Sunday, December 4, 2011

Nasi Ayam Mommy Zara

Hi,

Harini berehat kat rumah, sebab tak larat nak ke mana-mana, plan nak ke rumah MIL pun tak jadi. Malam tadi tido sangat awal, sebab kepala berat, husb siap letak tampal koyok kat kepala..hehe

Bila bangun pagi, ok la sikit, dan terasa lapar..Tiba-tiba masa tengah tengok tv pagi tadi dan fikir nak makan apa harini, terfikir pulak, "kalau buat nasi ayam ni best juga.." So, I told my hubby, "awak rajin tak nak gi pasar tani?" dia tanya, "Nak beli apa?" i replied (dengan nada tak berapa confident sebenarnya), "beli barang-barang utk buat nasi ayam.." my hubby tanya balik, "betul ke awak nak masak nasi ayam?" dengan muka berseri, (samada dia gembira wifey nak masak nasi ayam atau dia sebenarnya kurang yakin saya pun tak tahu..) yelah, mana taknya, sejak kawin, ni 1st time saya nak masak nasi ayam sendiri..haha kalau kat umah ma, selalu tolong-tolong aja, bukan tukang masak sepenuhnya..

So, setelah buat list untuk hubby pegi beli kat pasar tani, atau pasaraya, saya bagi baby makan dulu, mandikan dia, bagi susu & tidokan dia..sebab senang nak masak kalau si kecil ni tido kan..Lepas tu, ke dapur siap2kan apa yang ada dulu..

Sementara tu sempat juga google resepi dan call ma..hehe..Bila husb balik, dia terus cuci ayam (bab-bab ni memang serah pada husb hehe), then rebus ayam dulu. Apakata saya bagi resepi sekali, senangkan, lain kali kalau nak buat lagi, boleh refer sini..hehe  
nasi ayam mommy..

Friday, December 2, 2011

Jalan-jalan @IOI Mall

Hello,

Tadi petang after lunch kami ke Puchong sebab ada hal sikit pasal rumah. Bila dah setttle hal yang kami nak uruskan tu, kami singgah ke IOI Mall Puchong. Masuk-masuk je kat Centre Court tu nampak carousel (mainan marry go round) sempena Christmas. Zara bila dah nampak kuda-kuda tu excited la nak naik, so mommy beli tiket dulu, murah aja RM2. Mommy boleh naik sekali teman Zara tapi orang tu pesan mommy tak boleh duduk sekali, berdiri je kat sebelah..haha belasah la, mommy bukan nak main pun, nak jaga Zara je..


excited nak babai-babai orang lalu lalang
Zara dalam perut Doraemon

Thursday, December 1, 2011

Zara Jalan-jalan @Funfair

Last 2 days, kami lalu kat area stadium Shah Alam, nampak ada funfair, then daddy said,"Zara, malam nanti kite datang funfair ni ye, sekarang hujan.." Zara yang duk diam dalam kereta terus mulut terkumat kamit tanda excited.

Zara cuak bila kuda tu bukak mulut..
Then, bila malam, daddy teringin nak makan bawal, but donno where. Then, I suggest to go to KJ, @Shoru. Kat situ ada bawal goreng. So, we went there. Bila dah kenyang, otw balik Zara diam aja macam nak tdo, then mommy said, "Oh, Zara dah nak tido ke? Mommy baru ingat nak bawa pergi.." belum habis ayat lagi Zara dah berdiri and buat bising (macam dia buat masa lalu sebelah funfair tadi). Budak-budak kite tak boleh bagi janji palsu (atau tipu), nanti dia ingat tipu tu tak pe, so nanti dia pun akanbuat perkara yang sama.


mommy pun terjebak sekali

Zara taknak turun, nasib baik hanya kami je penumpang tren tu