Kalau dah namanya lelaki, memang tak dapat dipisahkan dari kereta. Kalau dah ada kereta tu, sayang sangatlah dekat kereta lebih dari sayangkan bini. Cuba korang tengok suami atau boyfren korang kalau tak caye. Kita bagi contoh situasi begini;
1. Cili keropok lekor yang korang beli kat pasar malam tertumpah atas korang, dan terkena kereta. Reaksi: "eh, abislah kusyen kereta saya ni...awak ni makan betul2 lah, mata letak kat mana..." ada ke patut, patutnya risaulah sikit kat awek you all tu, kang kepedasan pulak kat celah kangkang tu tertumpah cili kan..ini tak, kereta tu lagi penting ok..inilah dikatakan, kereta lagi penting dari nyawa manusia..
2. Isteri tengah mengandung loya-loya dan muntah. "Abang, saya muntah ni dalam kereta.." Reaksi : "issh..kereta saya macamna? Kena tak?" Ni satu lagi reaksi yang kurang sopan, tak kesian ke kat bini tu, masa sedap sama2, bila sengsara, sorang2 siap kena marah lagi...
3. Isteri/ awek pinjam kereta pegi kedai, sekali tergesel dengan motor. Reaksi " ishhh, tengok ni, calar dah kereta saya, lepas ni satu hal pulak nak pegi wax ke apa hilangkan kesan..!" hmmm ni pun satu, bukan nak risau keselamatan isteri/ awek tu, tapi nak marah2...
p/s: Ada banyak lagi contoh tapi tak leh nak bagi banyak2 nanti saya plak yang jadi emo.. Nanti emo plak kaum lelaki baca ni..
Saba je la~
ReplyDelete