Sungguh kesian rasanya
Bila hanya kamu yang bercakap
Tapi orang lain diam membisu
Bukan tidak mendengar, bukan tidak memahami
Tapi tak ambil peduli..
Sungguh kesian rasanya
Pabila kau kecewa dengan keadaan sekelilingmu
Tapi tiada siapa dapat membantu
Bukan kerana mereka tidak mahu
Tapi kamu bantulah dirimu dahulu..
Sungguh kesian rasanya
Pabila kau mahu menunjukkan kuasa
Tapi orang sekelilingmu tidak gentar pula
Malah mereka mengkritik kamu
Kerana cuba berlagak tak kena waktu..
Sungguh kesian rasanya
Jika kau tidak tahu apa arah tujumu
Kerana kompas kamu tiada lagi di sisi
Perlukah kamu kompas yang baru?
Atau kau sudah ketahui apakah arah tujumu?
Aku harap, diriku tidak akan sampai ke tahap mu
Di mana tidak aku sedari haruskan aku dikasihani...
Maafkan aku kerana aku tidak mampu memberitahumu
Hanya mampu bermonolog di sini & mendedikasi..
No comments:
Post a Comment