanyalah Ustaz. Dalam pada dok siap-siap tu, dapat tangkap Ustaz tu cakap, "Dahulu, bangsa Korea sebenarnya perangai mereka kasar-kasar, tapi mereka menggunakan filem & media massa untuk mengubah cara hidup mereka. Maka wujudlah cerita-cerita romantik seperti Winter Sonata dan drama-drama romantik yang lain. Mulanya, masyarakat mereka tak dapat terima, tapi setelah 10 ke 15 tahun selepas itu, perkara tersebut menjadi sebahagian dari cara hidup mereka. Tapi, di Malaysia ni, sekarang kalau diperhatikan, semua pakat nak buat cerita gangster, cerita ganas-ganas, secara tak lansung ianya juga mendidik masyarakat kita ke arah itu.." lebih kurang camtu la ayat Ustaz tu tadi.
Sebenarnya, bukan senang untuk membentuk akhlak yang mulia. Ianya haruslah bermula dari rumah, dan memerlukan pendekatan menyeluruh. Maksudnya, walaupun ibu bapa itu sudah mendidik anak-anak mereka dengan baik, tapi di luar rumah, banyak anasir-anasir lain yang boleh mempengaruhi mereka, samada kawan-kawan, masyarakat, atau melalui kecanggihan teknologi internet masa kini. Tidak lagi termasuk hiburan yang berlebihan. Masya Allah, banyak sungguh cabaran dalam membentuk & mendidik anak-anak sekarang.. Semoga Allah melindungi kita..Amin.
No comments:
Post a Comment