Wednesday, March 9, 2011

Adakah Anda Disenangi?

Sebagai manusia biasa, kita memang memerlukan & ingin rasa diperlukan, bukan sahaja dalam ikatan percintaan, kekeluargaan tetapi juga persahabatan dengan orang disekeliling kita. Kadang kala kita terlupa, walaupun kita kelihatan mempunyai ramai kawan, adakah kita betul - betul disenangi oleh orang di sekeliling kita?

Oleh kerana kita sudah terbiasa dengan mereka, mungkin kita menganggap mereka benar - benar memahami kita sehingga membenarkan kelakuan di luar batasan. Kita sering mengambil mudah, "alah, gurau sikit takpe, bukan diorg tak paham, aku main - main je.." Tapi, dengan 'gurauan' yang berlebihan juga boleh menyebabkan orang terasa hati atau menganggap anda seorang yang 'annoying'.

Bagaimana nak tahu anda ni 'annoying' atau tidak? Berikut tanda - tanda adakah anda sudah dicap sebagai seorang yang menjengkelkan;
  1. Bila anda datang, mereka yang tangah bergelak ketawa terus terdiam & memandang anda serentak - ini memberi isyarat dlm hati mereka berkata "hey, buatpe ko dtg, org baru nak hepi2 without u.."
  2. Bila anda datang & bertanya soalan, berpatah2 yang anda tanya, mereka jawab sepatah dua sambil pura - pura sibuk (check email/ main hp/ tengok kuku dsb)
  3. Bila anda nak mengkhabarkan sesuatu perkara, mereka dengan laju memintas, "oh, dah tau dah.." atau " haah, i dah penah pegi sana".. kire potong stim untuk anda nak cerita dgn lebih lanjut.
  4. Bila anda mengadu anda sibuk atau berjaya lakukan sesuatu yang baru, mereka akan menjawab, " ala, tu pun nak kecoh, arang lain lagi sibuk kot.."
  5. Anda mengadu lapar, nak ajak mereka lunch, mereka pura - pura malas nak keluar, bila anda duduk di tempat anda, mereka senyap - senyap keluar makan.
So, kalau ada tanda - tanda berikut, ketahuilah, bahawa anda bukan lagi favourite mereka. Mereka lebih tenang tanpa anda datang menyertai mereka. Oleh itu, anda perlu muhasabah, "apa yang telah anda lakukan?" Barangkali, mungkin anda terlalu banyak cakap & masanya untuk banyak berfikir lebih dari bercakap. 

Mungkin juga anda sering menyakiti hati mereka tanpa anda sedari atau anda 'serba tahu' atau 'terlalu bagus' di depan mereka. Sebelum kita diadili dengan pengadilan yang melukakan, eloklah kita mengadili diri kita dahulu agar masih belum terlambat untuk berubah. Renung2kan, selamat beramal... :)

2 comments:

  1. tp macam mane kalo mereka tu sendri yg mmg bermasalah? cube ulas sikit dr.No extra..haha..

    ReplyDelete
  2. so, takyah join la org yg bermasalah tu..buat sakit otak je kan..

    ReplyDelete