Monday, April 18, 2011

Maafkan saya tak sengaja..

Lately kerja sangat banyak dengan event/ meeting yang berderet..Wah, exaggerate lebih kamu. Manader event banyak sangat, 1 seminggu saja, tapi meeting memang kerap dengan pelbagai kes. Kerana kerja yang banyak menuntut segalanya dilakukan dengan pantas.

Biasalah, kalau dah nak cepat tu, mood pun kadang2 tak berapa nak bagus. Sebab kadang2 kita tak boleh deliver bukan kerana kita, tetapi kerana pihak lain yang tak respon. Hhmm bukanlah nak nak jadi macam cerita bangau oh bangau, tapi memang hakikat. Mana ada orang yang boleh buat semua kerja sendiri. Sebab tu setiap company ada divisionnya sendiri kan...

Saya amat tidak suka bila orang buat kerja sekadar melepas batuk ditangga. So, bila ada yang kena tegur, ada pula yang terasa. Saya nak minta maaf. Saya tak sengaja.. Bukan nak marah, tapi, be responsible ok.

Datang kerja kenalah buat kerja betul-betul supaya rezeki yang kita bawa pulang adalah rezeki yang halal lagi diberkati. Ini juga adalah reminder untuk diri sendiri. Sama-samalah kita bekerja sambil beramal.
Selamat Beramal.. :)


No comments:

Post a Comment