Monday, July 18, 2011

Kuching Trip part 2

Ok, seperti dijanjikan, kita bersambung pasal Kuching trip lagi, untuk cover hari yang seterusnya..

27 June 2011

Pada hari kedua ni, bangun pagi, after bfreakfast, kami kemas2 packing untuk check out. Sebab kami nak check in ke hotel lain pula..hehee saja buat camtu sebab, I dont think we will come to Kuching dalam masa terdekat, so, kalau duduk hotel yang sama, bosanlah, tak de kepelbagaian, kami nak rasai pegalaman yang berbeza. So, tak payah tunggu next visit untuk duduk hotel lain.. hehee kami memang selalu buat camni kalau gi mana2 pun..

Kami check out pukul 10. Hotel kami yang seterusnya berdekatan aja dengan hotel ni, so kami jalan kaki aja..hehe kat Kuching ni, memang lokasi hotel2 amat berdekatan antara satu sama lain. Cam berkelompok kat area town, so senang, nak makan pun senang.. Kami check in kat hotel Grand Margherita pada pukul 10.40. Early check in, tapi takpe, sebab bilik kami dah ready. Masa check in, I tanya kalau mereka ada pakej untuk ke kampung budaya. Receptionist tu arragekan, RM75 per pax, so, untuk me & my hubby totalnya RM150 (utuk pass masuk & transportation) ok lah kan..sebab kalau pergi sendiri nak kena sewa kereta atau naik cab pula..




Sampai dibilik, my baby terus bergaya2 di atas katil ok, pandai betul posing.. Kami chill dulu, tukar diaper & apa2 yang patut, lepas tu turun balik ke lobi untuk bergerak ke kampung budaya. Kami bertolak ke Kampung Budaya pada pukul 1.00 tghari lebih kurang..

Sampai kat sana, cuaca amat panas terik...dan, bermulalah perjalanan kami dari satu rumah panjang ke rumah panjang yang lain. Bermula dari rumah Bidayuh, Rumah Iban, Penan, Orag Ulu dan banyak lah lagi..Masa kat Rumah Ibann kalau tak silap, ada sediakan kostum untuk sewaan, RM10 khas untuk bergambar. Kebetulan ada pulak saiz baby, so, sewa lah bagi my baby pakai..hehe layan plak dia, nasib baik tak merengek ke apa..tengah siap2 tu, ada seorang pemuda lalu, mamat tu tegah get ready utuk persembahan, boleh plak I panggil dia, minta tolong dukung my baby sebab nak amik gambar..Mamat yag muka serius ni pun, layankan aja..siap senyum lagi..my baby tak nangis pulak tu..


Then, kami tengok macamana diorg buat kerja tangan, ada yang menenun, yang meggoreng kerepek, kaum lelaki buat kerja2 pertukangan..Masa kami kat rumah Orang Ulu, ada 2 orang wanita nak main2 dengan my baby, so, i bagi aja diorg  pegang my baby, sementara I n my hubby jalan2 tengok apa yang ada..
Then, bila dah puas berjalan, kami pun pergi ke restoran yang berdekatan dengan Paggung Budaya. My hubby order set lunch..antara lauknya ada umai, nasi, lauk ayam, asam pedas & buah. I makan laksa sawarak. Lepas makan, kami bergegas pula ke panggug budaya berdekatan untuk menonton persembahan. Rupanya gadis dalam gambar kat atas ni adalah salah seorang penari kebudayaan mereka, masa dia menari & pandang ke arah kami (kami duduk depan), my baby sangat teruja & melompat2.. hehe

Diakhir persembahan, ada joget lambak, so, semua penonton di jemput ke pentas untuk menari & penari tu turun amik my baby untuk menari sekali di atas pentas. My baby sangat lah excited ok..

Bila persembahan berakhir, kami pun pulang semula ke hotel. Sampai hotel lebih kurang pukul 6 lebih. Sebab kepenatan, lagipun memang dah dirancang, kami nak diner dalam bilik aja, room servis, so, kami pun order...

Mine, Sarawak Black Paper

my hubby punya beef lagsana
28 June 2011
si kecik ni pun sibuk nak breakfast juga

no photo plis...

Pagi, kami turun breakfast, then, my baby posing2 amik gambar, then kami ke mall berdekatan, jalan2..amik gambar kat cat statue..then sempat lah juga my hubby shopping his short pants,etc..
tengah roudabout yang panas terik..

Setelah puas meronda, kami balik ke bilik, call pakcik ikan terubuk, order 10 ekor bersama telor ikan terubuk, siap deliver ke hotel..bagus betul.. Kami late check out, pukul 4 sebab flight kami pukul 5.45ptg... itulah dia aktiviti yang kami lakukan semasa berada di Kuching..

Memang tak plan untuk berjalan sangat, sebab main target nak pergi kampung budaya, ok, dah berjaya, dan selebihnya kami nak chill..sambil bercuti..so, taknak penat2..lagipun, sesuai dengan keadaan kami yang travel bersama baby ni...so, cuti kali ini memang puas sebab dapat berehat...yeay!

penat dah muka..

Bila sampai airport, my dad datang ambil..my baby yang kepenatan ni siap landing atas beg2 while waiting her grandpa...

ps/: Bb, happy 2nd aniversary...  :)

No comments:

Post a Comment