Sunday, July 17, 2011

Kuching Trip part 1

Biarpun post ini agak lama dan berhabuk, still, I nak share on my last trip to Kuching. We went there (we as me, my hubby & my lil princess) on 26 - 28 June 2011, exactly 1 week before Rainforest World Music Festival 2011 in Sarawak. Actually sangat teringin nak pergi RWMF ni tapi memandangkan kami ada budak kecik, so sangat tak sesuai dengan keadaan semasa. Kalau nak tahu apa bestnya pasal RWMF ni, boleh klik kat sini atau kat sini

26 June 2011


Flight pukul 9.45am, sampai di sana lebih kurang pukul 11.30am. Sesampai di sana, my BIL datang jemput dan terus bawa kami ke Pasar Satok. tiba di sana lebih kurang pukul 12, peniaga2 baju khususnya sedang kemas2 untuk pulang. Yang masih rancak berniaga adalah peniaga2 ikan terubuk masin, barang2 basah & gerai2 buah2an serta minuman. 


Dengan masa yang terhad, walaupun mereka tengah memunggah baju untuk masuk ke lori, I dengan jayanya sempat membeli 8 helai tshirt & 5 helai kain batik sebagai suvenir untuk dibawa balik..hehe my hubby sempat bisik, "ish, belum apa2 dah dah borong baju.." ala, bukan borong sgt pun, sebab duit belum withdraw, kalau ada lagi duit, harus la beli lagi banyak tu..


 


Normally kalau ke mana2 pun, I akan beli tshirt la, for sure untuk orang lain, not for me. Sebab takde idea nak beli apa, so, itu la paling mudah.Dan, memang adik2 I pun suka collect tshirt..so, at least I tahu, if I bagi kat diorang, they will like it & yang penting pakai! So, tidak membazir..


Sebelum bergerak ke destinasi lain, kami melewati gerai terubuk masin, this time I teringin nak cari telur ikan terubuk. Sebab pernah baca review, telurnya sangat sedap. So, masa tengok2 tu, pakcik yang menjual tu, dia tanya, nak beli apa, I told him la tak tahu nak beli sekarang ke tak, sebab nak balik lagi 2 hari.. Pakcik tu cakap, jangan beli lagi sebab nanti tak fresh dah, so dia bagi bisness card dia, suruh call bila nak beli, siap boleh delivery lagi, bgtau je nak deliver ke hotel atau ke airport, bisa di atur without any charge ok.. sangat bagus yer..


Lepastu, kami bergerak untuk lunch, sangat lapar yer, so BIL bawa makan di RJ AYAM PENYET. Dia kata dia selalu makan kat situ sebab ikan bawal nya sedap. I pun try la set bawal juga, ok la not bad..


Masa tengah makan tu, anak tokey kedai tu sibuk la duk mengacau my baby..budak2 kecik pun pandai mengorat yer..bila nak amik gambar together2 malu2 kucing la pulak..haih..

 Hah tolong la layankan.. bolehla mommy makan sementara korang borak & berkenalan yer...



Setelah mengisi perut, kami pun pergi check in dulu, tukar diaper & baju my baby, then kami teruskan  ke lokasi seterusnya iaitu Kedai Kek Lapis. Di sini, selalunya orang akan pergi ke Kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Kami pergi mengikut laluan darat (guna jalanraya, kalau nak cepat, naik bot sebab seberang Waterfront aja) tapi kami ada baby, so taknak lah naik bot bagai, kami naik kereta aja..


my baby bersama my BIL, Amir
tepi kedai kek lapis ni, ada buka gerai jual ikan terubuk masin juga..
Setelah membeli apa yang patut & merasai tester2 yang disediakan, kami bergerak ke gerai kek berdekatan, Kek Lapis Mira. ok juga kek dia.. 

Lepas ke Kedai Kek Lapis, Amir bawa kami ke Swee Kang Ice Kacang dekat lorong haji taha ke kalau tak silap.. ramai orang beratus menunggu turn sebab full house.. Ice kacang di sini boleh pilih ikut selera anda. I minum ice & kacang shj..(dah kata ice kacang), my hubby minum ABC.. so complete la ada ice kacang n cincau, jelly dan sebagainya. Amir pula minum ice buah2an (ice & mix fruit).. kat meja sebelah ada yang order ice cincau & cendol, ice cendol macam2 lah..minta je ikut selera. Selain tu, ada juga dijual sotong kangkug & bihun belacan..


Seterusnya, Amir (my BIL) bawa kami ke Waterfront..jalan2 kat situ, amik2 gambar.. ingat nak naik river cruise, tapi panas pula..kat situ mereka menyediakan perkhidmatan river cruise dengan bayaran RM60 per pax. menyusuri sungai dari depan Waterfront sampai ke depan rumah Ketua Menteri dan patah balik..atas kapal tu ada la light refreshment.. so boleh la chill, tengok sunset sambil minum2..


Kami pun jalan2 kat deretan kedai2 di sekitar Waterfront tu, tiap kali masuk kedai je, ada je salesgirl yang cuit2 my baby, siap dukung2..dia plak jenis tak takut orang..seronok aja melayan..Then, setelah kepenatan, Amir hantar kami balik ke hotel..cukup lah dulu untuk hari ni.. Mlm kami tak ke mana pun sebab dah penat seharian berjalan, so malam kami ke mall terdekat, dinner dlm mall aja, mkn KFC..so, cukuplah for the day, untuk esoknya, kita sambung entry lain lah ye..panjang sgt dah ni..


bersambung............

No comments:

Post a Comment