Tadi saya dan 3 orang kawan pergi lunch kat 1 restoran ni. Restoran ni baru beroperasi semula minggu ini, bukan tutup sebab kena tindakan undang-undang sebab dapur kotor atau apa, tapi tutup untuk renovation. Dulu, kedai dia 1 pintu aja, bila maju dia ambil kedai sebelah, so extend jadi 2 pintu. Now, dah jadi 3 pintu..betul-betul masyuk kan.. Ramai pelanggan tetap.. Lauk-pauk makan tengahari kat kedai ni memang banyak, lebih la dari 20 jenis lauk. Rasa masakan dia pun ok, sedaplah juga, sebab tu ramai pelanggan. Tapi sejak kedai dia 'upgrade' ni, rasanya harga pun agak 'upgrade' juga..hehe
Tapi sebenarnya ada tips macamana nak makan dengan harga yang berbaloi.Untuk makan di kedai makan, ada beberapa tips yang perlu kita ketahui. Ini bukanlah cara menipu, tak baik menipu sebab makan makanan yang dicuri itu tak berkat, haram hukumnya bila menjadi darah daging. So, kita boleh cuba cara seperti beikut; iaitu dengan mengenalpasti cara tuan kedai mengira harga makanan. (boleh dipraktikkan kalau dah biasa makan kat kedai tu, kalau 1st time, kire nasiblah)
1) dengan mengira portion yang korang ambil -sikit atau banyak
kalau tuan kedai kire ikut portion yg korang ambil sbg cth sambal udang 2 ekor- 30 sen, ulam kacang panjang 2 batang- 20 sen, lala sweet sour 4 biji- 40 sen, so boleh lah korang ambil banyak lauk sehingga 10 jenis sekalipun. Takde hal, masih murah.
2) dengan mengira berapa jenis lauk yang anda ambil
Kalau tuan kedai guna cara perkiraan yg no 2 ni, better korang pikir betul-betul lauk apa yg korang nak sangat2 makan, dan ambil sesuatu jenis lauk tu dalam amaun yang besar/banyak terus. Sbg contoh, ambil sambal udang sesenduk dia charge 3.00, so kalau ambil seciput pun, dia charge sama, better ambik banyak terus kan.. Kalau nak lagi jimat, kalau pergi makan berdua (couple yg nak jimat bajet) sorang ambil 2 jenis lauk je, pastu lepas bayar, si boyfren bagi la sikit sambal udang kat si gilpren..hehe tukar2 lauk..mesra gitu..haha
3) membuat bayaran pada waktu sesuai
Ada kedai yang lepas kite ambil lauk, kena pergi bayar kat kaunter dulu, then baru boleh makan. Siap ada tampal signage "SILA BAYAR SEBELUM MAKAN". So, kalau kedai macamni, korang ikut lah tips no 1 & 2 kat atas. Tapi kalau kedai yang bila kite nak gi bayar tuan kedai siap cakap, "takpe2, makan dulu, nanti saya datang kire" kalau stail yg macamni, mostly cara perkiraan dia jatuh kepada situasi no 2. Sebab, dia suruh kite makan dulu, dah makan separuh, or kadang2 dah habis, baru tuan kedai terhegeh2 nak kire, so normally dia akan pukul rata harga ikut berapa jenis lauk yg anda ambil. Oleh itu, ikutlah nasihat no 2. Tapi kalau nak tuan kedai tu ikut stail no 1, panggil tukang kire tu sebelum makan, so, kalo korang ambil portion yg sikit, dia nampak sebelum anda makan.. hehe
Harap anda semua faham lah apa yang saya cuba sampaikan ni yer..hehe.. saje dok merepek..ok, tata!
No comments:
Post a Comment