Thursday, April 21, 2011

Marilah Kita Saling Memaafi..

Kan beberapa hari lalu saya ada cerita seseorang terasa kerana ditegur. Yelah, dia lebih berumur, hati pun agak sensitif. Sebab itu saya rasa amat bersalah, walaupun niat saya hanya untuk menegur..

Sebab saya rasa bersalah.. Semalam, berkesempatan duduk semeja, saya dengan rendah hati minta maaf. Dia pun akui ada misscommunication di situ.Bukan salah kami berdua, rupanya seseorang yang bertanggungjawab..tapi orang tersebut buat selambe dekk jer.. Boleh??

Saya tak suka hal berlarutan, after all, akan tengok muka hari2 juga..cukup2lah dengan apa yang berlaku...

So saya rasa lega kamu tahu..kan senang, settle depan2..decision yang sungguh matang.. i'm proud of u F..!


Islam juga menganjurkan kita untuk saling memaafi seperti terdapat dalam ayat 22 daripada Surah al-Nur yang bermaksud:

“Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabat, orang yang miskin dan orang yang berhijrah di jalan Allah, hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Kita perlulah mencontohi sifat Rasulullah yang bersabar, tahan marah serta memaafkan musuh. Untuk mendapat gambaran dan contoh dengan lebih lanjut, sila klik sini.

Ini adalah peringatan untuk diri sendiri supaya saya tidak leka. Sama- samalah kita saling ingat mengingatkan. Selamat Beramal..! :)

No comments:

Post a Comment