Sebenarnya banyak perkara yang berlaku lately tapi tiada masa & juga tiada mood untuk update. Saya juga hampir terlupa memiliki blog untuk bermonolog ini. Entry kali ini didedicatekan kepada Miss Gadget. Dia telah meninggalkan co ini dan menyertai syarikat lain yang membeli beliau dengan 3 bulan gaji.. Sungguh dahsyat bukan?! itulah dikatakan, TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MANUSIA SIAPA YANG TAHU..Ye, hanya ALLAH sahaja yang tahu..Saya berharap rumput di sana lebih hijau untuk Miss Gadget.. Selamat berjaya & semoga tak lupa kami di sini..
Di entri ini juga saya ingin menceritakan rasa kecewa kepada cik gedebab. Cik gedebab ni trade mark dia berlari berdebab debab hingga menggegarkan kawasan sekitar dalam radius 10-20 meter. Minggu lalu, saya pergi cafe, cik gedebab berada di sana sedang minum di satu sudut bersama beberapa teman yg lain. Salah seorg dari teman tadi mengajak saya join sekali, bila saya melabuhkan punggung di sana, cik gedebab dengan pantas bangun meninggalkan meja tersebut, meninggalkan minuman yang masih belum di minum. Saya tak pernah buat salah pada dia, in fact jarang bercakap dengan dia. kenapa dia tiada adab? Mungkin dia tidak sedar perlakuan dia buat kami semua perasan & tertanya, tapi mungkin dia tak kisah & tak perasan pun kalau itu menjadi satu isu... Benarlah, zaman sekarang sungguh payah nak cari org beradab sopan..
No comments:
Post a Comment