Manusia ni ada pelbagai karektor. Ada yang sangat boros tidak kurang juga ada yang bijak berbelanja. Biasanya orang yang bijak berbelanja ni boleh juga dikaitkan dengan anti-sosial pada waktu - waktu tertentu. Kita namakan saja org yang bijak berbelanja ini sebagai obb.
Sebagai contoh, pada masa dapat kenaikan pangkat, mendapat bonus atau apa - apa sahaja durian runtuh, si obb akan pura - pura busy, atau memberi seribu alasan apabila orang ajak lepak atau keluar makan.Reaksi mereka sangatlah sama seperti orang anti sosial. Namun, bila musim perbincangan durian runtuh itu dah reda, barulah mereka bersosial kembali. Tak ke bijak tu?
Obb dalam sesetengah situasi boleh juga di kategorikan sebagai kedekut. Mereka ini kadang - kadang tidak tahu mereka dikategorikan sebagai kedekut, mungkin mereka sebenarnya tidak gentlemen enough sehingga kita merasakan mereka kedekut. Antaranya, sekiranya nak keluar lunch sama - sama dari ofis, masing - masing tak nak drive, walaupun dia seorang lelaki, tanpa rasa bersalah dia membiarkan si wanita yang memandu. Bijak kan..?
Ok lah, harap - harapnya kita semua tak jadi obb tahap kritikal sebab agak tak best bila dilabel macamtu. Berbelanja secara berhemah tidak salah, tapi janganlah berkira sangat. Lagipun, tak bankrup pun kalau kita jadi seorang yang pemurah, lagi bertambah rezeki adalah. Oklah, untuk itu, selamat beramal....
camne nak beze org yg kedekut ngn obb ek?
ReplyDeletesebenarnya sama je..tp takut ada org sentap kalo straight to the point..hahahahha
ReplyDelete