Tuesday, November 15, 2011

Pesan Teman..

Sekadar berkongsi, sekarang saya amat sibuk, dalam kesibukan ni hati terasa ralat juga, bukan ralat sebab apa, tapi ralat sebab terasa komunikasi saya dengan orang sekeliling semakin hambar. Tak tahulah dek penangan teknologi yg makin canggih, komunikasi hanya di hujung jari atau nilai-nilai kemanusiaan semakin hilang dalam paradaban manusia hari ini.

Saya juga seorang yang sensitif, tapi kadang-kadang terpaksa buat dek dengan perasaan terasa tu sebab dah besar panjang ni siapa lah yang nak ambil kisah sangat. Masing-masing buat hal sendiri aja, masing-masing pun sibuk, sampaikan kadang-kadang memang tak sempat nak bertanya khabar pun..

Saya ada berborak dengan seorang teman, teman yang amat baik saya kira, sebab dia juga sesuai untuk saya jadikan motivator bila diri merasakan kurangnya motivasi. Saya berkongsi rasa dengannya mengenai perasaan ini, yang kadang-kadang buat saya sedih sebab seolah kehilangan kawan walaupun mereka berada di depan mata.

Dia menjawab, "para sahabat zaman Rasulullah s.a.w jika mahu bertemu/berkawan dgn seseorg...mereka akan consider - adakah aku akan bisa mendapatkan 'apa2 bekalan akhirat' dr si fulan itu?"

Setelah mendengar jawapan dari teman ini, membuat saya terfikir seketika.. dan dia menambah, " Kadangkala Allah menguji kita di dalam satu perhubungan (samada suami isteri/keluarga atau kawan2) kerana Allah merindui kita. Dengan itu, kita akan mendekatkan diri kita kepada Allah, banyakkan lah berzikir & mendekatkan diri dengan Nya kerana Dia merindui kau Farah.."

Saya memang terkelu dengan nasihat ini, dan memang betul, manusia akan mengingati Tuhannya pabila mereka dalam masalah/ kesedihan. Terima kasih sahabatku kerana kau mengingatkan aku yang kealpaan ini..

4 comments:

  1. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."

    (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

    Kesimpulan Hadis:

    1- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa.

    2- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut

    ReplyDelete
  2. "Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).

    ReplyDelete
  3. Ingatlah Farah...sentiasa bersangka baik kepada Allah.

    Walau dalam keadaan yang baik atau musibah. Kerana, istimewanya ummat Islam ini, setiap perkara boleh menjadi hikmah dan ibadah pada mereka-mereka yang sabar dan berfikir. Jika tidak, ianya kekal sebagai musibah :)

    Semoga apa yang kau rencanakan seiring dengan apa yang Allah rencanakan untuk kau :)

    Maassalam.

    ReplyDelete
  4. TQ CJ,
    really appreciate ur advice. insya Allah.. :)

    ReplyDelete