Saturday, August 20, 2011

Mengatasi Amarah

Assalamualaikum...,

Kali ini saya ingin bercerita mengenai mengatasi perasaan marah..bukan apa, actually petang tadi saya baru je kena marah dengan seorang pelanggan...biasalah, bila kita berurusan dengan orang ramai, dalam 100 orang tu, pasti akan ada 1 atau 2 orang yang tak puashati..bukan apa, ni jenis orang yang tak cukup sabar, sebab tu dia cepat marah..

Saudara tu (actually pangkat pakcik dah) sangat lah marah, dia cakap over the phone tu sampai nak terjerit-jerit, tapi, bila dia dengar saya punya respon 'cool' aja, dia bertambah geram dan menjadi-jadi pula dia..Biarlah dia, dah petang-petang masih banyak tenaga nak menjerit, jeritlah sorang-sorang...Saya puasa, tak larat nak layan sama jerit-jerit...(tapi seriusly bila dia tgh marah2 tu, saya teringat kat seseorg yg lebih kurang camtulah perangai dia bila marah..)

So, macamana kita nak control perasaan marah ni ye kawan-kawan?? Kepada pakcik tadi tu, in case you come across this blog (alahai perasan ada orang baca blog dia..hehehhee) sila lah lihat langkah-langkah pencegahan berikut yang dianjurkan oleh Islam ;


 1. Mengubah Posisi.
 Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk. 
 Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.
Bagi 'cool' sikit..

4. Mendiamkan diri.
Yelah, kalau orang marah, kita lawan balik, memanglah bertambah marak kemarahan tu kan..

5. Berlindung kepada Allah dari syaitan.
Beristighfar banyak-banyak..

6. Menarik nafas dalam-dalam & senyum.
Sesungguhnya dengan bernafas dengan cara yang betul dapat membuatkan kita lebih terkawal & tenang. Senyum juga membantu kita meregangkan otot-otot muka yang tegang akibat menahan marah..

Waullahu'alam, selamat mencuba..jangan marah-marah tau, nanti kena jual.. *peace*

No comments:

Post a Comment