Sunday, August 21, 2011

Minggu Yang Agak Busy..

Minggu ni terasa sangat cepat berlalu sebab saya agak sibuk..tahu-tahu je dah menjengah weekend..Oklah, tak nak cerita bab kerja, kita cerita bab makan syok sikit..hehe


Isnin- berbuka di HOMST, rasanya korang pun pernah makan or at least pernah dengar restorant ni kan? For those yang stay in Shah Alam pasti akan pernah ke mari. Kami ke sini sebab my mom balik kampung, saya bukan tak nak masak, tapi adik-adik ajak makan kat luar..


Selasa- berbuka di Serai Thai bersama pelanggan. Menu berbuka yang mudah dijangka sebab itulah signature dish mereka iaitu; Tomyam, Asparagus Goreng, Green Curry Chicken, Kerabu Mangga, Butter Prawn & lastly Ikan Siakap Stim. Tapi yang epiknya, lepas semua orang dah sudah makan & masing-masing nak ke surau untuk solat, barulah Siakap Stim ni sampai..hahaha..

kekecewaan berganda : main dish sampai lambat



itu bukan jari saya :P


sangat mengecewakan bila ada "tetamu" tak diundang dlm green curry chicken ni..
Actually berlaku beberapa insiden yang tak best, 1st, pelayan yang 'kerek', alo cik abang, tau la awak tu puasa, serve air tumpah2, dengan muka masam, pulak tu, dia minta kita yang hulur gelas kat kita? Patutnya awak yang serve kita, sebab kita pelanggan..Then, dah sedap-sedap makan, terjumpa bendasing dalam green curry chicken, tak pastilah apa, yang pasti its a bug..Then, dah sudah makan, ikan baru sampai, my boss nak cancel, dia kata tak boleh sebab dah buat.. hai..lousy mebi nasib tak baik kali ni..

Rabu - Berbuka dengan my ex colleague, si manis Fifa. We went to Spaghetti Grill, midvalley. Kebetulan hari Rabu ialah PH sebab Nuzul Qur'an, so ambil kesempatan untuk berbuka bersama teman. Thanks Fifa, we had a great time..dah lama tak borak lama-lama..miss u!

dia pun sibuk berbuka..
jalan-jalan dengan daddy before berbuka
Khamis - Berbuka kat rumah my mom, before berbuka kami baca Yassin dulu, sebab kebiasaannya kalau bukan bulan puasa kami baca Yassin ramai-ramai pada setiap malam Jumaat. My mom masak sotong sambal, sotong tu beli kat Terengganu ok, tertarik sebab saiznya yang besar. Adalah dalam 1.5 foot long lebih kurang.. gigantic squid..

besar kan..?
 Jumaat - Kami berbuka di Rumah Nazrul, bersama-sama geng 6J..hehee kire pot luck, masing-masing bawa makanan. We brought 1 roti john ayam, 1 roti john daging & bishop nose (upon request from Iylia). Ada yang bawa murtabak kambing, daging & ayam, ada kuih muih, tepung pelita, kuih koci, kuih sagu, onde-onde, popia basah, ayam golek, bubur lambuk, air tebu, air soya, air laici, buah tembikai. Tuan rumah siap goreng nasi goreng lagi..tunjuk skill depan awek le tu..heheh..Tak sempat snap pic makanan yang penuh meja tu sebab sampai-sampai dah pukul 7.18.. rushing masing-masing tak sabar nak makan, so lupa nak amik gambo..

Sabtu - My hubby ada gamers gathering.. perjumpaan budak2 game. Berbuka di Cozy House, GE Ampang. Total turn up 23 orang. Meriah juga lah, tapi tahulah gamers, mostly lelaki, perempuan ada la 2 3 kerat. Kami je yang dtg bawa baby sebab mostly yang lain belum kawin & ada 2 org wifey yang tengah sarat mengandung tadi..As usual, my baby sangat behave bila berhadapan dengan jejaka-jejaka. Table manner gitu.. duduk je kat baby chair tak gerak-gerak. Makan & senyum control comel aja manjang..

Kat Cozy House ni tak sesuai lepak lama-lama sebab sentiasa ramai orang, kesian pulak yang menunggu kat luar tu telan air liur je tengok orang kat dalam makan kan, so, they all ajak continue lepak kat setiawangsa pulak. We tot nak balik aja, yela, ada baby kan, malas la nak lepak lama, tapi, diorang ni pandai, they dukung our baby, bawa naik kereta diorang, suruh jumpa kat sana. So, mau tak mau, haruslah kami ke Setiawangsa juga lepak chill kejap.. diorang apa lagi, sepanjang berbuka & sepanjang masa lepak amik peluang update masing-masing pasal game..dunia fantasi betul..

Walaupun minggu ni minggu yang tak berapa best sebab ada insiden kena marah dengan pelanggan *sob sob* tapi saya sangat bersyukur di kekelilingi oleh suami, anak, family & kawan-kawan yang sungguh caring & supportive.. terima kasih semua kerana menjadikan hari-hari ku ceria..! Syukur Ya Allah, Kau kurniakanlah kebahagiaan di dunia & akhirat untukku...Amin.

No comments:

Post a Comment