Thursday, August 11, 2011

I Miss You Guys..

Assalamualaikum..,

Lama I tak update kat sini kerana agak sibuk kebelakangan ini, gara gara sibuk ini juga, lama dah tak contact kawan-kawan. Pada kebiasaannya, pabila tiba bulan puasa, I akan keluar buka puasa dengan kawan-kawan. Kawan yang I maksudkan ialah my schoolmates. Geng bas sekolah lah ni. Kami ada 4 orang, yang rapat. Senna, Awin & Saz. Antara kami berempat ni, semua dah kawin kecuali Awin.

So, kami yang dah berfamily ni kalau nak buka kat luar kena pilih lokasi yang convenient untuk budak-budak especially baby. Nantilah, insya allah nak juga call diorang sikit masa lagi. Biasanya, kami walaupun lama tak jumpa, tapi bila time raya, sure gi beraya bersama. Kalau zaman single dulu, memang kami beraya dari pagi sampai lah nak magrib baru balik..hehe

I enjoy our friendship, eventho kadang kala kami ada terasa hati, tapi kami tanganinya dengan cara yang matang. Kami akan berbincang, luahkan & akan saling meminta maaf sekiranya ada salah silap. Sebab tu, kami boleh kawan dari darjah 3 sampai la sekarang...



Tapi bila dah bekerja, I dont think people around me really appreciate or even care the meaning of friendship. Mungkin, kawan hanya datang dan pergi. Kita akan berkawan dengan seseorang bila keadaan memerlukan,bila rasa tiada kepentingan, persahabatan itu tak menjadi makna. Macamtukah? Sometimes I miss my old friends, geng bas sekolah, kerana, walaupun dikelilingi ramai kawan, ianya tak sama dengan kawan yang betul-betul ikhlas mengambil berat pasal kita. Mereka tak menanti balasan, tiada berkepentingan, tapi masih mengambil berat & sayangkan kita. I miss you guys...



No comments:

Post a Comment